Minggu lepas selalu cari gaduh dengan dia. Kadang-kadang cuit dia, cubit-cubit ke, pukul-pukul manja dan saling berbalasan. Sampai kadang-kadang salah sorang cakap "kenapa asyik nak cari gaduh dengan aku ni?".
Dengan perasaan yang homesick terlampau, bila dia tunjuk gambar adik sedara dia, aku tak dapat kawal perasaan dan terautomatik menangis. tiba-tiba dia tegur 'kau ni kenapa sebenarnya? betul ke kau nak balik rumah sebab rindu family '. Aku terdiam. 'aku rindu keluarga aku. dari midsem aku tak balik' jawab aku. '...atau kau ada masalah lain?' Dia dapat kesan sesuatu. Dan dia menyambung 'aku pun tiap malam nangis call ibu aku. aku pun tak balik dari midsem. sabarla studyweek dah dekat. yang kau nak balik sekarang jugak kenapa?' 'aku dah tak tahan sangat duduk sini, aku nak balik jugak' 'pergila.. kalau tu dapat ubat kau' . dan hari Rabu aku balik ke rumah. putus semua hubungan dengan persekitaran. senyap terpencil di rumah.
hari Isnin bertolak balik ke Nilai, terus menuju ke rumah sewa dia. Dia mengadu tak sihat. Dari riak muka yang kemerah-merahan akibat bahang panas, dengan kaki yang dingin seperti ais, jelas terselah kesakitan yang ditanggung. minggu lepas kami bergurau senda, minggu ni dia terlantar tak bermaya. hari Selasa kami hantar dia ke Klinik. doktor cuma kata demam panas yang tinggi dan perlu datang pada hari Jumaat jika tidak kebah juga. hari berikutnya digagahkan juga langkah kaki ke kelas. dalam kuliah dia tersandar lesu. tangan yang tak mampu menulis, badan yang lemah. adakalanya dia aktif adakalanya dia terdiam lesu.
Petang khamis, semua kawan rapat aku tak datang kelas sebab uruskan dia. Rasa lost tanpa mereka dikelas. dan.... 'Siah positive denggi dan skrg otw balik Kelantan' zapp, terasa seperti terkena renjatan elektrik.
Dan kini, terasa lemahnya langkah kaki, bila sebahagian daripada ‘anggota’ kesayanganku itu disahkan positive denggi. Ikatan hati kami seperti ikatan adik-beradik, walaupun tiada talian darah persaudaraan, tetapi yang dinamakan ukhuwah itu, menjadi tunjang kekuatan. Apabila seorang sakit, yang lain pasti terasa sakitnya. Siah, dapat jugak kau balik rumah sebelum periksa, tapi..... kau datang Nilai dalam keadaan elok, kau balik rumah dalam keadaan sakit, bukan setakat sakit homesick tapi ditambah dengan sakit lain. Siah aku tau kau kuat.
CICI , stay strong. come back here safely. I miss you. We miss you Cici.
Juga utk Ruru yang disyaki tibi. Disyaki : caturan manusia mengatakannya, aturan Allah juga yang mampu mengubahnya.
Dalam Fatrah peperiksaan akhir semester yang semakin menghampiri,dalam kesibukan berperang dengan assignment adhoc yang perlu dihantar segera, dalam kesibukan mengakhiri presentation untuk semester ini, ada ujian cinta yang dikirim olehNya. moga menjadi medium pengguguran dosa-dosa lalu.
AS ALULLAHIL AZIM RABBIL ARSYIL AZIM, A'YYASHFIKI.
aku bermohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy Yang Maha Agung supaya menyembuhkan kamu
#RasanakterbangkeKelantansekarangjugak
her name is Siti Asiah, nama salah sorang tokoh muslimah zaman Rasulullah, and her nickname is Siah and Cici.
wonder why we feel lost without her, because she is the happy go lucky-energetic-helping hand-ketegaq-bising friend.
faham tak perasaan aku --bila kau ada seorang kawan yang sentiasa semangat tiba-tiba terbaring lesu. faham tak perasaan tu macamana? *tarik tisu panjang-panjang*
wallahualam.
cici, Allahu yashfiki.
No comments:
Post a Comment