Followers

Wednesday, December 31, 2014

Sahabat

BISMILLAH



Saturday, December 13, 2014

Ujian Cinta dariNya

BISMILLAH




Minggu lepas selalu cari gaduh dengan dia. Kadang-kadang cuit dia, cubit-cubit ke, pukul-pukul manja dan saling berbalasan. Sampai kadang-kadang salah sorang cakap "kenapa asyik nak cari gaduh dengan aku ni?".

Dengan perasaan yang homesick terlampau, bila dia tunjuk gambar adik sedara dia, aku tak dapat kawal perasaan dan terautomatik menangis.  tiba-tiba dia tegur 'kau ni kenapa sebenarnya? betul ke kau nak balik rumah sebab rindu family '. Aku terdiam. 'aku rindu keluarga aku. dari midsem aku tak balik' jawab aku. '...atau kau ada masalah lain?'  Dia dapat kesan sesuatu. Dan dia menyambung 'aku pun tiap malam nangis call ibu aku. aku pun tak balik dari midsem. sabarla studyweek dah dekat. yang kau nak balik sekarang jugak kenapa?' 'aku dah tak tahan sangat duduk sini, aku nak balik jugak' 'pergila.. kalau tu dapat ubat kau'  . dan hari Rabu aku balik ke rumah. putus semua hubungan dengan persekitaran. senyap terpencil di rumah.

hari Isnin bertolak balik ke Nilai, terus menuju ke rumah sewa dia. Dia mengadu tak sihat. Dari riak muka yang kemerah-merahan akibat bahang panas, dengan kaki yang dingin seperti ais, jelas terselah kesakitan yang ditanggung. minggu lepas kami bergurau senda, minggu ni dia terlantar tak bermaya. hari Selasa kami hantar dia ke Klinik. doktor cuma kata demam panas yang tinggi dan perlu datang pada hari Jumaat jika tidak kebah juga. hari berikutnya digagahkan juga langkah kaki ke kelas. dalam kuliah dia tersandar lesu. tangan yang tak mampu menulis, badan yang lemah. adakalanya dia aktif adakalanya dia terdiam lesu.

Petang khamis, semua kawan rapat aku tak datang kelas sebab uruskan dia. Rasa lost tanpa mereka dikelas. dan.... 'Siah positive denggi dan skrg otw balik Kelantan' zapp, terasa seperti terkena renjatan elektrik.

Dan kini, terasa lemahnya langkah kaki, bila sebahagian daripada ‘anggota’ kesayanganku itu disahkan positive denggi. Ikatan hati kami seperti ikatan adik-beradik, walaupun tiada talian darah persaudaraan, tetapi yang dinamakan ukhuwah itu, menjadi tunjang kekuatan. Apabila seorang sakit, yang lain pasti terasa sakitnya. Siah, dapat jugak kau balik rumah sebelum periksa, tapi..... kau datang Nilai dalam keadaan elok, kau balik rumah dalam keadaan sakit, bukan setakat sakit homesick tapi ditambah dengan sakit lain. Siah aku tau kau kuat.



CICI , stay strong. come back here safely. I miss you. We miss you Cici.

Juga utk Ruru yang disyaki tibi. Disyaki : caturan manusia mengatakannya, aturan Allah juga yang mampu mengubahnya.

Dalam Fatrah peperiksaan akhir semester yang semakin menghampiri,dalam kesibukan berperang dengan assignment adhoc yang perlu dihantar segera, dalam kesibukan mengakhiri presentation untuk semester ini, ada ujian cinta yang dikirim olehNya. moga menjadi medium pengguguran dosa-dosa lalu.

AS ALULLAHIL AZIM RABBIL ARSYIL AZIM, A'YYASHFIKI.
aku bermohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy Yang Maha Agung supaya menyembuhkan kamu

“dia takda. rumah kami sayu dan sunyi sepi” ---- suram. cici, nampak tak kehadiran kau sangat bermakna? stay strong and come back. we miss you. we need you.

‪#‎RasanakterbangkeKelantansekarangjugak‬

her name is Siti Asiah, nama salah sorang tokoh muslimah zaman Rasulullah, and her nickname is Siah and Cici.

wonder why we feel lost without her, because she is the happy go lucky-energetic-helping hand-ketegaq-bising friend.

faham tak perasaan aku --bila kau ada seorang kawan yang sentiasa semangat tiba-tiba terbaring lesu. faham tak perasaan tu macamana? *tarik tisu panjang-panjang*

wallahualam.
cici, Allahu yashfiki.



Manner.

BISMILLAH



Thursday, December 4, 2014

Home Sweet Home

BISMILLAH



tau tengah hari kuliah.
tau kelas pack untuk hari hari terakhir
tau kelas makin berganda menjelang peperiksaan
tau semuanya.


tapi saya lagi tau
yang saya
mahu balik rumah.

maka......


lebih baik aku balik rumah tolong mak ayah kemas barang daripada duduk Nilai dalam keadaan underpressure dan satu pelajaran pun xsinggah kat kepala. baik balik. dah selamat sampai rumah dah pun.

dan.

maaf untuk semua whatsapp yang tak dilayan.
semua mesej yang tidak dibalas
semua call yang tidak diangkat.

SILENT PLEASE

sekian terima kasih.

rabu,
3 dec 2014



Saturday, November 15, 2014

unsecured

BISMILLAH





when the traffic arise.
polices are everywhere.





trafik blog pon sama, tau ?








kena tahu yang hakikatnya budak multimedia adalah mereka yang selalu bermain dibelakang tabir.
yang bukan dan tidak suka ditonjolkan dan menonjolkan diri dihadapan umum. 
Mereka. senyap berkerja. tidak perlu diketahui umum.




i'm a part of them.
tolong la faham situasi kami.






feeling unsafe, unprotected in the public

being unsecured in the crowd.




SweetEscape.
Ya Allah...............
nak balik rumah. T_T

Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah 1435

BISMILLAH



Wednesday, October 22, 2014

Ke Aussie Ke Kita?

BISMILLAH


They're starting to build the group for Global Islamic Students Outreach (GISO) or Lawatan Antarabangsa (LA). So we're, too.

أَوَلَم يَسيروا فِى الأَرضِ فَيَنظُروا كَيفَ كانَ عٰقِبَةُ الَّذينَ مِن قَبلِهِم وَكانوا أَشَدَّ مِنهُم قُوَّةً ۚ وَما كانَ اللَّهُ لِيُعجِزَهُ مِن شَيءٍ فِى السَّمٰوٰتِ وَلا فِى الأَرضِ ۚ إِنَّهُ كانَ عَليمًا قَديرًا ﴿٤٤﴾ (Dan sebagai buktinya): tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka, sedang orang-orang itu lebih kekuatannya dari mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. (fathir :44)



In Sha Allah, Syabab Musafir Kasih planned to visit Aussie-Oz-Australia for our GISO.




Now, we're starting to collect dana for activity (a.k.a khidmat komuniti) that we will do during the visit, Sponsorship are welcomed to donate. 

Macai SMK.

Sunday, September 14, 2014

Sirah : Pernikahan Ali dan Fatimah

Assalamualaikum.

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.

Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya. Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Usman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih layak membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. "Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.” Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, "Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah andalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”


wallahualam

Sunday, August 10, 2014

Kisah Teladan : Lobak, Telur dan Kopi.

BISMILLAH







Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Dia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya. 

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya

Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" 
"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak. 

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Dia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk menghirup kopi. Si anak tersenyum seketika, menghirup kopi dengan aromanya yang sungguh enak itu. 

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" 

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah.Cengkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. 
"Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau serbuk kopi?"










Iktibar

Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu. Atau adakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamik? Namun setelah adanya kematian, patah hati,perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksima pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik


kita tentukan sendiri.
wallahualam...


credit : SGYC



Thursday, August 7, 2014

Salam Aidilfitri

BISMILLAH


hai. Assalamualaikum w.b.t . lama rasanya tak menaip dan mengepos kat sini. rasa macam janggal pulak. Rasanya tak terlambat lagi nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. taqaballahu minna wa minkum salihul a'mal.  


Raya tahun ni rasa tak meriah langsung. Ramadhan pun lebih kurang jugak. permulaan ramadhan dah mantap dah, rasa tersusun je semua jadual. balik rumah, hancus. Sikit-sikit terbaring demam, migrain, sakit mata, migrain pakej 'wajib' tiap kali cuti. kafarah okay? :).  Persediaan raya tak buat sangat sampai tak rasa macam raya langsung. Paling sedih sebab ramadhan rasa tak menjadi tahun ni huaaaaa. nak jumpa lagi next-next ramadhan.  


rumah baru dah 92% siap. dalam seminggu ni insha Allah siap. rumah siap, ayah mohon pencen, mama mohon pindah, duduk selangor. tak jadi nightmare lagi untuk aku pilih nak balik mana tiap kali cuti perkuliahan sampai rasa janganlah ada cuti. lepas pindah nanti insha Allah akan jadi, banyak-banyaklah cuti *nampak tak permainannya disitu? heheee*. tahniah untuk Umi dan sekeluarga yang dah selamat masuk kerumah baru jugak ^^


-----------------------
change the term.

apa kau rasa bila orang yang selama ni kau respect, kau admire dan bagi kau dia perfect tetiba dia berubah. tapi tak taulah dari dalaman macamana. mungkin di super mantap tapi dari luaran dia, semakin mengecewakan. tak jaga bahasa dan jaga pakaian. serius terus hilang respect. tak jadi role model dah..role model kita, diubah kepada Rasulullah ^^. oh ya Nabihah sejak bila kau jaga hal orang ni? pfttt!

-----------------------

Aku tak sabar nak naik sem baru tapi takut ada jugak. haha. Dah tak sama dah lepas ni macam sem-sem lepas. fikiran dah lain, cara hidup pun kena ubah, kerja kita banyak, tapi masa kita terhad. apa yang jadi sebelum ni cuma teori je, belum realiti lagi. sekarang ni 'tujuan hidup' dah tolong 'dijelaskan'.  get prepared ! aku takut dengan dorang, dorang hebat-hebat !!!!! hukhukhuhkuhkuhkk


tak sabar nak naik sem jumpa kawan-kawan.
sahabat-sahabat.

tapi tak nak pisah dengan Sharhan. tskktskktskk  




Wednesday, August 6, 2014

INFO : 30 orang pertama dalam Islam

BISMILLAH


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW

Friday, July 4, 2014

Sayang


















" Kalau sayang, jangan simpan dalam hati, tapi simpan dalam doa. Kalau simpan dalam hati, hati tu sifatnya berbolak-balik "



























to be continued.....

Friday, June 27, 2014

Info : Kesilapan Kerap dalam Bulan Ramadhan

BISMILLAH


Ramadhan akan membuka tirai. 
AHLAN WASAHLAN !!!






Wednesday, June 25, 2014

Lirik Lagu : Do you wanna build your iman?

ASSALAMUALAIKUM





Do you wanna build your iman?
C'mon let's fast and pray,
I never see you in the mosque,
Come out the door ,
It's like you've gone away,
We used to be usrah buddies,
And now we’re not,
I wish you would tell me why,

Do you wanna build your iman?
Coz it’s gonna be Ramadhan.

Do you wanna iftar together?
And then tarawikh afterwards,
I think some company is overdue,
I pray to Allah that we sahur together,
It’s such a waste for you,
All these empty days,
Watching Ramadhan ticks by,
Tick tock, tick tock, tick tock.

Please, I know you’re in there,
I’ve been wondering where you’ve been,
They say have taqwa and I’m trying to,
I’m ready now, just let me in,
We only have each other,
Just you and me,
What I’d do without you,
Let’s build our iman together…



CP

Wednesday, June 18, 2014

Info : Waktu dilarang mandi

ASSALAMUALAIKUM


3 WAKTU DILARANG MANDI :

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.

Penjelasan :

A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.

B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.


Thursday, June 12, 2014

Tazkirah : Amanah

ASSALAMUALAIKUM







:قال نبي محمد صلى الله الى ابو الزر  
،أحكم السفينة ،فان البحر طويل
،واستكتر الزاد
،فإن السفر طويل
 ،وخفف ظهبرك
 ،فإن العقبة كؤد
 ،وأخلص العمل
 ،فإن الناقد بصير

Pesanan Nabi kepada Abu Zar :
 Wahai Abu Zar perbetulkan pemanduan kapalmu,
laut itu dalam,
perjalanan masih jauh,
perbanyakkan amalan,
ringankan bahu kamu,
kerana tempat yang dituju masih panjang,
ikhlaskan amalan kamu,
Hanya Allah yang menilai amalanmu 
















A position of authority is a trust (Amanah). Don’t misuse it because you will be accountable by Allah (subhana wa ta’ala) for it.





So you stand up say it together
none enter paradise save a true believer

Tuesday, May 6, 2014

Kisah Teladan : Kisah Sebijik Burger

ASSALAMUALAIKUM

Perkongsian dari ayahnda Ust Tuan Ibrahim Tuan Man..

Alkisah sebiji burger...

Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya
tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun untuk menelefon rumah bagi meminta pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger Ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata...“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil mengelapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger kepada Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir...

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah.. “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari.

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis sambil menyembamkan muka di tangan maknya.

Wahai anakku,

Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan sahabat-sahabat sekeliling kamu, tapi untuk ahli keluarga terdekat kamu, kamu sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat kepada kamu adalah perkara paling berharga kurniaan Allah untuk kamu sejak dilahirkan, terutamanya kasih sayang daripada kedua-dua orang tuamu. Orang tuamu tidak pernah mengharap kamu membayar kembali kos membesarkan kamu...tapi pernahkah kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat
kedua-dua orang tuamu?

Senyum...


cc: MP_AS

deep.

sungguh, kasih sayang keluarga tiada tandingan.

Abang, maafkan aku.

I try to propose, but God disposes TT
Allah tak izinkan barangkali.



Thursday, April 24, 2014

Info : Agreement with women

ASSALAMUALAIKUM


It is not about the agreement actually , but it is because of the power of woman itself.
HAHAHAHA.

Monday, April 7, 2014

Tazkirah : Ukhuwah Fillah?

ASSALAMUALAIKUM

Tudung labuh disarung ke muka. Pelipis dibetulkan. Lip balm dicalit ke bibir.

"Emm comel dah." Kata laila sambil kenyit mata ke arah cermin.

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Kasut converse merah disarung. Tangan digenggam. Kedengaran dengusan kasar keluar dari rongga hidung.

"Mana Emy ni!! Kata pukul 5. Stupidoo betul hmphh."

Bunyi tapak kaki. Tapp tapp tapp.

"Assalamualaikum!"

"Woi apahal lambat!! Lama aku tunggu. Cair make up aku!! Hmm."

"Sory la laila. Aku ingat kau taknak pergi ceramah tu. Aku baru je drive gi masjid. Tup tup kau kata kau nak datang jugak. Traffic jammed tadi. Maaf eh?" Sambil sengih tunjuk muka comel.

"Alah kau alasan ade2 je. Penat gila aku tunggu kat sini."

"Yela yela aku salah. Hm maafkan aku eh?"

"Yelah.."

"Btw, comelnya kau pakai tudung labuh yg aku bagi ni! Subhanallah." Emy rasa macam nak buat sujud syukur!

"Aku bukan nak sangat pakai KHEMAH ni. Tapi aku dengar Ilya kata ada abang abang  hensem eh kat  ceramah nanti? Aaaa eksaitedd nya. Dapat yg stok alim dan warak ala ala ustad huuu bahagia hidup aku!"

Deep breath. "Hmm dahlah jom gerak. Nanti lambat pulak." Emy jalan dulu sambil berdoa dalam hati supaya Allah buka pintu hati Laila agar ikhlas lillahitaala dalam melakukan semua benda.

Setibanya di perkarangan masjid, Laila berlari lari anak ke taman masjid. Sambil menjerit keriangan. Tanpa sedar, telah menarik perhatian beberapa ajnabi di sana. Ada yang berbisik bisik. Ada yang senyum mengada. Ada yang senyum mengejek. Ada yang buat derk.

"Laila.. behave sikit. Ni masjid. Ramai orang tengok."

"Alahh masjid ni tempat awam lah. Bukannya aku pakai baju tak tutup aurat. Aku tutup aurat kannn." Ujar laila sambil buat muka toya.

"Hmm jom masuk masjid."

Kelihatan Ilya dan rakan rakan gosipnya berjalan mendekati Emy dan Laila di satu sudut masjid.

"Wey Laila ke ni? Hahahaha oh myyy aku tak percayaaa! Whattt?"

"Ha-ha so funny that i forgot to laugh. Ha-ha." Bidas laila sambil jeling sekilas.

"Pakai tudung labuh baju besar gedabak tapi perangai macam dulu!! Tak payah nak hipokrit sangat la woi!"

"Jangan judge aku. Mirror yourself la." Balas Laila lagi.

Allahu akbar Allahu Akbar. Kedengaran bilal melaungkan azan Zohor.

"Laila jom kita ambil wudhu. Maaf ye ilya. Kami minta diri." Pinta Emy sambil senyum manis.

Kaki kedua dua sahabat itu lekas dibawa menuju ke tempat wudhu'. Dalam perjalanan, Laila membuang stockin dan handsocks nya sambil menyingsing lengan baju sampai atas bahu. Mata beberapa ajnabi mencuri pandang. Tertarik dengan lengan yang putih mulus dan kaki yang slim.

"Allah. Laila. Ajnabi tengok tu!"

"Eh kau jangan sibuk boleh tak? Dah dah ah nak pura2 baik. Kau ni kalau aku semua salah. Kalau orang lain semua betul! Semuanya aku je yang salah. tadi si Ilya malukan aku depan orang pun kau tak pertahankan!! Kau ni kawan jenis apa. Asyik nak cari salah aku je!!!" Tengking Laila sampai menarik perhatian ramai orang.

"Laila..." pujuk Emy.

"Dah ah kau! Aku nak berubah pun ramai yg tak suka!!! Gila kejam dunia ni."

"Laila.. orang tengok.. jom masuk dalam?" Pinta Emy perlahan.

"Stop disturbing me!! Kau bukan kawan. Tapi lawan dalam selimut!!!" Tengking Laila lagi sambil buang tudung labuh yang Emy bagi dan campakkan ke lantai. Laila terus lari keluar masjid.

"Laila.." Emy mengejar lemah dan terus pengsan.

***

"Aku tak paham kenapa si Emy ni kawan macam bukan kawan. Selalu cari salah aku!" Adu Laila pada kawan usrah yg baru ditemuinya tu.

"Emy? Yang pakai kaca mata bingkai putih dan ada lesung pipit belah kanan tu je ke?"

"Ye." Jawab Laila sambil mendengus kasar."

"Dia buat apa?"

"Dia selalu cari salah aku!!"

"Laila.. nak tahu something tak?"

Laila angkat kening tanda nak tahu.

"Dulu kan.. Emy selalu citer pasal sorang kawan dia ni. Dia kata kawan dia ni comel sangat. Kawan dia tu baik sebenarnya cuma tak tutup aurat je. Dia kata kawan dia tu bagus sangat! Dia try tutup aurat even hati dia tak rela. Even dipaksa. Even mak ayah dia bukanlah Islami sangat. Tapi dia nak try. Kitorang dgr Emy cite tu kitorang pun jadi semangat nak tutup aurat sempurna. Emy tak pernah bagitau something buruk pasal kawan dia tu."

"Dah pahal kau bagitau  aku pasal kawan dia tu? Sukati dia ah nak kawan dengan sape pun." Dengus Laila kasar. Dalam hati diam dia cemburu.

"Dengar dulu.. dan beberapa hari lepas, emy text aku. Suruh jaga kau. Aku pun taktahu kenapa. Then dia pun bagitau kawan yang dia selalu cite tu kau lah. Aku macam dumbfounded."

"What?"

"Yes."

"Mana Emy sekarang?" Bertanya dalam nada ego.

"Hospital."

"Apaa?!"

"Dia akan dermakan mata dia kat mak kau."

"Haaaaaaa?!"

****

"Kau tak perlu buat ni." Ujar Laila geram.

Emy senyum manis. "Boleh aku peluk kau?"

Airmata bergenang. Laila lari keluar ward.

***

Tahun lepas.

"Mak aku dah buta. Doctor kata kalau nak nampak balik kena ada orang dermakan mata." Kata Laila sambil nangis.

"Sabar Laila sabar. Hmm maybe ada hikmah?"

"Aku tak boleh pikir hikmah. Mata mak aku tu berharga. Kalau dia buta cane dia nak kerja. Cane aku nak sambung pengajian nanti?"

"Hmm." Sambil peluk Laila.

"Aku takde mak ayah. Siblings pun takde. Sedare mara lagilah. Kau takde mata mak kau je."

Diam.

"Kalau kau boleh sambung pengajian nanti kau nak buat apa?"

"Hmm aku ingat nak sambung Medic kat Mesir. Aku nak berubah. Aku nak jalani proses tarbiyah kat sana. Aku nak jadi muslimah sejati."

"Betul?"

"Hmm ye. Aku nak musafir. Kalau boleh aku nak sangat syahid kat Mesir sana.."

Sengih. Peluk ketat.

***

"Laila. Emy kata dia sayang kau. " Text dari Jannah dipandang.

Hmph.

"Laila! Emy dah takde! Jantung dia terhenti tadi!!!"

......... Airmata ...........

***

"Laila. Emy mintak maaf taw sebab tak jadi kawan yang baik untuk Laila. Emy tau Emy selalu cari salah Laila. Laila tahu kenapa? Sebab orang beriman dia selalu cari salah sendiri bukan salah orang lain. Emy nak didik Laila sikap macamtu. Tapi maybe cara Emy salah. Emy minta maaf. Emy nak masuk Syurga dengan Laila. Nanti Laila dah sambung pengajian kat Mesir. Dah jadi doctor, tolong orang lain taw? Ajak orang buat baik sesame :) kalau ditakdirkan Laila syahid kat sana.. Laila carilah Emy kat Syurga nanti. Kalau takde kat Syurga.. tariklah Emy masuk Syurga sekali. Laila.. nanti bangun Qiam taw. Dah lah tu buat perangai malas nak bangun takut hantu 3 pagi ke ape ke. Bangun qiam eh? Puasa sunat hari isnin khamis jangan lupa. Jangan lupa selalu ajak orang buat baik. Emy sayang Laila. Jumpa kat Syurga sayang."

Kertas berbalut merah dibaca. Dan.. batu nisan di depan dipandang sayu. Ya Allah.. ampuni aku.

Ukhuwah Fillah?

Apa tu? Ukhuwah? Fillah?

Perhubungan kerana Allah.

Kerana Allah.

Kalau kerana Allah, maka ia membawa kita ke jalan yang lurus atau belok atau senget atau bengkok?

Betul ke ukhuwah Fillah yang kita duk canang selama ni? Kalau betul mana buktinya? Kalau sayang mana buktinya? Kalau cinta mana buktinya?

"Salam Ukhuwah Fillah."

Sepatutnya sayang sayangku sekalian, bila kita berukhuwah kerana Allah. Maka bawalah jalinan ukhuwah tu sampai ke Syurga. Ke jalan yang lurus.

Ukhuwah Fillah ke kalau kawan buat dosa kita tak tegur?

Ukhuwah Fillah ke kalau selalu berburuk sangka dengan kawan?

Ukhuwah Fillah ke kalau selalu layan cite korea sesame sampai lewat solat Isya?

Ukhuwah Fillah ke kalau keluar berusrah sesame tetapi terlalu banyak benda lagha?

Betul ke Ukhuwah Fillah yang kita duk canang selama ni? Atau.. sekadar di bibir sahaja?
Tepuk dada tanya Iman.

Allah tahu apa niat kau. Kerana Allah knows what is in every heart.

Sekian sahaja Usrah kali ni. Moga Allah beri kita semua kesedaran. Berukhuwah lah kerana Allah. Ikat tali hubungan ni dan bawa tali ni sampai Syurga. Bukan sensorang tapi berjemaah.

Sayang korang Lillah. Terima kasih untuk semuanya sayang. Allah sayang kamu. Allah sayang aku. Allah sayang kita...

credit : MI_AH

Kisah Teladan : Tikus dan Ancaman Perangkap

ASSALAMUALAIKUM

Alkisah seekor tikus dan sahabat-sahabatnya...

Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan…

“Apa makanan dalam kotak ini?” bayang tikus tersebut yang kelaparan.

Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus!

Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!”

Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana… Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana.”

Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus.

“Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali,” kata Sang Tikus.

Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, “Maafkan ana Sang Tikus. Ana tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa. Ana akan pastikan enta dalam doa ana.”

Kecewa lagi, Sang Tikus pergi berjumpa dengan Sang Kerbau dan berkata, “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali” dengan harapan Sang Kerbau akan mengambil peduli masalah yang dihadapinya.

Sang Kerbau berkata, "WOW, Sang Tikus. Ana simpati pada enta, tapi perangkap itu, kulit saya pun tak terasa kalau terpijak.”

Sang Tikus pun balik ke rumahnya, kecewa dan sedih untuk menghadapi perangkap tikus itu bersendirian tanpa rakan-rakan di kandangnya.

Malam tersebut juga, Sang Tikus terdengar bunyi “PAPP!” seolah-olah perangkap tikus itu telah mendapat mangsanya yang pertama.

Sang Tikus pergi menjenguk di lubang yang sama. Ketika tiba di sana, Sang Tikus terlihat kaki isteri Pak Ali berdarah dan Pak Ali sedang merawatnya. Kelihatan di perangkap tikus itu ialah bangkai seekor ular berbisa yang ekornya terkena perangkap tikus.

Isteri Pak Ali rupanya bergegas ke dapur untuk melihat hasil tangkapan perangkap tikus dan sebaik saja tiba ular berbisa itu yang mengarang terus menyengat isteri Pak Ali.

Pak Ali bergegas membawa isterinya ke hospital, dan beberapa hari kemudian isterinya diarahkan pulang.

Isteri Pak Ali masih tidak sembuh, dan terkena demam panjang. Ada orang kampung memberitahu sup ayam bagus untuk merawat demam – maka Pak Ali telah menyembelih Sang Ayam untuk membuat sup untuk isterinya.

Tapi kerana isteri Pak Ali masih tidak sembuh, ramai sanak-saudara yang datang menjenguk ulang-alik menjaga isteri Pak Ali – Pak Ali menyembelih Sang Kambing untuk memberi makan kepada mereka sebagai tanda penghargaan.

Akhirnya, isteri Pak Ali sembuh. Pak Ali kegembiraan dan mengadakan kenduri kesyukuran dan menyembelih Sang Kerbau untuk menjamu seluruh kampung.

Sang Tikus melihat semua ini terjadi dengan penuh kesedihan.

Wahai anakku,
Beringatlah lain kali, apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kamu… Bumi ini bulat dan semuanya berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kamu bertemu ada tujuannya termasuklah sahabat yang mempunyai masalah ini.

Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu – jangan tidak mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan kamu bertemu dengan sahabat tersebut pada waktu terdesak. Sekurang-kurangnya pun berilah kata-kata semangat.

Demi Allah, berilah bantuan – usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah untuk mendapat pahala ke akhirat.

manfaatkan masa yg berbaki utk buat kebaikan pd sahabat-sahabat

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Sunday, April 6, 2014

Doa Wehdah

ASSALAMUALAIKUM



لا إله إلاّ الله
Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون
Tuhan yang Maha Esa dan kami berserah kepadaNya

لا إله إلاّ الله
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
 و لا نعبد إلاّ إيّاه
kami tidak menyerah selain kepadaNya
مخلصين له الدين
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
و لو كره المشركون
walaupun dibenci oleh org musyrik
لا إله إلاّ الله
Tiada Tuhan selain Allah
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami yang terdahulu
لا إله إلاّ الله
Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
وحده وحده وحده
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
أنجز وعده
Dia telah menunaikan janjiNya
ونصر عبده
Dia telah memenangkan hambaNya
وأعزّ جنده
Dia telah memuliakan tenteraNya
وهزم الأحزاب وحده
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan
فله المُلكُ و لهُ الحمد
Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
يحيي و يميت
Dia yang menghidupkan dan mematikan
و يميت و يحيي
Dia yang mematikan dan menghidupkan
و هو حيٌّ لا يموت
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
بيده الخير
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
و هو على كلّ شيءٍ قدير
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
الله أكـــبر
Allah Maha Besar

Thursday, February 20, 2014

Kisah Teladan : Lumba Tiup Monyet

ASSALAMUALAIKUM


Seekor monyet sedang bergayutan di pucuk pohon kelapa...

Dia tidak menyedari kalau ia sedang diintai oleh tiga angin besar...
Angin Taufan
Angin Tornado
Angin Bahorok

Tiga angin itu rupanya sedang bertaruh siapa yg paling cepat menjatuhkan si monyet dari pohon kelapa..

Angin Taufan berkata, "aku cuma perlu waktu 45 detik..."
Angin Tornado tidak mahu kalah, "kalau aku cukup dengan 30 detik..."
Angin Bahorok, dengan nada mengejek berkata, "kalau aku 15 detik, pasti jatuh si monyet tu..."

Lalu dimulailah pertaruhan diantara mereka bertiga

Angin Taufan yang pertama, dia tiup angin sekencang-kencangnya...
Wuuss...
Merasa ada angin yg bertiup kencang, si monyet lalu berpegangan pada batang pohon kelapa dengan sekuatnya...
Setelah berusaha meniupkan anginnya dengan keras, ternyata si monyet tetap tidak bergerak...
Dan Angin Taufan pun menyerah...

Giliran Angin TORNADO...
Wuuusss… Wuuusss…
Ia juga meniupkan anginnya lebih keras..dengan sekencang-kencangnya...
Namun si monyet tetap tidak terjatuh juga...

Terakhir, Angin BAHOROK. Lebih keras dan kencang...
Wuuuss… wuuuss...wuuss...

Si monyet malah makin kuat berpegangannya...
Dan tetap saja tidak jatuh

Ketiga angin itu akhirnya mengakui, kalau si monyet memang hebat..
Kuat & daya tahannya luar biasa...

Tidak berapa lama, tiba-tiba datang Angin Sepoi - Sepoi
Dia mengungkapkan keinginannya untuk ikut bertaruh...

Ternyata niat angin sepoi-sepoi hanya dijadikan bahan ejekan dari ketiga angin lainnya...
"Angin yang besar seperti kami pun tidak boleh, apalagi yang kecil..."

Tanpa banyak bicara, angin SEPOI-SEPOI terus meniup ubun-ubun si monyet.
Wuuuuuiiiisss…

Enaaaaaak...
Sedaaaaap
Segaaaaar

Mata si monyet...makin kuyu...
Tidak lama si monyet mula tertidur...dan tanpa disedari terlepaslah pegangannya...
Kemudian, jatuhlah si monyet dari pohon kelapa...


PENGAJARAN

Sahabat,

Boleh jadi...ketika kita,
Diuji dengan KESUSAHAN…
Dicuba dengan PENDERITAAN…
Didera MALAPETAKA...
Kita kuat bahkan kuat dari sebelumnya.

Tapi ketika kita diuji dengan.....
KENIKMATAN...
KESENANGAN..
KELIMPAHAN...
PUJIAN.............
Saat itulah kita "terjatuh"...


So, jangan sampai kita terlena...
Tetap rendah hati dan awas diri...
Ingatlah hidup kita di dunia hanya sementara...


Ingatlah akhirat kita, kerana itulah masa depan kita yang sesungguhnya.
Semua akan diminta pertanggung jawapannya.


Mari kita jadikan DUNIA KITA sebagai BEKAL
Jangan jadikan BEBAN.


**dari grup whatsapp bidadari syurga 

Thursday, February 6, 2014

Info : Apa hebatnya agama lain selain Islam?

ASSALAMUALAIKUM

APA HEBATNYA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM...?' - TOLONG BACA !!!


'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ...

Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri.

Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, 'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu. Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut.

Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap wujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.


Allahurabbi

terselamatkah kita dari fitnah2 dunia ni?
seram sejuk.

wallahualam.


Tuesday, February 4, 2014

Tazkirah : Jodoh dari Dia

Bismillahirrahmanirrahiim

Adam, ambillah..Hadiahku untukmu..

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya mampu menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang mampu dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Allah. Allah.

DEEP 
DEEP
tertusuk sampai tembus jantung. berdarah dan parah. 

sumber : SINI

AUTOPING BY OTHERS