Followers

Tuesday, July 30, 2013

Kisah Teladan : Lailatul Qadar

ASSALAMUALAIKUM

credit : fb

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid", kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil ! Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah, bukan di bumbung masjid. Ajaib !

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?", tanya Abah.

"Lailatulqadar", kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau! Berapa lama engkau tak ke masjid?", soal Abah.

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu la kubah diorang angkat letak kat tanah.. pandai la lailatulqadar ko! ", sambung Abah lagi

"owh ya ke.. " Sorry ler.. mana oghang tahu ~

cp , grup degree.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar". (al-Qadr: 1-5)

1 comment:

  1. hee, lawak :) ingtkan mamai, rupanya bumbung masjid bcor

    ReplyDelete

AUTOPING BY OTHERS