Followers

Friday, February 22, 2013

Info : Wanita, Muslimah Dan Korea ?




WANITA,MUSLIMAH DAN KOREA???
------------------------------------------------------------------------------
KENAPA KOREA??Fenomena ini boleh mengundang ‘demam’ dan demam drama Korea ini agak kronik, sehingga mampu MENJADIKAN ‘PESAKIT’ ITU SEAKAN ANGAU, HILANG FOKUS BELAJAR, SUKA BERANGAN-ANGAN MAT JENIN DAN PALING DAHSYAT, TERLIBAT DENGAN PEMBAZIRAN MASA YANG SUNGGUH PARAH.

Lebih malang, demam ini kebanyakannya menimpa wanita muslimah kita, termasuklah yang berada dalam bidang agama.. Perkara yang perlu difahami tentang drama Korea ialah, jalan ceritanya sengaja dibentuk supaya bersambung-sambung dan benar-benar menjadikan perasaan penontonnya terbuai-buai dan ‘nak lagi-nak lagi’.

‘SUNTIKAN MAUT’ INILAH YANG AKHIRNYA MEMATIKAN DIRI ANDA YANG SEBENAR.

Di luar, anda menjaga pandangan dari kaum adam. Kononnya, kerana mahukan pasangan yang soleh suatu hari nanti. Tetapi di dalam bilik, wajah pelakon Korea itulah yang menjadi teman setia anda sampai ke dalam selimut. Gambar ditampal di dinding bilik dan di ‘dinding hati’. Dalam solat terbawa-bawa, dalam mimpi terngigau-ngigau. Dalam bilik kuliah, hanyut entah ke mana..
: Tidak kurang juga yang beralasan :

“Lelaki kalau pandang wanita boleh naik syahwat, bahaya. Tetapi wanita lain, dia tak naik syahwat kalau pandang lelaki....”

Cuba rujuk balik kepada ayat Allah. Perintah menundukkan pandangan itu dihighlightkan kepada kedua-dua, lelaki dan wanita. Meskipun suruhan kepada lelaki didahulukan dalam ayat pertama dan untuk wanita dalam ayat kedua, itu tidak bermakna suruhan menundukkan pandangan bagi wanita boleh dipandang enteng.

Ataupun adakah kita sanggup mengatakan bahawa Allah menyebut suruhan itu secara sia-sia?! Maha Suci Allah dari perbuatan yang sia-sia. Setiap suruhan dan larangan sesungguhnya terkandung hikmah dan kepentingan yang sangat besar untuk manusia.

Maka, mahu atau tidak, WANITA JUGA PERLU MENGAMBIL BERAT SOAL MENJAGA PANDANGAN DARI KAUM ADAM. Tidak kiralah di alam nyata mahupun di dalam maya seperti filem dan drama.. wallahu'alam .. maaf,kalau ade tersilap kata.. mood mlm2 gini je lah yg ade idea dtg..
 -________- ..

tersentap seketika



No comments:

Post a Comment

AUTOPING BY OTHERS