Doa Nabi Nuh a.s.
1. Mohon tempat yang selamat untuk berlindung.
Untuk cerita Nabi Nuh a.s., mohon selamat mendarat.
2. Mohon dilindungi dari murka Allah.
Nabi Nuh a.s. ada merayu pada Allah untuk anaknya:
"Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri dan bahawa janjiMu itu adalah benar dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya."
Allah berfirman:
"Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil." (Surah Hud ayat 45-46)
credit : rusydee art fb


amin
ReplyDelete