Followers

Monday, April 16, 2012

Tazkirah : Terima Kasih Allah


Ya Allah Ya Tuhanku, Ingin sekali ku berterima kasih kepadaMu..
Di saatku dalam terleka, Engkau berikan peringatan kepadaku melalui kepahitan agar ku terasa dan terkesan..

Di saatku dalam rebah dan bergelumang dengan dosa, Engkau berikan peluang untukku kembali semula kepadaMu, melalui penyesalan dan keinsafan yang Engkau wujudkan kedalam hatiku..

Di saatku tersungkur rebah dan kalah dalam kesilapan, Engkau kurniakan petunjuk dan hidayah kepadaku, agar ku menyedari kesilapan yang telah dilakukan..

Betapa cinta dan kasih sayangMu, meskipun hambaMu ini berada dalam kesilapan dan dosa, Engkau masih sudi membimbingku dengan cara yang tidak disangka-sangka.. 

Engkau sentiasa memberi petunjuk agar ku kembali kepadaMu dalam kehidupan, meskipun ku seringkali menjauhiMu secara diam-diam..

Ya Allah Ya Tuhanku, bimbinglah hati ini dan didiklah jiwa ini agar sentiasa kembali kepadaMu.. 
Sedarkanlah diriku akan hakikat dunia ini adalah bersifat sementara sahaja.. 
Janganlah biarkan diriku berdukacita dengan dunia lalu melalaikan jiwaku dari matlamat yang lebih utama, iaitu akhirat sana..
Kumemohon kepadaMu, agar diriku sentiasa didalam bimbinganMu, ya Allah... :') ALLAHUMMA AaMiiN


ilalliqa'

2 comments:

  1. moge kite sentiase d bawah lindungan kasih n rahmatNYA :)

    ReplyDelete
  2. @Suehada Amin amin :) .thanks sudi singgah membaca di sini..

    ReplyDelete

AUTOPING BY OTHERS