Followers

Tuesday, April 24, 2012

Info : Petua Islam untuk wajah berseri



Petua ISLAM Untuk Wajah Berseri

Petua 1: Amalkan membaca ‘Ya Qawiyyu’ (maksudnya wahai Yang Maha Kuat) setiap kali selepas memberi salam kedua, selepas solat.

Petua 2: Jangan cuci muka (dengan cleanser) pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri wajah. Cuci muka sebelum tidur.

Petua 3: Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturizer.

Petua 4: Berselawat 3 kali dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa "Ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku.”

Petua 5: Membaca Doa Bercermin "Ya Allah, sebagaimana kau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku"

ilalliqa'

Info : Apakah itu Qarin ?


Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." 
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !


ilalliqa'

Monday, April 23, 2012

Info : 10 Surah


10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

ilalliqa'

Saturday, April 21, 2012

Info : Kafarah dari sakit


Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.


sumber : FB

ilalliqa'

Thursday, April 19, 2012

Tazkirah : Takut akan Allah


sifat manusia yang takutkan Allah


1- Lidahnya tidak berdusta, mengumpat, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap tetapi lidah orang yang bertaqwa sentiasa berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmiah.

2- Hatinya tiada permusuhan, kebodohan, kedengkian pada sahabat kerana kedengkian akan menghapuskan segala pahala kebaikan...

3- Pandangannya tidak suka memandang makanan, minuman, pakaian atau lain-lain perkara haram dan tidak terpikat pada dunia. Rasulullah SAW bersabda ” Sesiapa memenuhi matanya daripada perkara Haram, maka Allah SWT akan memenuhinya dengan daripada api pada hari Kiamat “.

4- Perutnya tidak dipenuhi dengan hasil haram, Rasulullah SAW telah bersabda: "Setiap suapan daripada yang haram masuk ke perut seseorang, maka segala Para Malaikat di langit dan di bumi melaknatnya selama suapan itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di dalam Neraka"

5- Kedua tangannya tidak diguna untuk perkara haram malah kedua tangannya diguna untuk perkara ketaatan kepada Allah SWT.

6- Pada kedua kakinya tidak melangkah ke tempat maksiat , malah kedua kakinya hanya melangkah ke tempat Ketaatan kepada Allah SWT.

7- Segala Ketaatan kepada Allah SWT bukanlah bertujuan Riya’ atau berbersifat Munafiq tetapi segala ketaatannya adalah Ikhlas kepada Allah SWT semata-mata.

moga bermanfaat
ilalliqa'

Tazkirah : Cantik VS Gagah



Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa 

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. 
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

"Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."Surah Al-Ahzab:Ayat 71


ilalliqa'

Tazkirah : Nikah


♥♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerna NAFSU,
Maka pasangan akan selalu bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan..

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerna HARTA,
Maka pasangan bakal bubar jika bankrupt..

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerna KECANTIKAN,
Pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut..

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerna ZURIAT,
Pasangan akan cari alasan utk pergi jika pasangan x dapat memberi anak..

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerna KEPERIBADIAN,
Pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya..

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerna CINTA,
Hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal2 yg lebih baik . Tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati..

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerna IBADAH kpd ALLAH
Sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kpd makhlukNYA ..

✿♥Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya .Maka tak ada alasan apapun didunia yg dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH...♥✿

ilalliqa'

Wednesday, April 18, 2012

Info : Musuh Manusia


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

moga bermanfaat
ilalliqa'

Tuesday, April 17, 2012

Info : Bencana Dari Allah


Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperuntukkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara ditinggikan di dalam masjid.

9. Orang menjadi ketua bagi satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

2. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)....

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain...

"..Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.."

moga bermanfaat
ilalliqa'

Info : Makanan Kegemaran Rasulullah



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkanbuah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan airpanas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagalmelahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan sepertitangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuangkelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawatradang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang populardi restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. 

♥ ^___________^SUMBER: Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias
moga berguna
ilalliqa'

SOLAT SUNAT : Taubat


ما من رجل يذهب ذنبا ثم يقوم فيتطهر ثم يصلى ثم  يستغفر الله إلا غفر له ثم قرأ هذه الأية ، والذين إذا فعلوا فاحشة أو ظلموا أنفسهم ذكرو الله فاستغفرو لذنوبهم ومن يغفر الذنوب إلا الله ولم يصروا على ما فعلوا وهم يعلمون . أولئك جزاءهم مغفرة من ربهم وجنات تجري من تحتها الأنهار خالدين فيها . ( رواه أبو داود والنسائي وابن ماجه )

Maksudnya : "Setiap orang yang pernah melakukan perbuatan dosa, kemudian segera bangun dan berwudhuk. Kemudia solat lalu memohon ampunan dari Allah, pasti Allah akan memberi ampunan baginya. Setelah itu dibaca surah ini : " Mereka yang pernah mengerjakan kejahtaan atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri, lalu mereka segera ingat kepada Allah, terus memohon ampunan di atas dosanya. Siapa pula yang akan mengampuni segala dosa kalau bukan Allah. Sesudah itu mereka insaf dan sedar bahawa ia tidak akan mengulanginya lagi perbuatan dosa seperti yang sudah-sudah, maka mereka itu akan diberi pahala dengan syurga di mana di bawahnya mengalir air sungai, dan di situlah tempat mereka kekal abadi .


Waktu melakukan Solat Taubat – Afdal pada 2/3 malam iaitu semasa qiamullai. tetapi tidak terbatas untuk dilakukan pada bila bila masa (kecuali waktu tahrim solat).

NIAT

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Maksudnya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Rakaat PERTAMA - (Sunat baca doa Iftitah), Bacaa  Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun  atau mana-mana ayat atau surah dalam Al-Quran.

Rakaat KEDUA-  Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

**Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas adalah bacaan sunnah Rasulullah SAW 

:   atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala):

لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksud : Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada   melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!  Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri

Selepas salam, perbanyakkan Istighfar  sebanyak 100 kali atau yang semampunya,

  أسْتَغْفِرُ اللّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لا إلَهَ إلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَ أتُوبُ إلَيْكَ 

Maksudnya : Aku mohon keampunan Ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepadaMu.

atau yang ringkas :

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ

Maksudnya : "Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku"

Doa Solat Taubat

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ
 وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ
 أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتَ
 أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ
 وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya : “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Monday, April 16, 2012

Tazkirah : Terima Kasih Allah


Ya Allah Ya Tuhanku, Ingin sekali ku berterima kasih kepadaMu..
Di saatku dalam terleka, Engkau berikan peringatan kepadaku melalui kepahitan agar ku terasa dan terkesan..

Di saatku dalam rebah dan bergelumang dengan dosa, Engkau berikan peluang untukku kembali semula kepadaMu, melalui penyesalan dan keinsafan yang Engkau wujudkan kedalam hatiku..

Di saatku tersungkur rebah dan kalah dalam kesilapan, Engkau kurniakan petunjuk dan hidayah kepadaku, agar ku menyedari kesilapan yang telah dilakukan..

Betapa cinta dan kasih sayangMu, meskipun hambaMu ini berada dalam kesilapan dan dosa, Engkau masih sudi membimbingku dengan cara yang tidak disangka-sangka.. 

Engkau sentiasa memberi petunjuk agar ku kembali kepadaMu dalam kehidupan, meskipun ku seringkali menjauhiMu secara diam-diam..

Ya Allah Ya Tuhanku, bimbinglah hati ini dan didiklah jiwa ini agar sentiasa kembali kepadaMu.. 
Sedarkanlah diriku akan hakikat dunia ini adalah bersifat sementara sahaja.. 
Janganlah biarkan diriku berdukacita dengan dunia lalu melalaikan jiwaku dari matlamat yang lebih utama, iaitu akhirat sana..
Kumemohon kepadaMu, agar diriku sentiasa didalam bimbinganMu, ya Allah... :') ALLAHUMMA AaMiiN


ilalliqa'

Sunday, April 15, 2012

Tazkirah : Hak yang sebenar



Budak muda bercouple suka menyebut soal 'hak'. 
Lelaki tu 'hak' dia sebab dah jadi boyfren dia. 

Perempuan itu 'hak' dia sebab dah jadi girlfren dia. 
Bila ada yg kacau 'hak' tersebut, berlakulah pergaduhan sesama mereka.

Lelaki bergaduh sampai bertumbuk-tumbuk.

Perempuan bergaduh sampai tarik-tarik rambut.

Dengar sini anak muda. 
Sebelum bising 'mempertahankan hak' kamu, cuba cek balik :

  • Perempuan itu HAK bapak dia, kalau mahu dapat hak tersebut sila berjumpa bapanya dulu.

  • Lelaki itu HAK ibu dia, sudah cukup tertunaikah tanggungjawab dia sebagai anak lelaki kepada ibunya sendiri?

  • Kalau tidak, jangan sibuk sangat bercerita pasal 'hak', jika hak yg sepatutnya tidak kamu tunaikan.




Wednesday, April 11, 2012

Doa Berlindung dari Malapetaka





Saturday, April 7, 2012

Kisah Teladan : Tudung Labuh Untuk Ustazah Sahaja?

cerita yang dicopy untuk dikongsi 



“Awak ambik kos pendidikan Islam...??”

“tak…”

“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya kos economics n management sciences la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz.. ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!! Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai… Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah. sekian..................... ;D

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT... Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.


Friday, April 6, 2012

Quote : Allah is all I need


♥★ When I’m alone and need someone to support me, no one comes to help me except Allah. ♥★

♥★ When I pretend to be strong, no one sees my hidden tears except Allah. ♥★

♥★ When I’m sad and need a shoulder to cry on, no one supports me but Allah. ♥★

♥★ Pleasing a human is very difficult, pleasing Allah is the easiest. ♥★

♥★ People sometimes punish me for mistakes I have not done, Allah ignores and excuses the ones that I did. ♥★ 

♥★ HE is my LORD, Allah, The Greatest, The Most Almighty, The Most Beneficent, The Most Merciful, and all praise belongs to Him. ♥★ 

ilalliqa'

Tuesday, April 3, 2012

Tazkirah :Cinta Itu Rahsia Allah



*~♥~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

*~♥~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥

Cintailah dengan keikhlasan".. 
"boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti, kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."(Umar Bin Khattab ra)

*~♥~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥



Quote : Doa Bertemu Jodoh


hanya perkongsian . tiada kait mengaitan dengan yang hidup atau yang mati apatah lagi pemilik blog ni
haha ~

AUTOPING BY OTHERS