
untuk para asdiqa' yang sedang menanam anggur sementara menunggu panggilan daripada IPTA/S pilihan ...
hayati kisah ini sebentar.....BETAHLAH TINGGAL DI RUMAH...
Mengasingkan diri (uzlah) yang diajarkan syariat dan sunah Rasul adalah menjauhkan diri dari kejahatan dan pelakunya, orang-orang yang banyak waktu kosongnya, orang-orang yang leka dan orang-orang yang senang membuat huru-hara. Dengan beruzlah, jiwa anda akan selalu terkawal, hati menjadi tenang dan sejuk, fikiran sentiasa jernih dan anda akan merasa bebas dan bahagia berada di taman-taman ilmu pengetahuan.
Mengasingkan diri (uzlah) dari semua hal yang melalaikan manusia dari kebaikan dan ketaatan merupakan ubat yang sudah terbukti khasiat dan kemujarabannya oleh para pakar dalam bidang rawatan hati. Banyak cara untuk menjauhkan diri dari kejahatan dan permainan yang sia-sia. Diantaranya adalah; mengisi waktu dengan menyuntikkan wawasan baru ke dalam akal fikiran, melaksanakan semua hal yang menambahkan rasa takut kepada Allah SWT dan juga menghadiri majlis-majlis pertaubatan dan zikir.
Bagaimanapun, adalah amat digalakkan menyertai atau menghadiri perkumpulan atau majlis yang terpuji dan patut dikunjungi seperti majlis melaksanakan solat berjemaah, menuntut dan mengajarkan ilmu, atau untuk saling membantu dalam kebaikan. Dengan itu, hindarilah majlis-majlis yang tidak jelas tujuannya dan tidak pula bermanfaat. Jaga kesucian anda, tangisilah kesalahan anda dan jagalah lidah anda. Mudah-mudahan, dengan itu rumah anda dapat membahagiakan hati anda.
Pergaulan bebas antara laki-laki dan perempuan merupakan serangan yang dasyat ke atas jiwa dan ancaman yang membahayakan keamanan dan kedamaian diri anda. Ini kerana dengan melakukan hal itu berarti anda telah bergaul dengan syaitan-syaitan pembisik desas-desus, penyebar khabar angin, peramal bencana dan petaka. Dan itu akan membuat anda mati tujuh kali dalam sehari sebelum anda mati dalam keadaan sebenar.
“Kalaulah mereka keluar bersama-sama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan dari kerosakan belaka”
(QS. At-Taubah: 47)
Bertolak dari situ, satu-satunya harapan saya adalah supaya anda menharungi apapun keadaan anda, tetaplah menyendiri di bilik anda dan hanya keluar untuk berkata atau berbuat baik sahaja. Pada saat itu hati anda akan benar-benar menjadi milik anda, sehingga waktu dan umur anda selamat dari kesia-siaan, lidah anda terhindar dari mengumpat (ghibah), hati anda bersih dari kerisauan, telinga anda terjauh dari ucapan kotor dan jiwa anda bebas dari berburuk sangka.
Barangsiapa mencuba sesuatu, nescaya akan mengetahuinya. Barangsiapa membiarkan dirinya hanyut dalam gumpalan desas-desus dan diheret dalam golongan orang-orang yang tidak berilmu serta senang berbuat yang sia-sia, maka katakan kepadanya: Selamat tinggal buatmu.
moga bermanfaatilalliqa'

No comments:
Post a Comment