Followers

Monday, February 27, 2012

Info : Bakal Paderi Masuk Islam


Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Baru-baru ini beliau telah keluar di TV Al-Hijrah. Suka untuk kami berkongsi kisah beliau....

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber 'binti' kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak 'encourage' beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

HIDAYAH ITU MILIK ALLAH :)
semoga dia istiqomah dalam islam :)

credit : facebooker

Saturday, February 25, 2012

Tazkirah : Muslimah yang dikasihi




MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..

Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya. Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..

Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. 
Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu...... ..

moga bermanfaat
ilalliqa'

Thursday, February 23, 2012

Kisah Teladan : Dinding dan Hati


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.


Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.  Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. 
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. 
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.”

SAHABAT adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. 

remaja masjid@yahoogroup
moga bermanfaat
Ilalliqa'

Kisah Teladan : Gurau Dan Canda Rasulullah S.A.W


Gurau Dan Canda Rasulullah SAW


Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata, 

"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW. 
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata, 
"bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu" . 
"Suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?". 
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata isterinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW, 
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua" jawab Rasulullah
Perempuan itu lalu menangis. 
Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".
Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa (yang tidak melampaui batas) tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.


credit : RM
moga bermanfaat
Ilalliqa'

Tazkirah : Amalan Wajib dan Sunat untuk Iman




Tajdid Iman: Perbanyak amalan wajib, sunat mantap kualiti iman

RAMAI hamba Allah yang mengeluh: "Alangkah cepatnya hatiku berubah". Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya. 

Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah.

Antara tanda punca kelemahan iman seorang hamba yang menyebabkan dia tersungkur di lembah dosa ialah:

# Ibadat tidak berkualiti. Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.

Bawalah dua bekalan asas iaitu ibadat wajib dan sunnah. Mungkin ketika iman lemah dia tidak sama sekali meninggalkan kewajipan tetapi ibadatnya itu kurang berkualiti dan sedikit jumlahnya. Padahal, iman diukur menurut amalan wajib dan sunat yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud: "Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya." (Hadis riwayat al-Bukhari). Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.

# Hati yang tidak khusyuk. Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit itu akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah tanpa wujud perasaan seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar mendirikan kewajipan saja, tetapi tiada kemanisan ibadat.

Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Sahabat membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW.

Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.

# Berlebihan dengan perkara yang mubah. Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kesyukuran kepada nikmat Allah Taala.

Akan tetapi, perkara sebegini kadang-kadang membuat kita leka. Jika berlebihan segala aktiviti untuk memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat perjuangan. Mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.

# Tidak menghadiri majlis ilmu. Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya?

Semua itu memerlukan jawapan yang pasti tetapi manusia yang lemah iman sudah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk mendapatkan kembali pedoman hidupnya supaya tidak tersalah jalan, dia perlukan hidayah iaitu ilmu Allah.

# Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan. Apabila iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: "Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."

Mengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Lauh Mahfuz.

Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.

ilalliqa'

'' Dan hanyalah kepunyaan Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Dan memberi balasan kepada orang-orangyang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik" (An-Najm: 31) 

perkongsian dari ramaja masjid
semoga bermanfaat
Ilalliqa'

Info : Kiamat 2012 ?



Gempar mengenai kiamat 2012 yang dihebahkan umum... Termasuklah dalam pembikinan filem dan majalah hiburan.... ini semua dikaitkan dengan kalendar kuno masyarakat tertentu,.. yang dipercayai semua ramalan masyarakat terbabit benar... dan hampir semua ramalan masyarakat tersebut terjadi benar2 seperti yang diramalkan.. ..
Tapi, apa yang ada di 2012??? Kita sbg UMAT ISLAM, apa yang perlu dibuat?? Ini kisahnya...
Al-Quran ada menceritakan mengenai banjir besar yang berlaku pada zaman Nabi Nuh a.s. Berdasarkan cerita dalam Al-Quran, banjir ini berlaku disebabkan keingkaran Masyarakat tersebut untuk mentaati ALLAH dan mengikut ajaran yang disampaikan Nabi Nuh A.S.
Saintis hari ini mula mengkaji, peristiwa pada zaman Nabi Nuh itu... para saintis ingin mengetahui bagaimana Banjir besar boleh berlaku secara tiba2... Kita Sebagai umat Islam mestilah percaya bahawa Tiada apa yang mustahil bagi tuhan pencipta alam, ALLAH S.W.T.. Namun begitu, saintis tetap ingin mengkaji... Dan , ini adalah hasil kajian nya....
Seperti yang diketahui, Setiap planet mempunyai tarikan medan magnet,, yang mengawal pasang surut air, dan keseimbangan bumi.. medan magnet ini boleh dipengaruhi oleh medan magnet daripada planet lain ataupun daripada sumber magnet kuat yang lain yang berada dalam alam semesta ini...
Saintis berkata, bahawa, pada zaman Nabi Nuh itu, tarikan medan Magnet bumi tidak stabil dan menyebabkan berlaku banjir besar...Tapi bagaimana tiba2 medan magnet tidak stabil???
Saintis menjawab, Terdapat satu planet yang orbitnya terlalu hampir dengan orbit bumi, dan mengganggu keseimbangan medan magnet bumi,.... disebabkan planet itu, maka banjir besar telah berlaku... INI KATA SAINTIS.. ALLAH MAHA MENGETAHUI.. .
Ini kajian NASA, pihak Nasa berkata, bahawa mereka telah menjumpai satu planet yang amat aneh..
kerana lingkaran orbitnya berlainan dengan planet lain.. planet ini dinamakan planet 'x' atau planet nibiru..
Lingkaran orbit planet ini dikatakan berhampiran dengan planet bumi. dan dikatakan bahawa 2012, planet ini akan sekali lagi menghampiri planet bumi.. dan akan mengganggu keseimbangan bumi..
Planet ini mengambil masa 36000 tahun untuk melengkapkan putaran orbitnya untuk mengelilingi bumi.. dan dikatakan pada zaman Nabi Nuh dahulu, planet ini telah menghampiri bumi...
Ini hanya ramalan saintis. ALLAH maha mengetahui.. . Saintis telah menemui planet X ini pada tahun 1988... Saintis juga memberitahu, bahawa planet ini dapat dilihat mulai mac 2011.. dan akan kelihatan seperti matahari yang kedua... Ini kata saintis. Dan CIA pula,meramalkan 2/3 penduduk dunia akan mati disebabkan banjir besar dan bencana alam yang amat dasyat ini. Dan segala teknologi akan lenyap dan akan kembali seperti zaman kuno semula...
kita umat islam jangan mudah terpengaruh. . ALLAH maha mengetahui.. ini hanya sekadar maklumat yang sy ingin berkongsi. Hanya ALLAH yang mengetahui kebenarannya. .
renung renungkan
ilalliqa'

Info : Hawa yang terindah

untungnya manjadi seorang wanita. mengapakah ?
  • Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
  • Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
  • Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
  • Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian di atasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain di atasi setelah dia masuk ke liang kubur.
  • Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
  • Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
  • Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
  • Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
  • Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak boleh melupakannya.
  • Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
  • Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
  • Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
  • Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
  • Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
  • Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
  • Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
  • Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
  • Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
  • Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
  • Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
  • Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
  • Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
  • Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
  • Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
  • Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
  • Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
  • Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
  • Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
  • Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
  • Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
  • Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

moga bermanfaat
Ilalliqa'

Tazkirah : Hamba Allah



Siapa kamu menentukan cara kamu melihatKesannya pula adalah, cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat. Ada yang pergi Turki dapat dosa, ada yang pergi Turki dapat pahala. Pergi tempat yang sama, akibat tidak sama. Bukan salah Turki, tapi soal siapa kamu yang pergi itu tadi.

KE SUNGAI
Di sungai, bunyi air, bunyi unggas, bunyi angin, bunyi cengkerik, semuanya menghasilkan tenang. Sebabnya mudah, semua yang berbunyi itu sedang memuji Allah [Al-Israa' 17: 44]. Sedang berzikir.

Justeru, ada yang datang ke sungai menyertai zikir alam, lalu mendapat pahala.
Ada pula yang datang ke sungai, kepalanya hanya berfikir satu perkara, “apa dosa yang aku nak buat di sini, ya?”

Tulis pula di batu, “Minah dan Abu Were Here!”
Takut Malaikat ‘lupa’ dosa-dosanya yang dilakukan di situ. Jangan sampai tiada habuan Akhirat. Lupa yang habuan itu adalah dosa dan Neraka.

Ada yang ke sungai dapat pahala dan bahagia, ada yang ke sungai dapat dosa dan sengsara.

Bukan salah sungai. Tapi salah manusia yang datang ke sungai.

Semuanya bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.
Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

UNIVERSITI
Sama juga dengan universiti.

Ada yang datang ke universti dapat ilmu. Dapat pengalaman. Dapat bekalan hidup yang tiada di luar universiti. 4 tahun penuh kesungguhan, hasilnya dapat kebaikan Dunia dan dapat kebaikan Akhirat.

Ada yang datang ke universiti dapat jantan. Dapat betina. Dapat ‘pengalaman’. Dapat ‘nikmat hidup’ yang payah nak cari di luar universiti. 4 tahun penuh sial, hasilnya dapat celaka Dunia dan dapat celaka Akhirat.

Bukan salah universiti. Tapi salah manusia yang datang ke universiti.

Semua bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.
Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

FACEBOOK
Sama juga dengan Facebook.

Ada yang masuk ke Facebook dapat pahala. Bertanya khabar, menghubungkan persahabatan ‘menjejak kasih’, menguruskan ceramah dan soal jawab, berkongsi ilmu dan macam-macam amal maaruf.

Ada pula yang masuk ke Facebook tetapi dapat dosa. Tunjuk aurat, dedah keaiban diri dan kenalan juga rumahtangga, kutuk orang, main kuiz Syirik, main kuiz lagha, sampai belajar entah ke mana, sampai melingkup Akhirat dan Dunia.

Bukan salah Facebook. Tapi salah manusianya.

Bagaimanakah cara dia melihat Facebook dan siapakah dia dalam melihat dirinya itu?

Kamu boyfriend?
Kamu girlfriend?
Kamu bos?
Kamu pakar?
Kamu sampah?
Siapa sahaja kamu, kita hanya satu. Kita adalah HAMBA.
Hamba Allah yang kejayaan hidupnya ialah pada melihat dengan pandangan hamba, dan berperanan dalam hidupnya sebagai hamba, hingga mati sebagai hamba.

Kalau ada yang sudah lupa dirinya hamba, dan hidup di dunia seperti tuan, dia telah bertuhankan diri.

Nantikan sahaja balasannya di Akhirat nanti.


moga bermanfaat
ilalliqa'

Tazkirah : Uzlah



untuk para asdiqa' yang sedang menanam anggur sementara menunggu panggilan daripada IPTA/S pilihan ...
hayati kisah ini sebentar.....BETAHLAH TINGGAL DI RUMAH...
            Mengasingkan diri (uzlah) yang diajarkan syariat dan sunah Rasul adalah menjauhkan diri dari kejahatan dan pelakunya, orang-orang yang banyak waktu kosongnya, orang-orang yang leka dan orang-orang yang senang membuat huru-hara. Dengan beruzlah, jiwa anda akan selalu terkawal, hati menjadi tenang dan sejuk, fikiran sentiasa jernih dan anda akan merasa bebas dan bahagia berada di taman-taman ilmu pengetahuan.
            Mengasingkan diri (uzlah) dari semua hal yang melalaikan manusia dari kebaikan dan ketaatan merupakan ubat yang sudah terbukti khasiat dan kemujarabannya oleh para pakar dalam bidang rawatan hati. Banyak cara untuk menjauhkan diri dari kejahatan dan permainan yang sia-sia. Diantaranya adalah; mengisi waktu dengan menyuntikkan wawasan baru ke dalam akal fikiran, melaksanakan semua hal yang menambahkan rasa takut kepada Allah SWT dan juga menghadiri majlis-majlis pertaubatan dan zikir.
            Bagaimanapun, adalah amat digalakkan menyertai atau menghadiri perkumpulan atau majlis yang terpuji dan patut dikunjungi seperti majlis melaksanakan solat berjemaah, menuntut dan mengajarkan ilmu, atau untuk saling membantu dalam kebaikan. Dengan itu, hindarilah majlis-majlis yang tidak jelas tujuannya dan tidak pula bermanfaat. Jaga kesucian anda, tangisilah kesalahan anda dan jagalah lidah anda. Mudah-mudahan, dengan itu rumah anda dapat membahagiakan hati anda.
            Pergaulan bebas antara laki-laki dan perempuan merupakan serangan yang dasyat ke atas  jiwa dan ancaman yang membahayakan keamanan dan kedamaian diri anda. Ini kerana dengan  melakukan hal itu berarti anda telah bergaul dengan syaitan-syaitan pembisik desas-desus, penyebar khabar angin, peramal bencana dan petaka. Dan itu akan membuat anda mati tujuh kali dalam sehari sebelum anda mati dalam keadaan sebenar.
Kalaulah mereka keluar bersama-sama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan dari kerosakan belaka
(QS. At-Taubah: 47)
            Bertolak dari situ, satu-satunya harapan saya adalah supaya anda menharungi apapun keadaan anda, tetaplah menyendiri di bilik anda dan hanya keluar untuk berkata atau berbuat baik sahaja. Pada saat itu hati anda akan benar-benar menjadi milik anda, sehingga waktu dan umur anda selamat dari kesia-siaan, lidah anda terhindar dari mengumpat (ghibah), hati anda bersih dari kerisauan, telinga anda terjauh dari ucapan kotor dan jiwa anda bebas dari berburuk sangka.
            Barangsiapa mencuba sesuatu, nescaya akan mengetahuinya. Barangsiapa membiarkan dirinya hanyut dalam gumpalan desas-desus dan diheret dalam golongan orang-orang yang tidak berilmu serta senang berbuat yang sia-sia, maka katakan kepadanya: Selamat tinggal buatmu.
moga bermanfaat
ilalliqa'

Kisah Teladan : Pisang dan Hati



Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. 



Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. 

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. 

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. 

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaikMenyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.


moga bermanfaat
Ilalliqa'

Tazkirah : Golongan akhir zaman



Riwayat daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:

"Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah manusia tetapi berhati syaitan. "

Mereka diibaratkan sebagai serigala buas. 
Hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan. 

"Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah. "
Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekati kamu. 
Kalau engkau menjauhi mereka, maka mereka akan mengumpat engkau. 

"Apakah mereka melihatmu?
Jawab Nabi saw :"Tidak "
Para sahabat bertanya:"Apakah turun wahyu kepada mereka?
Jawab Nabi saw:"Tidak."

"Para sahabat bertanya lagi:"Bagaimana keadaan mereka?
Nabi saw menjawab:"Seperti ulat dalam cuka."

Para sahabat bertanya lagi:"Ya Rasulullah saw, bagaimana mereka menjaga agama mereka?"

Jawab Nabi saw:"Seperti bara api di tangan. Kalau diletak ia akan padam dan kalau diambil dengan tangan ia akan terbakar."

nauzubillah 

CREDIT : Facebook novelis RAIHAN ZAFFYAH

Tuesday, February 21, 2012

Info : Discover 90/10 Principle ( funfani.com)



















funfani.

moga bermanfaat
Ilalliqa'

AUTOPING BY OTHERS