
Apa nuzul Al-Quran tuh ya ?
Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya secara berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.
Bila nuzul Al-Quran tuh ?
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Apakah ayat yang pertama diturunkan ?
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Apakah makna Al quran ?
Al Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat yang ditulis dalam bahasa arab diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat jibril secara mutawatir dan mengandungi semua aspek kehidupan....bermula dari surah Alfatihah sampai ke Annas...
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi,al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
------selamat menyambut nuzul alquran------
--------selamat membaca Alquran----------
bulan Ramadan ni banyak baca quran dapat pahala tau.. SELAMAT BERIBADAH ;)
ilalliqa'



selamat menyambut nuzul Quran.. slamat beramal ye. :)
ReplyDeletekita sama2 amalkan.
ReplyDelete