Followers

Saturday, August 27, 2011

Info : Tujuh Sunnah Nabi Muhammad S.A.W


Ihya Ramadhan Al Mubarakh



Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

ilalliqa'

Tuesday, August 16, 2011

Info : Nuzul Al-Quran



Apa nuzul Al-Quran tuh ya ?



Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya secara berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. 






Bila nuzul Al-Quran tuh ?


Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Apakah ayat yang pertama diturunkan ?
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Apakah makna Al quran ?
Al Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat yang ditulis dalam bahasa arab diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat jibril secara mutawatir dan mengandungi semua aspek kehidupan....bermula dari surah Alfatihah sampai ke Annas...



Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi,al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

------selamat menyambut nuzul alquran------
--------selamat membaca Alquran----------

bulan Ramadan ni banyak baca quran dapat pahala tau.. SELAMAT BERIBADAH ;)

ilalliqa'

Saturday, August 13, 2011

Tazkirah : Kualiti Tarbiyah


jom hayati kisah ni..


Firdaus mengikuti tarbiyah semasa dia memasuki alam universiti. Namun, setelah habis belajar dan sehingga sekarang dia bekerja, dia tidak mengikuti tarbiyah. Tarbiyah yang diikutinya semasa universiti seolah-olah membiarkannya sendiri. Akhirnya, segala apa yang diperolehi sewaktu tarbiyah kini bagai angin sahaja seolah-olah firdaus tidak pernah ditarbiyah. Dia sudah tidak mengamalkan mutabaah. Solat berjemaah di masjid pula sudah jarang sekali. Waktu lapangnya hanya dihabiskan di rumah dengan melayari internet. Ibunya bingung. Manakah firdaus yang dahulu?

Ini salah satu kisah benar yang saya perolehi daripada saudara terdekat. Mungkin banyak lagi kisah yang sama seperti ini. Kita tidak mahu tarbiyah yang kita perolehi sekarang atau akan datang hanyalah tarbiyah yang tidak konsisten dan hanya pada jangka masa pendek sahaja. Kita sangat memerlukan tarbiyah yang berkualiti agar nanti peribadi muslim yang terbentuk tidak mudah ter ‘sibghah’ (celupan) dengan persekitaran luar yang semakin bernanah. Kita juga mahukan peribadi muslim berkualiti yang kekal sehingga pengakhiran hidupnya.

Ciri-cirinya

Bagaimanakah mahu memastikan tarbiyah yang kita dapat berkualiti nilainya? Adakah perlu dilihat pada bilangan yang mengikutinya atau gah namanya? Atau mungkin dilihat pada hebat ketuanya?

Tarbiyah berkadar langsung dengan kualiti peribadi muslim seseorang. Semakin bagus tarbiyahnya, semakin berkualiti manusia yang terhasil daripada acuan tarbiyah itu sendiri. Namun, bagaimana mahu melihati dan meyakini ia adalah berkualiti? Berikut adalah beberapa ciri yang saya mampu senaraikan mengikut pengalaman.

Berpandukan Al-quran dan hadith

Ini adalah aspek yang sangat penting dalam mengikuti sesuatu proses tarbiyah. Ini juga menentukan sesuatu tarbiyah itu berada di jalan yang lurus atau terpesong. Hasil daripada tarbiyah ini bukan sahaja menjadikan peserta tarbiyah mengetahui banyak hal tentang Al-Quran dan hadith, namun semakin dekat dengan Al-Quran. Hidupnya dilazimi dengan kalam-kalam Allah ini. Hatinya semakin merasa cinta akan surat cinta Allah ini. Jiwanya merasa tenang saat mendengar alunan bait-bait indah kalamullah ini.

Dia tidak akan tergerak hati untuk mencari sesuatu hiburan lain yang lebih indah daripada hiburan membaca Al-Quran tika masa lapang menjengahnya. Langkahnya mencuba yang terdaya untuk mengamalkan apa yang diperintahkan Al-Quran. Penghayatannya terus menerus tanpa kenal erti puas. Hadith-hadith yang didengari acap kali dan dipelajari sepanjang tempoh tarbiyah membuat dia boleh membezakan antara hadith sahih, palsu atau dhaif. Inilah nilai tarbiyah berkualiti yang meresap dalam diri seorang hamba yang mengikuti tarbiyah!


setiap ahli mampu ditampung oleh management tarbiyah


Berupaya menampung ahlinya

Peranan murobiyah begitu penting untuk memastikan tarbiyah berupaya menampung ahlinya. Jika murobiyah tidak mengambil berat akan permasalahan dan apa yang berlaku pada mutorobbiyahnya, maka tarbiyah mungkin akan terhenti setakat itu sahaja. Keberkesanan tarbiyah bergantung pada murobbiyah, untuk memastikan proses tarbiyah berlangsung berterusan. Namun, jika tidak berterusan, itu mungkin salah mutorobbiyah sendiri yang tidak komited terhadap tarbiyah.

Tarbiyah yang mampu menampung ahlinya adalah tarbiyah yang sentiasa mengetahui setiap perkembangan ahlinya walaupun ahlinya banyak atau sedikit. Setiap inci yang berlaku diketahui oleh management tarbiyah. Ini samada dari segi masalah peribadi, keluarga atau perpindahan tempat yang berlaku pada mutorobiyah. Segalanya diketahui dengan baik agar mudah untuk menyelesaikan masalahnya. Sekalipun terdapat ahli yang menyambung pelajaran atau bekerja di tempat lain, murobbiyahnya akan sedaya upaya mencari jalan agar tarbiyah tetap berlangsung pada mutorobbiyahnya.

Medan beramal

Jika sudah ditarbiyah, tetapi masih tidak mampu menjaga ikhtilat, aurat, ibadah seharian atau berdakwah maka seseorang ahli itu tidak lain tidak bukan hanyalah penumpang tarbiyah. Hanya menjadikan tarbiyah sebagai pengisi masa lapang dan ketika diri kekosongan. Terdapat ramai orang yang mengaku ditarbiyah tetapi masih melayanmovies, lagu dan games lagho dengan alasan untuk merelease tension atau dengan kata lain tidak apa melakukannya selagi tidak mengabaikan perintah Allah. Adakah ini yang dikatakan tarbiyah berjaya mengubah seseorang yang jahil kepada seseorang yang berilmu? Adakah kalian tidak mentadabbur surah Al-Mukminun(23): 1-3 ?

" Beruntunglah ( berjayalah) orang mukmin itu, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya dan orang yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang tidak berguna."

Kepada dai'e di luar sana yang masih melakukan aktiviti lagho dan sia-sia, cepatlah bertindak. Kerana jika kalian yang faham agama boleh hanyut dengan perang pemikiran orang-orang kafir, maka tidak mustahil umat lebih parah daripada apa yang kalian sangka!


Tarbiyah menjadikan seseorang bukan sahaja kaya ilmunya, malah menjadi orang yang merubah diri dan orang lain kerana ilmunya. Jika sepanjang tarbiyah bertahun-tahun pun tetapi tidak boleh komited terhadap tugas dan tanggungjawab setelah diperingatkan banyak kali, maka ini bukan salah tarbiyah tetapi sekali lagi, ini salah diri sendiri!

Keaslian tarbiyah terjaga

Tarbiyah diperolehi daripada halaqah, program dan sarana tarbiyah yang lain. Keaslian tarbiyah sangat perlu dikekalkan. Seperti halaqah sepatutnya berlangsung sekurang-kurangnya 2 jam setiap minggu sarat dengan pengisian dan task untuk dibentang. Kadatangan, disiplin dan pembentangan task perlu di ambil berat iaitu dengan mempunyai borang khusus untuk halaqah. Penekanan yang diberikan oleh murobbiyah perlu berkaitan dengan permasalahan mutorobbiyah. Disamping itu, daurah atau program mempedulikan kedatangan ahli dan sebab yang munasabah jika tidak hadir. Begitu juga mutabaah, sangat dititik berat kepentingannya.

Setiap bahan yang disampaikan murobbiyah mesti bertepatan dengan apa yang sesuai dengan level dan usia tarbiyah mutorobbiyah. Murobbiyah perlu merujuk buku-buku Fiqh Dakwah untuk memahami lagi cara yang benar dalam membimbing mutorobbiyah hingga menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Penutup: Tarbiyah berkualiti hasilkan generasi berkualiti


Baja tarbiyah yang berkualiti akan menghasilkan generasi bunga yang berkualiti

Penyataan ini tidak boleh disangkal lagi. Memang benar generasi muslim dan dai'e yang berkualiti adalah hasil daripada tarbiyah yang berkualiti. Dan umat yang berkualiti terhasil daripada dai’e yang berkualiti.

Mulakan daripada sekarang. Jika kita benar-benar inginkan umat menjadi generasi yang berkualiti sepertimana sahabat-sahabat Rasulullah saw, maka kita sebagai seorang dai’e perlulah menjadi berkualiti daripada sekarang dan berusaha mendapatkan ciri-ciri tarbiyah yang berkualiti.

“ Tegakkan islam di dirimu, nescaya islam akan tertegak di bumimu.” (Hassan Al-Hudaibi)

P/s: segalanya bermula di sini.
dari emel

Ilalliqa'

Wednesday, August 10, 2011

Tazkirah : Pelajar Sekolah Agama

miftahul kalam.... post ni sekadar memanjangkan amanah..
baca ye ..




Mereka kata...Kita ni pelajar  Sekolah Agama Tapi Kita...Semakin malu mengaku hakikat itu... 
Mereka kata...Kita ni mejaga solat Tapi Kita...Kalau boleh nak buat masa paling hujung waktu..
Mereka kata...Kita ni boleh menjadi imam Tapi Kita... Bagi alasan " Eh ada orang yang lagi layak"...
Mereka kata...Kita ni tak kan mengumpat Tapi Kita...Pantang ada geng. Pasti bergosip... 
Mereka kata...Kita ni calon suami yang soleh Tapi Kita...Layak ke gelaran soleh tu untuk kita? ...
Mereka kata...Kita ni calon isteri yang solehah Tapi Kita...Layak ke gelaran solehah tu untuk kita? ...
Mereka kata...Kita ni mathurat dijadikan amalan harian Tapi Kita...Mathurat tu ape ek? ...
Mereka kata...Kita ni mengamalkan sunnah Tapi Kita...Pekara yang wajib pun entah ke mana ...
Mereka kata...Kita ni menutup aurat Tapi Kita...Mempersembahkan aurat menjadi kebanggan.. 
Mereka kata...Kita ni qiamullail dijadikan makanan mingguan Tapi Kita...Last buat pun time kat SMKA dulu ...
Mereka kata... Kita ni kuat bersedekah Tapi Kita...Baik simpan buat belanja kekasih ...
Mereka kata... Kita ni menjaga batasan pergaulan Tapi Kita...Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan... 
Mereka kata...Kita ni banyak menghafaz Al Quran Tapi Kita...As Sajdah masa exam PQS dulu pun entah ke mana ...
Mereka kata...Kita ni sedap mata memandang Tapi Kita...Muka pun dah hilang nur dek kerana jarang berwudu’ ...
Mereka kata...Kita ni membaca Al Quran dijadikan kelaziman Tapi Kita...Agak2 berapa kali seminggu kita baca?ke setahun skali sahaja? ....
Mereka kata...Kita ni penuh ilmu agama di dada Tapi Kita...Sekarang kita bukan belajar agama dah. Tak perlu belajar agama!!!!

 Di atas ni sedikit fenomena biasa dalam kalangan produk pelajar sekola agama. Sebaik sahaja melangkah keluar dari Sekolah yang dikatakan Agama yang dikurung  SMK(A) maka sejajar dengan itu segala tarbiyah dan didikan dari Ustaz dan Ustazah kita abaikan. Kita tergolong dalam bekas pelajar yang ada sedikit fikrah agama. Tapi ada kalangan kita yang mencemarkan agama. Tak malukah kita melihat bekas pelajar sains, bekas pelajar sekolah harian biasa malahan bekas pelajar King Edward dan Methodist pun lebih menghayati agama dari kta yang bertitle “Budak sekolah agama”. Oh terlupa pula, kita hanya bekas sekolah agama. Tak perlu lagi menonjolkan ciri-ciri murni Islam dalam diri. Tapi ingatlah teman sekalian. sememangnya kita adalah bekas sekolah agama. Tapi kita bukan bekas beragama Islam. Kita masih beragama islam. 

Tidak berdesing kah telinga kita mendengar “Ala..budak sekolah agama pun buat begitu dan begini” atau lebih menyakitkan apabila non muslim bercakap “I tengok budak sekolah agama pun macam tu. Patut la Islam ni teruk..”Nah.. tahniah untuk kita semua yang berjaya menimbulkan fitnah besar kepada agama yang kita cintai ini. Islam yang tersebar dengan lelah dan keringat umat terdahulu kita cemarkan dengan akhlak “budak sekolah agama” kita tu. 

Ingin atau tidak kita sememangnya memegang title tersebut. Bukan kita sahaja. Ramai lagi kawan2 kita dari aliran yang sama BERUNTUNG dengan adanya title tersebut. Kita telah dijinakkan satu ketika dahulu dengan tarbiyah SMKA. Kenapa tidak sekarang kita kembali kepada kita yang dahulu? Jadikan title “budak sekolah agama” itu sebagai wasilah untuk kita memperbaiki diri kita yang dipenuhi dengan lumpur noda ini. 

Artikel ini bukanlah dihadirkan atas dasar ingin mengumpat ataupun mengata. Tetapi cuma ingin memperkatakan apa yang harus dikata. Bukan juga niat untuk menyatakan SEMUA produk SMKA itu tidak bagus. Mungkin perkara di atasa hanyalah semata kes yang anamoli. Tapi mungkin juga ianya telah ataupun akan menjadi kes yang major. Sekadar peringatan untuk diri ini dan rakan2 lain yang sudi untuk diperingatkan.

Bukan mengatakan untuk kita menjadi alim seperti ulama’ hebat, Bukan ingin mengatakan kita  taat seperti malaikat. Tapi cukup lah menjadi umat sebenar-benar  umat. Ingat kata2 ini “Andai tak mampu buat semua jangan tinggal semua” dan jangan sampai “MEREKA KATA kita adalah harapan agama TAPI KITA sebenarnya adalah sampah agama”

Salam Ramadhan Kareem.. Semoga madrasah Ramadhan ini akan mengembalikan zaman kegemilangan tarbiyah diri kita yang pernah muncul di susana SMK (A) satu ketika dahulu..

P/S : Mohon dipanjangkan artikel ini untuk kebaikan bersama di Bulan Mulia ini.

so dah abis baca ? apa pendapat korang .. jangan bangga sangat dengan title budak sekolah agama tu kalau tak reti nak hayati kandungan agama dengan betul .

Moga bermanfaat
Ilalliqa'

Sunday, August 7, 2011

TUTORIAL : Letak Wishlist

assalamualaikum


tengah belajar chemistry tadi dapat request
tak tahulah dari sape....
" Macamna nak buat wishlist macam 
/ 11A+ SPM
/ uni
..."



meh sini sis buatkan tutorialnye...



1. design > add gadget > HTML/Javascript 

2. copy dan paste coding ni

<fieldset>
<legend>TAJUK</legend>
<form name="myform">
<div>
<input checked name="mybox" type="checkbox" value="wish korang" /><span class="Apple-style-span">100 B Melayu</span></div><span class="Apple-style-span">
</span><div><span class="Apple-style-span">
<input disabled name="mybox" type="checkbox" value="wish korang" />100 Maths</span></div><span class="Apple-style-span">
</span></form>
</fieldset>
* yang merah tu letak tajuk korang..nak letak image pun boleh .. sila cari   SINI
tukarkan tulisan merah tu dengan <img src="http://dl10.glitter-graphics.net/pub/369/369220a3hjk9pcg9.gif" />  .... code pink ni tukar dengan code image korang.
* yang oren tu kalau nak keluar tanda tick , tulis checked .. kalau hajat korang tak tercapai lagi, tulis disabled.
* yang biru tu wishlist korang.......
* korang boleh banyakkan hajat korang dengan paste code bawah ni sebelum </span></form> </fieldset>

</span><div><span class="Apple-style-span">
<input disabled name="mybox" type="checkbox" value="wish korang" />100 Maths</span></div><span class="Apple-style-span">

3. save !

TUTORIAL : Energy Saved





perlukan energy saved ? kalau rasa nak boleh lah guna tutorial ni. kalau tak nak ...ok bye bye . :)


1. Dari dashboard > design > edit html (download backup kalau perlu)

2. Tekan  (ctrl + F), cari code </head>

3. Copy  n paste 
code ni  SEBELUM code </head>



<script language='javascript' src='https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/savetheenvironment.js' type='text/javascript'/>


4. Save !! jadi jadi ??

takk ? memang lah.. tunggu beberape minit dulu

TUTORIAL : Link Warna Pelangi


sape nak link ayat yang bila kata letak cursor kat situ keluar blink2 pelangi > comelll tau ..
cara nya senang je

1. design > add gadget > HTML/Javascript

2. copy dan paste coding ni

<script src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/rainbowlink.js" type="text/javascript"></script>
3. save !!! try lah jadi tak ???

sekian

credit to : unwanted89

Friday, August 5, 2011

Tazkirah : Iman Yang Benar


Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....*daripada rakan facebook*
3 Minit je, tak lama pun..
...... Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik 

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....

daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana..?
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa?gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????
Wallahualam…

Sebarkan sbg peringatan sesama insan...♥

Ilalliqa'
moga bermanfaat 

TUTORIAL : Divider


BZ nak bagi tutorial buat pembahagi kat bawah post . macam 'cute love' yang ade bawah post sis...

mula mula

1. Design > edit HTML > Tick Expand Widget

2. Tekan CTRL+F dan cari code ni :
<div class='post-footer-line post-footer-line-3'/>
3. Copy code bawah ni and paste dekat bawah kod yang korang cari tadi .
 <center><img height='20' src='http://dl9.glitter-graphics.net/pub/152/152179h4qroi8q2b.gif'/></center>
4. Preview dulu


5. kalau jadi , Save !! jadi tak ?? 

* korang boleh tukar warna orange untuk ubah ketinggian image tu
* warna merah boleh tukar dengan URL image korang. boleh cari kat SINI

sekian..

TUTORIAL : Letak Status


 tutorial letak STATUS kat blog...

1. Design > Add Gadget > HTML/Java Script

2. copy and paste code ni kat situ..

<fieldset><legend><img src="http://2.bp.blogspot.com/-8twOnSNecmE/Th_0YBukZ1I/AAAAAAAAA2U/89JdYTMGsNw/s1600/Untitled-3.png" /></legend><center>♥Bihah Online♥</center><center>♥1 OGOS 2011♥</center><center>♥Salam♥</center></fieldset></fieldset></fieldset>
     *yang warna oren boleh letak URL gambar korang* kalau nak yang cute2 , boleh cari SINI  
    *yang warna merah boleh tukar dengan ayat sendiri*

3.save!! tengok blog ,, jadi tak ??

--------------atau--------------

korang boleh jugak buat yang bergerak..

copy code ni n paste kat HTML/Java script tuh

<fieldset><legend><img src="http://dl10.glitter-graphics.net/pub/369/369220a3hjk9pcg9.gif" /></legend> <a href="http://www.crazyprofile.com/marquee_effects/Marqueeeffects.asp" target="_blank" style="text-decoration:none"><marquee behavior="alternate"><marquee width="150">bintuzainal online...selamat berpuasa</marquee></marquee></a>
</fieldset></fieldset></fieldset>


*yang warna oren boleh letak URL gambar korang* kalau nak yang cute2 , boleh cari SINI  
    *yang warna merah boleh tukar dengan ayat sendiri*


pastu save..
kena lah rajin update hari hari kalau nak bagitau status korang .

sekian..

AUTOPING BY OTHERS