
"Daripada Abi Mas'ud Radiyallahu anhu katanya, sabda Rasulullah : Allah melaknat perempuan yang membuat tatu, yang diminta membuat tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah..."hadis ni menerangkan beberapa perbuatan yang dilaknat Allah. antaranya :
- membuat tatu (tanda @ lukisan pada mana-mana anggota tubuh secara kekal dengan mengunakan warna warna tertentu dengan menusuk nusuk jarum pada anggota badan * Ya Allah ... sakitnya,,, kenapalah ada sanggup buat benda ni?? alangkah tercucuk jarum tak sengaja dah sakit , apatah lagi menusuk nusuk jarum dengan sengaje?? tak de kerja lain ke yang blh dibuat?)
- orang yang diminta membuat tatu
- mencukur alis (mencukur alis, mencabut alis atau menghilangkan alis dengan apa jua cara sekalipun adalah HARAM SELAMANYA. sebab utama, benda nih untuk kecantikan semata mata je kan ? ade ke orang cukur alis sebab nak ubat sakit ? sakit ape ? cecite . kalau cukur, cabut o buang alis tu dgn sebab *nak tambah keyakinan diri* automatik sebab tu lahir kerana malu dengan kurniaan ALLAH. tapi sebab utama orang cukur alis adalah kerana KECANTIKAN SEMATA MATA.)
- menjarangkan gigi untuk kecantikan (empunyai unsur berlebihan dan menghias diri berlebihan . Boleh dilakukan dengan tujuan : membaiki diri yang sumbing, rosak dan bertujuan untuk kesihatan dan pemulihan... *erkkk??* pelik kan ,, selalunya orang merapatkan gigi aka mendakap gigi supaya rata cantik tersusun...tapi ini kes jarangkan gigi pulak~ haih ape ni?? jarangkan gigi ni selalunya dilakukan oleh orang zaman dahulu dan benda ni macam satu simbol kekayaan. entah lah , sis tak berapa boleh terangkan ~search google islamik ok?~ sonye, rapatkan gigi boleh lah ye?..oh tidakk,,, kalau untuk kecantikan adalah haram sama sekali. kalau utk kebaikan atau pemulihan itu boleh lah,... tapi betul ke utk itu ? bukan lebih kepada kecantikan kaa ?? tepuk dada tanya iman~)
- mengubah ciptaan Allah -semua yang tersenarai-
"daripada Umar Radiyallahu anhu , sesungguhnya rasulullah sallahualaihi Wassallam melaknat perempuan yang menyambung rambut, yang meminta disambung rambutnya, perempuan yang membuat tatu, yang mengasah gigi dan yang meminta diasah giginya...."
perkara2 lain termasuk dalam mengubah ciptaan Allah
- Menyambung rambut (guna rambut palsu, perbuatan menanam rambut dikepala)
- mewarna rambut (mengubah warna rambut dikepala dgn menggunakan bahan bahan tertentu, tetapi boleh mewarnakan rambut dengan inai atau katam dan tidak ditayangkan di khalayak ramai.. inai yang dibenarkan hanyalah inai yang betul2 inai , pure, takde campuran. skrg org konon nak ikut sunnah gunalah inai mekah nak warnakan rambut, tapi korang yakin ke inai mekah tu betul2 pure sedangkan ditulis "MADE IN CHINA" ?? haa batul pure ka ? tapi sekarang dengan bangganya 'orang-orang' memperangkan rambutnya dan ditayang dikhalayak ramai lagi lagi perempuan. awatnya ? tertumpah klorok ka ? atau terlebih agent pengoksidaannya sampai terlebih karat ? ohh tak bleh tukar asal ea ? meh letak minyak tar bebanyak.gerenti hitam takpun tutup lah dengan tudung supaya tak terkena oksigen, tiada dibasahi titisan hujan .. tak da pengaratan berlaku. lagi bagus (ii) )
- mengubah anggota badan
firman Allah~"sesungguhnya kami menciptakan manusia dengan sebaik baik penciptaan"
Tengok , ALLAH pun dah berfirman , manusia tu sebaik baik penciptaan [!] kita dikurniakan akal. kita boleh berfikir dan merenung hikmah ALLAH halal dan haramkan sesutu benda tu. sonye, sebagai hamba yang paling istimewa ni kita kenalah BERSYUKUR atas anugerah kejadian kita yang sempurna ni. caranya ? JANGAN MENGUBAH CIPTAAN ALLAH . JANGAN UBAH MANA MANA ANGGOTA BADAN KITA [!]
- pembedahan untuk memulihkan kecacatan atau menggantikan anggota yang tidak berfungsi (hukum : HARUS ) contohnya
- pemindahan organ : memindahkan anggota badan manusia daripada orang yang masih hidup atau telah meninggal dunia kepada orang yang memerlukan. menurut bekas mufti mesir *syeikh alhasanin * pembedahan ni HARUS dengan syarat
- orang yang bagi anggota badan tu TELAH DISAHKAN KEMATIANNYA
- YAKIN pemindahan BERJAYA dan bukan sangkaan semata mata
- betul betul DARURAT
- Dijalankan dengan TELITI, CERMAT, BERHATI HATI
- mendapat KEIZINAN ahli waris
- pembedahan plastik :
- HARUS dengan tujuan perubatan dan pemulihan *cth : kulit muka -tukar dgn-> kulit peha*
- HARAM dengan tujuan kecantikan semata mata
- Lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya
~daripada Ibnu Abbas Radiyallahu Anhu katanya, sabda Rasulullah S.A.W , ALLAH melaknat lelaki2 yang menyerupai wanita dan wanita2 yang menyerupai lelaki~
selain itu, Allah jugak laknat orang yang membuat pembedahan plastik untuk kecantikan dan orang yang menukar jantina.
~annisa : 119 : "....dan sesungguhnya aku (syaitan) akan menyuruh manusia mengubah ciptaan Allah lalu mereka benar benar sanggup mengubah ciptaan ALLAH~"
perbuatan perbuatan ni dilarang kerana perbuatan ni hanya bertujuan untuk BERMEGAH-MEGAH, melanggar fitrah manusia dan merosakkan anggota badan dan yang paling penting GODAAN SYAITAN .macam yang tengok sekarang , tradisi cukur alis ni banyak dibuat oleh orang barat kan *majoriti yang BUKAN beragama ISLAM* . so kenapa kita yang negara umat ISLAM ni TERGEDIK GEDIK nak ikut budaya barat ?? lagi lagi yang sedihnya sekarang , orang islam dan bukan islam dah susah nak dibezakan. semua sama je. pakaian-percakapan-perbuatan-dll . apa nak jadi ni ??
KAEDAH ISTINBAD HUKUM * cara ambil hukum*
berdasarkan kalimah : Laana
maksud : Rasulullah melaknat orang yang mengubah ciptaan ALLAH dan laknat Rasulullah menjadi laknat Allah .
huraian : mengubah ciptaan Allah adalah haram dan dilaknat Allah
FAKTOR YANG MENDORONG MANUSIA MENGUBAH CIPTAAN ALLAH
- TIDAK BERSYUKUR dangan nikmat kurniaan Allah
- bersifat SOMBONG dan MENUNJUK NUNJUK kecantikan diri kepada orang lain
- IMAN yang LEMAH dan KURANG DIDIKAN AGAMA menyebabkan seseorang itu kufur dengan kelebihan yang diberikan ALLAH
- Mengikut HAWA NAFSU yang didorong oleh hasutan syaitan yang bertujuan menyuruh manusia mengingkari ALLAH
- terlalu MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN dan menyatakan hukum islam tidak sesuai dengan peredaran zaman
LANGKAH LANGKAH MENGATASINYA
- sentiasa bersyukur dengan kejadian diri
- yakin dengan kesempurnaan dan hikmah di sebalik kejadiaan ALLAH
- dekatkan diri kpd Allah
- memberi penerangan, dakwah dan kempen
HIKMAH LARANGAN PERBUATAN PERBUATAN INI
- perbuatan ni akan melahirkan perasaan sombong dan angkuh dengan kelebihan dan kecantikan diri
- bukan budaya hidup islam dan menyerupai amalan hidup orang kafir
- ia menjejaskan kesihatan dan memberi kemudaratan kepada diri sendiri
- terdapat unsur unsur penipuan dan kepalsuan
so,, fikir fikirkan dan selamat beramal [!] :)
~kalau nak buang tatu kat kulit tu perit , nak buang tatu dosa kat hati lagi perit~HLOVATE~

tgah duk study psi lah tu..
ReplyDeletelpas tu buat entry psi ..
hehe ..bagus !! A+++ lah nnty..
aminnnnn
ReplyDeletemahu trial n SPM 11A !!
mesti studi dr skrg
bia tak menyesal tgk kputusan nt.
.LOVE.
cmne kalo ubah gambar? contohnyer, mcm morph gmbr- application yg combinekan muka kita n org laen menjadi satu rupa? kira dosa k?
ReplyDelete