Followers

Saturday, July 30, 2011

Tazkirah : Mengubah Ciptaan Allah



"Daripada Abi Mas'ud Radiyallahu anhu katanya, sabda Rasulullah : Allah melaknat perempuan yang membuat tatu, yang diminta membuat tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah..."
 hadis ni menerangkan beberapa perbuatan yang dilaknat Allah. antaranya :

  • membuat tatu (tanda @ lukisan pada mana-mana anggota tubuh secara kekal dengan mengunakan warna warna tertentu dengan menusuk nusuk jarum pada anggota badan * Ya Allah ... sakitnya,,, kenapalah ada sanggup buat benda ni?? alangkah tercucuk jarum tak sengaja dah sakit , apatah lagi menusuk nusuk jarum dengan sengaje?? tak de kerja lain ke yang blh dibuat?)
  • orang yang diminta membuat tatu 
  • mencukur alis (mencukur alis, mencabut alis atau menghilangkan alis dengan apa jua cara sekalipun adalah HARAM SELAMANYA. sebab utama, benda nih untuk kecantikan semata mata je kan ? ade ke orang cukur alis sebab nak ubat sakit ? sakit ape ? cecite . kalau cukur, cabut o buang alis tu dgn sebab *nak tambah keyakinan diri* automatik sebab tu lahir kerana malu dengan kurniaan ALLAH. tapi sebab utama orang cukur alis adalah kerana KECANTIKAN SEMATA MATA.)
  • menjarangkan gigi untuk kecantikan (empunyai unsur berlebihan dan menghias diri berlebihan . Boleh dilakukan dengan tujuan : membaiki diri yang sumbing, rosak dan bertujuan untuk kesihatan dan pemulihan... *erkkk??* pelik kan ,, selalunya orang merapatkan gigi aka mendakap gigi supaya rata cantik tersusun...tapi ini kes jarangkan gigi pulak~ haih ape ni?? jarangkan gigi ni selalunya dilakukan oleh orang zaman dahulu dan benda ni macam satu simbol kekayaan. entah lah , sis tak berapa boleh terangkan ~search google islamik ok?~ sonye, rapatkan gigi boleh lah ye?..oh tidakk,,, kalau untuk kecantikan adalah haram sama sekali. kalau utk kebaikan atau pemulihan itu boleh lah,... tapi betul ke utk itu ? bukan lebih kepada kecantikan kaa ?? tepuk dada tanya iman~) 
  • mengubah ciptaan Allah  -semua yang tersenarai-
"daripada Umar Radiyallahu anhu , sesungguhnya rasulullah sallahualaihi Wassallam melaknat perempuan yang menyambung rambut, yang meminta disambung rambutnya, perempuan yang membuat tatu, yang mengasah gigi dan yang meminta diasah giginya...."
perkara2 lain termasuk dalam mengubah ciptaan Allah
  • Menyambung rambut (guna rambut palsu, perbuatan menanam rambut dikepala)  
  • mewarna rambut   (mengubah warna rambut dikepala dgn menggunakan bahan bahan tertentu, tetapi boleh mewarnakan rambut dengan inai atau katam dan tidak ditayangkan di khalayak ramai.. inai yang dibenarkan hanyalah inai yang betul2 inai , pure, takde campuran. skrg org konon nak ikut sunnah gunalah inai mekah nak warnakan rambut, tapi korang yakin ke inai mekah tu betul2 pure sedangkan ditulis "MADE IN CHINA" ?? haa batul pure ka ? tapi sekarang dengan bangganya 'orang-orang' memperangkan rambutnya dan ditayang dikhalayak ramai lagi lagi perempuan. awatnya ? tertumpah klorok ka ? atau terlebih agent pengoksidaannya sampai terlebih karat ? ohh tak bleh tukar asal ea ? meh letak minyak tar bebanyak.gerenti hitam takpun tutup lah dengan tudung supaya tak terkena oksigen, tiada dibasahi titisan hujan ..  tak da pengaratan berlaku. lagi bagus (ii) )
  • mengubah anggota badan    
firman Allah~"sesungguhnya kami menciptakan manusia dengan sebaik baik penciptaan" 
Tengok , ALLAH pun dah berfirman , manusia tu sebaik baik penciptaan [!] kita dikurniakan akal. kita boleh berfikir dan merenung hikmah ALLAH halal dan haramkan sesutu benda tu. sonye, sebagai hamba yang paling istimewa ni kita kenalah BERSYUKUR atas anugerah kejadian kita yang sempurna ni. caranya ? JANGAN MENGUBAH CIPTAAN ALLAH . JANGAN UBAH MANA MANA ANGGOTA BADAN KITA [!]
  • pembedahan untuk memulihkan kecacatan atau menggantikan anggota yang tidak berfungsi (hukum : HARUS ) contohnya
    • pemindahan organ : memindahkan anggota badan manusia daripada orang yang masih hidup atau telah meninggal dunia kepada orang yang memerlukan. menurut bekas mufti mesir *syeikh  alhasanin * pembedahan ni HARUS dengan syarat
      • orang yang bagi anggota badan tu TELAH DISAHKAN KEMATIANNYA
      • YAKIN pemindahan BERJAYA dan bukan sangkaan semata mata
      • betul betul DARURAT
      • Dijalankan dengan TELITI, CERMAT, BERHATI HATI
      • mendapat KEIZINAN ahli waris
    • pembedahan plastik :
      • HARUS dengan tujuan perubatan dan pemulihan *cth : kulit muka -tukar dgn-> kulit peha* 
      • HARAM dengan tujuan kecantikan semata mata
  • Lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya
~daripada Ibnu Abbas Radiyallahu Anhu katanya, sabda Rasulullah S.A.W , ALLAH melaknat lelaki2 yang menyerupai wanita dan wanita2 yang menyerupai lelaki~

selain itu, Allah jugak laknat orang yang membuat pembedahan plastik untuk kecantikan dan orang yang menukar jantina. 

~annisa : 119 : "....dan sesungguhnya aku (syaitan) akan menyuruh manusia mengubah ciptaan Allah lalu mereka benar benar sanggup mengubah ciptaan ALLAH~"

perbuatan perbuatan ni dilarang kerana perbuatan ni hanya bertujuan untuk BERMEGAH-MEGAH, melanggar fitrah manusia dan merosakkan anggota badan dan yang paling penting GODAAN SYAITAN .macam yang tengok sekarang , tradisi cukur alis ni banyak dibuat oleh orang barat kan *majoriti yang BUKAN beragama ISLAM* . so kenapa kita yang negara umat ISLAM ni TERGEDIK GEDIK nak ikut budaya barat ?? lagi lagi yang sedihnya sekarang , orang islam dan bukan islam dah susah nak dibezakan. semua sama je. pakaian-percakapan-perbuatan-dll . apa nak jadi ni ??

KAEDAH ISTINBAD HUKUM * cara ambil hukum*

berdasarkan kalimah : Laana
maksud : Rasulullah melaknat orang yang mengubah ciptaan ALLAH dan laknat Rasulullah menjadi laknat Allah .
huraian : mengubah ciptaan Allah adalah haram dan dilaknat Allah

FAKTOR YANG MENDORONG MANUSIA MENGUBAH CIPTAAN ALLAH

  • TIDAK BERSYUKUR dangan nikmat kurniaan Allah
  • bersifat SOMBONG dan MENUNJUK NUNJUK kecantikan diri kepada orang lain
  • IMAN yang LEMAH dan KURANG DIDIKAN AGAMA menyebabkan seseorang itu kufur dengan kelebihan yang diberikan ALLAH
  • Mengikut HAWA NAFSU yang didorong oleh hasutan syaitan yang bertujuan menyuruh manusia mengingkari ALLAH
  • terlalu MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN dan menyatakan hukum islam tidak sesuai dengan peredaran zaman


LANGKAH LANGKAH MENGATASINYA

  • sentiasa bersyukur dengan kejadian diri
  • yakin dengan kesempurnaan dan hikmah di sebalik kejadiaan ALLAH
  • dekatkan diri kpd Allah
  • memberi penerangan, dakwah dan kempen


HIKMAH LARANGAN PERBUATAN PERBUATAN INI

  • perbuatan ni akan melahirkan perasaan sombong dan angkuh dengan kelebihan dan kecantikan diri
  • bukan budaya hidup islam dan menyerupai amalan hidup orang kafir
  • ia menjejaskan kesihatan dan memberi kemudaratan kepada diri sendiri
  • terdapat unsur unsur penipuan dan kepalsuan
so,, fikir fikirkan dan selamat beramal [!] :)


~kalau nak buang tatu kat kulit tu perit , nak buang tatu dosa kat hati lagi perit~HLOVATE~


Thursday, July 28, 2011

Word Out : Contengan Jalanan


korang buat ape sekarang ? mesti terpacak depan tv tunggu bola kan.. tak silap aku , ni kelayakan untuk masuk FIFA ye ? ok ..ape2 la~.aku pun nak terpacak depan tv kejap lagi . nak tengok bola jugak . sebabnye nak tengok esok cuti ke tidakk..hee..ahh joking.aku tak minat bola dey.
--------------------------------------------------------

ok sudah [!]
point sebenar nak update blog bukan sebab nak cerita pasal bola...tapi,,,,,pasal --->RAMADHAN SAHRUL KAREEM.. AHLAN WASAHLAN.. da buat 'mutabaah amal' untuk ramadan kali ni ? tertarik dengan satu contengan yang dihasilkan oleh penulis novel yang sangat dapat sambutan kini, HLOVATE. korang dah baca Contengan Jalanan dia ? CONTENGAN JALANAN : I : Fend . aku dah lama beli novel ni tapi baru kali ni sempat baca.. mungkin ada hikmahnya dan kebetulan novel ni menceritakan perantauan 2 orang saudara waktu bulan puasa.

ini telah di edit... gambar sebenar adalah terbalik sebelah.
aku tabik spring kat penulis ni. best sangat !! mula baca agak boring "hape ni ? kisah laki. ah bosan [!]"  bak kata penulis, " ini sekadar contengan jalanan, contengan perasaan , yang mungkin buat kamu bosan" yeah [!] perspektif awal aku. bila dah baca , perghhhh menyentap emosi. takat masuk bab berenadam air mata gak la sekejap...[sekejap jee]. aku rasa korang perlu dapat kan novel ni [!] . INI KISAH CONTENGAN. CONTENGAN PENGALAMAN PERJALANAN MENCARI TUHAN.

"kalau nak buang tatu kat kulit tu sakit, kalau nak buang tatu dosa kat hati tu lagi perit..."

*novel ni combination 2 buku, kalau baca depan , belakang terbalik dan vice versa* dalam buku 1 kisah FEND , temanya THE MAN WHO DECIDED TO CHANGE ON 12TH HOUR DIES ON 11TH. maksudnya, hajat lelaki ni tak kesampaian,.. tapi fend ni man who decided to change before that 12th hours .fend atau affendy dan sepupu dia mencari makna kehidupan . fend ni student lim kok wing merangkap budak photographer : freelancer. hidup dia ngan kenkawan dia macam remaja sekarang : MUSIC, PICTURE, ART, JAMMING . hidup remaja .... nak sembahkan diri dekat DIA pun kadang2 lepas jugak , yang wajib entah kemana, yang sunat apatah lagi.. tak pernah complete.
"cukupkah sekadar harta, kerja dan keluarga jadi sebab untuk berputih mata kalau itu hajat yang tak tercapai sebelum tinggalkan dunia?..."
lepas tu sepupu dia , Chad @ Irsyad ajak backpacking kat Australia waktu bulan puasa. kira musafir di bulan ramadan. kat sini , mula la perjalanan cari TUHAN. memang banyak dorang buat kat negara orang tu. tinggal pun kat masjid . imam2 , ustaz2 kat sana ajar lah dorang serba sedikit tentang ISLAM. untuk mengenal TUHAN. pastu balik Malaysia. so nye dorang ni kiranya MAN THAT CHANGE BEFORE 11th. waktu 1 syawal , dah tersurat sejak azali... nyawa Chad tak panjang * bab ni baru mula berendam air mata* . kiranya, tak sia2 apa yang diorang buat sepanjang bulan puasa tu. chad tu kiranya man that changes on 10th hour la.

"Hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banayk perhentian sementara sehingga kadang2 terlupa sebenarnya diri ini nak ke mana"
-------------------------------------------------------------------------------------
PUASA .
puasa patutnya nilai dari mata hati, puasa tu satu penyucian roh , bukan sekadar menahan diri dari terbit fajar sampai terbenam matahari saje.. puasa merupakan perintah wajib

"~Hai orang orang beriman , kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang terdahulu daripada kamu. semoga kamu bertakwa"
tapi dekat Malaysia , puasa tu satu budaya. sepatutnya ramadan tu buakn diertikan dengan bazar ramadan, bukan diertikan dengan malam 7 likur pasang pelita, bukan diertikan dengan lawan meriam buluh, bukan diertikan dengan buka puasa di hotel hotel, bukan diertikan dengan rancangan masak2 di tv... tapi definisi definisi ni lah yang terjadi di Malaysia... kalau dah merantau ke oversea yang penduduknya bukan majority muslim , nikmat puasa itu akan lebih terasa. _ulasan hlovate_

------------------------------------------------------------------------------------------------
buku ni memang bagi banyak manfaat. so ape kata korang dapatkan satu nak ?

DON'T BE THE MAN WHO DECIDES TO CHANGE ON 12TH BUT DIES ON 11TH. KALAU RASA NAK BERUBAH DARI BUDAK LEPAK KEPADA BUDAK KENAL SEJADAH , JANGAN BERTANGGUH. WHY NOT UBAH TERUS MASA TERDETIK NAK BERUBAH TU ?

moga bermanfaat
illaliqa'

Wednesday, July 13, 2011

Info : Sentuhan Hati



hmmm , tau tak ape peranan hati dalam diri kita ? hati tu raja segala tubuh kita.. kalau buat salah sikit je , lekatlah satu titik hitam dalam hati tu .. kalau hari hari melekat satu titik lama2 hitamlah kan seluruh hati tu .



Hati atau roh merupakan penciptaan yang ajaib di dalam diri kita. Di antara keajaiban hati ialah:


1. Hati atau roh boleh mentadbir kerajaan diri. Dengan bantuan nafsu dan akal, manusia boleh melahirkan tamadun.
2. Hati ibarat wadah tempat rebutan antara malaikat dan syaitan, hidayah dan kekufuran. Hati kalau tidak dididik, ia akan dipimpin oleh syaitan maka syaitan yang akan memberi ilham serta ilmu. Tetapi bila hati dididik, Tuhan yang akan memimpin dengan memberi ilmu dan hidayah melalui malaikat sehingga perasaan yang baik-baik sahaja diletakkan di dalam hati.
3. Hati atau roh ibarat cermin. Hati yang tidak dididik dan diasuh akan menjadi gelap dan hitam. Sekiranya dididik, hati akan bercahaya dan bersinar seperti cermin yang sentiasa digilap. Cermin juga mudah menangkap apa sahaja objek yang ada di hadapannya. Ertinya, hati yang benar-benar bersih boleh menangkap apa-apa yang ada di Lauhul Mahfuz, ia akan diberi rasa-rasa yang tepat, hinggakan ada kalanya mendapat kasyaf, bisikan-bisikan yang benar, mendapat mimpi yang baik dan juga firasat, sebagaimana sabda baginda SAW: Maksudnya: "Takutilah kamu akan firasat orang mukmin, kerana mereka melihat dengan cahaya Allah." (Riwayat At Tarmizi)
4. Hati yang bersih juga boleh mendapat ilmu terus dan Tuhan, kalau dia rasul atau nabi maka ilmu tersebut dinamakan wahyu. Bagi para wali atau orang-orang bertaqwa pula dinamakan ilham atau ilmu laduni. Ilmu ini bukan hasil belajar Cara biasa tetapi ia terus dijatuhkan ke dalam hati. Ilmu yang diperolehi dengan hasil usaha biasa seperti membaca dan mengkaji, ia akan jatuh pada akal. Inilah di antara keajaiban hati yang Tuhan jadikan dengan ciptaan yang sangat unik. Hanya orang-orang yang Allah pimpin ;dan pilih sahaja yang dapat membaca perjalanan hati yang cukup halus dan seni
so jangan lah kotorkan hati kita ni....Illaliqa' ...

AUTOPING BY OTHERS