Followers

Wednesday, March 16, 2011

Tazkirah : Gejala Hendonism

Assalamualaikum
Perkongsian ni diperoleh daripada apa yang aku dapat semasa kem Sahabat masjid yang aku ikuti baru baru ini.semoga bermanfaat. jom baca.


Agenda generasi muda berilmu dan cabaran pengaruh HENDONISME




pendahuluan
generasi muda merupakan golongan yang paling utama dalam pembinaan sesebuah tamadun, oleh itu mereka adalah pelapis golongan tua yang ada demi memastikan kesinambungan ini berterusan pada masa hadapan. mereka mesti dibentuk, dibina dengan acuan Rabbani dalam pembentukan akidah dan akhlak yang terpuji. justeru itu, pembianaan sahsiah mereka hendaklah terbentuk melalui fitrah semula jadi yang bertepatan dengan norma dan etika Ilahi ke arah kecemerlangan dan keredhaan Tuhan di dunia dan di akhirat.


firman ALLAH dalam surah Al-Fath ayat 29
maksudnya :
 "Muhammad itu adalah utusan ALLAH dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah tegas terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih-sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan ALLAH dan keredhaanNYA. terlihat pada wajah-wajah mereka kesan sujud."

hadis
maksudnya
daripada Ibnu Umar r.a katanya : Rasulullah memegang bahuku lalu dia bersabda : hendaklah engkau berada di dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui jalan.
kata Ibnu Umar : jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi, janganlah engkau menunggu petang. dan gunalah dari sihat engkau nagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.

kata ulama'

Akan tiba masanya umat ISLAM 
akan melahirkan orang-orang barat dan akan tiba pula masanya nenti orangorang barat akan melahirkan umat ISLAM.
badiuzzaman said annursi

definisi
menurut kamus WEBSTER
hendonisme ialah istilah Greek hendone yang bermaksud stu dektorin yang menganggap bahawa keseronokan/kelazatan (pleasure) atau kegembiraan (happiness) ialah kebaikan

menurut Al-Quran
orang-orang kafir yang hidup mewah, bersenang lenang, mementingkan kehidupan dunia dan hawa nafsu. Kehidupan yang mewah menyebabkan para hendonis lupa akan perintah ALLAH

firmah ALLAH dalam surah Hud ayat 116 yang bermaksud
Maka sepatutnya ada di antara umat-umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.



 وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون
Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? _al an'am 32

firman ALLAH dalam surah ali imran ayat 185
maksudnya : dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahan dan 
pangkat kebesaran tidak lain hanyalah lesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. 

Ciri-ciri hendonisme
  1. keras hati , menolak kebenaran dan sesat
  2. sombong dan bongkak
  3. melakukan maksiat dan derhaka terhadap ALLAH
  4. zalim serta jahat
  5. kuat berangan-angan
nak hakis ciri-ciri ni, banyakanlah membaca AL-Quran

fenomena hendonisme kini
  1. hiburan yang keterlaluan : macamana la nak bentras maksiat kalau rancangan realiti hiburan makin bertambah. yang akedemik fantasianya, malaysian idolnya, raja lawaknya. kenapa hantu kemaksiatan ini tak diharamkan ??? nak salahkan sape kalau remaja berpakaian ketat? nak salahkan sapa kalau remaja tak reti tutup aurat ? semuanya da ade contoh kat siaran hiburan tu ! artis dibanggakan, artis diidolakan ! ape nak jadi ni. pemimpin tak berani tegur pakaian artis ke ? cubalah haramkan pakaian macam x pakai baju tu . haramkan masuk negara ni x boleh ke? kuatkuasakan undang2 macam acheh x boleh ke?????? ni ke MALAYSIA NEGARA ISLAM ? islam la sangat. tau tak, tanda2 akhir zaman ialah ramai wanita berpakaian tetapi TELANJANG
  2. lepak : dulu remaja lepak dekat kedai kopi , tepi padang bola. sekarang ? kat cybercafe , kelab malam. kenapa pemimpin tak haramkan kelab malam ? sebabnya hiburan lebih diutamakan ! takut nak bentras maksiat! 
  3. ketagihan dadah : mejoriti penghuni pusat serenti ialah MELAYU! .aduhai ,, ape nak jadi bangsaku ini? ekonomi negara mula dikuasai orang cina .  mana orang MELAYU ?? 
  4. pergaulan bebas : punca kepada segala kemaksiatan. bak kata ustazah rahimah " dulu kalau pelajar2 xsiap kerja dendanya ialah duduk dengan lelaki, tapi semua tak nak, mesti buat kerja sebab takut nak duduk ngan laki . tapi sekarang kalau cikgu buat denda macam tu ape jadi ? nauzubillah
  5. perlumbaan haram :da tau belumba tu boleh menyebabkan kematian , tetapi kenapa buat juga??
  6. video lucah : penjualan yang makin berleluasa malah mudah didapati di laman sosial. salah siapa ?mengapa tidak diblok laman itu

pembinaan ilmu dan rohani sebagai pemangkin dari pengaruh hendonisme
  1. Agenda pembentukan generasi berilmu
  2. Agenda pembentukan rohani
    1. pembentukan jasad : makanan halal dan mempunyai pengesahan JAKIM atau badan-badan yang dilantik persatuan2 islam yang dipercayai dari sumber yang halal . makanan adalah baik dan berkualiti
    2. pembentukan roh : zikrullah, selawat, istighfar, qiamullail, musohabatus solihin, mulazamah Ju'
    3. pembentukan akal : iqra', tadabbur
    4. pembentukan nafsu : menahan keinginan nafsu, bersedekah dan menolong orang .
Penutup

"Budaya hendonisme merupakan punca kelemahan generasi umat islam. oleh itu usaha berterusan perlu dilakukan melalui pendekatan ilmu dan tazkiyyah nafsiyyah ke arah melahirkan masyarakat seimbang dari jasad, roh, akal dan nafsu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh petunjuk Al Quran bagi mendapat keampunan dan keredhaan Tuhan."


wassalam


No comments:

Post a Comment

AUTOPING BY OTHERS