Assalamualaikum ..
Nak tahu tak ade 6 Perkara Allah S.W.T sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
Moga bermanfaat
Ilalliqa'
Followers
Thursday, March 31, 2011
Tazkirah : Mimpi Rasulullah
Assalamualaikum ..
Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
Wallahualam ..
Remaja masjid
Ilalliqa'
moga bermanfaat
Tazkirah : Ahli neraka atau ahli syurga
Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..... Adakah benar kita tahu seseorang itu akan masuk neraka jika mereka sememangnya seorang yang zalim? Sudah tentu tidak. Kali ini kita akan belajar dari sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah. Bagaimana Allah yang maha penyayang dan maha pengasih sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya yang leka. " Al-kisah, pada suatu hari Umar r.a mendapatkan Rasulullah SAW sambil menangis: Rasulullah SAW : Wahai Umar, apakah yang membuat engkau sehingga menangis? Umar : Ya Rasulullah, ada seseorang di muka pintu ini yang telah membakar hatiku. Rasulullah SAW : Ya Umar, bawalah dia masuk. Lalu Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis. Rasulullah SAW : Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis? Pemuda : Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada ALLAH SWT yang sangat murka kepadaku. Rasulullah SAW : Apakah kamu telah mempersekutukan ALLAH? Pemuda : Tidak, ya Rasulullah. Rasulullah SAW : Apakah kamu telah membunuh jiwa yang kamu tiada hak untuk membunuhnya? Pemuda : Tidak, ya Rasulullah. Rasulullah SAW : Maka ALLAH SWT akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit. Pemuda : Wahai Rasul ALLAH, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya. Rasulullah SAW : Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi? Pemuda : Dosaku lebih besar. Rasulullah SAW : Apakah dosamu lebih besar dari Arsy? Pemuda : Dosaku lebih besar. Rasulullah SAW : Apakah dosa kamu lebih besar dari dimaaf oleh ALLAH? Pemuda : MaafNYA lebih besar. Rasulullah SAW : Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat mengampunkan dosa besar kecuali ALLAH YANG MAHA BESAR, yang BESAR keampunanNYA. Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan? Pemuda : Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah. Rasulullah SAW : Beritahu aku apakah dosamu itu (Sedikit tegas!) Pemuda : Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selama tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur mayat seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan dia. Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba mayat gadis itu bangun dan berkata, “Celaka betul kamu, wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada ALLAH SWT dalam keadaan junub!” Rasulullah SAW : Hai orang yang fasik! Memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini! Maka keluarlah pemuda itu. Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada ALLAH dan pada malam yang ke-44, dia memandang ke langit sambil berdoa," Ya ALLAH, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan ibu Hawa, jika ENGKAU telah mengampunkan aku, maka beritahulah Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat.” Tidak beberapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibrail mendapatkan Rasulullah. Selepas memberi salam: Jibrail : Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu. Rasulullah SAW : ialah Assalam dan daripadaNYA salam dan kepadaNYA segala keselamatan. Jibrail : ALLAH SWT bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk? Rasulullah SAW : ALLAH lah yang menjadikan segala makhluk.Jibrail : Adakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk? Rasulullah SAW : ALLAH lah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk lain. Jibrail : Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?Rasulullah SAW : ALLAH yang menerima taubat dariku dan mereka.Jibrail : ALLAH BERFIRMAN, maafkanlah hambaKU itu kerana AKU TELAH MENGAMPUNKANNYA. Maka segera Rasulullah SAW memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa ALLAH telah menerima taubatnya dan mengampunkannya.” Pengajarannya, pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang mahu kembali kepada Allah dan Rasul-NYA. Janganlah terjerumus ke dalam kancah maksiat kerana terasa diri sudah TIDAK BERGUNA & TIDAK DAPAT DIAMPUNKAN LAGI……….selagi ada hayat, berusahalah untuk kembali kepada Allah seberapa segera yang boleh. Janganlah mengungkapkan kata2 seperti ini: “Jahatnya orang ini, dia ni memang ahli neraka!” “Kau memang layak masuk neraka!” Ingat, bukan kita yang menentukan siapa ahli syurga atau siapa ahli neraka, janganlah soal ini dijadikan bahan gurauan atau ejekan. Sesungguhnya Allah bila-bila masa sahaja boleh mengubah seorang kafir memeluk Islam dan memasukkannya ke dalam syurga, dan bila-bila masa sahaja boleh memilih seorang Islam bertukar agama lain dan memasukkannya ke dalam neraka…. wallahualam….moga bermanfaat ilalliqa' Remaja masjid ™ |
Tuesday, March 29, 2011
Info : Tips untuk Muslimah
Assalamualaikum...
Tadi baru bincang tetang AURAT dengan Ustaz Hatimul Ahsom, guru pendidikan Al-Quran dan As-sunnah . banyak tetang perkara lama yang kami baru ketahui sehingga terdorong diri ni nak share satu artikel yang memang dah lama bersemayam dalam pc ni.. kepada yang tak pernah baca , marilah kita kongsi ilmu ni...
*KHAS BUAT KAUM HAWA/ WANITA/ PEREMPUAN/ GIRL/ WOMEN/ NISA *
2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil.
Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul kesulitan
3. Tundukkan hati.
Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”
4. Tundukkan pandangan.
dedicate to : UMMI NADZRAH BINTI ABDUL RAZAK
![]() |
| Syaukatul Wardah |
*KHAS BUAT KAUM HAWA/ WANITA/ PEREMPUAN/ GIRL/ WOMEN/ NISA *
Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...
1. Elakkan berurusan dengan lelaki
1. Elakkan berurusan dengan lelaki
Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong , mintalah pertolongan daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal baiki kereta, baiki laptop dan lain-lain. Disebabkan kemampuan wanita dalam hal tersebut terbatas, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.
2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil.
Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar.
Contoh : maaf (bukan sorrie..), terima kasih (bukan time kacih..) . Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.
Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul kesulitan
Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH bagi amaran kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Al-Quran , Surah Al-Ahzab, ayat 32 : "Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ?
![]() |
| Love islam love ALLAH |
tapi yang berlaku hari ni lain . terbalik . ada jugak yang cuba menggoda lelaki dengan sengaja tunjukkan lemah lembut . bak kata orang . bila berhadapan dengan lelaki , suara sengaja dilembut dan di 'ngada-ngadakan' . Cik Belalang yang perempuan pun rasa meremang *sebenarnya rasa meluat adelah*, apatah lelaki . apa tujuan buat macam tu kalau bukan nak tarik perhatian ajnabi ? Wallahualam .Hati manusia tak dapat kita nak teka niatnya. biarlah antara mereka dengan ALLAH .tapi kalau sama tujuannya dengan yang berada dalam fikiran Cik Belalang , NAUZUBILLAH !
4. Tundukkan pandangan.
Jangan tertipu dengan subjek cara berkomunikasi yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya accepted kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.
Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..
Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Al-Quran baru nak buat. Contoh : "Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..
5. Cepatkan urusan.
Perkara ini mungkin dapat diterima kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu, TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.
Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.
Semoga artikel ini bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mukminah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya.
Jagalah diri, hiasi peribadi.
Wassalam.
Monday, March 21, 2011
Tazkirah : Panduan hidup
Assalamualaikum...
1. BERTAQWA KEPADA ALLAH
"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasanya"
(At-talaq:5)
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah,nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah,dan menghapus kesalahan-kesalahnan kamu,serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (Sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar" (Al-anfal:29)
2.MENGIKUT RASULULLAH SAW
"Katakan (wahai muhammad) :"jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah,Allah maha pengampun lagi maha mengasihani." (Ali Imran:31)
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah,nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah,dan menghapus kesalahan-kesalahnan kamu,serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (Sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar" (Al-anfal:29)
2.MENGIKUT RASULULLAH SAW
"Katakan (wahai muhammad) :"jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah,Allah maha pengampun lagi maha mengasihani." (Ali Imran:31)
3. MENJAUHI DOSA-DOSA BESAR
"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya,kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil)kamu,dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)" (An nisa : 31)
4.IMAN DAN AMAL SOLEH
"Dan ingatlah sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai,mereka kekal didalam selama-lamanya,yang demikian itulah kemenangan yang besar." (At taghabun:9)
5. AMAL KEBAIKAN MENGHAPUS DOSA
Rasulullah s.a.w. bersabda "Apabila engkau mengerjakan perbuatan yang tidak baik,maka ikuti dengan amalan yang baik supaya ia menghapuskannya."
6. MEMAAFKAN ORANG LAIN
"Dan segeralah kamu kepada amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari tuhan kamu,dan syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa,iaitu orang yg mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,dan orang yg menahan kemarahannya,dan orang-orang yg memaafkan kesalahan orang .Dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yg berbuat perkara-perkara yang baik" (Ali Imran : 133-134)
7.MENYAYANGI BINATANG
"Tidaklah seorang muslim yang menuangkan gandum untuk makanan kudanya kemudian dia mengacaunya, melainkan Allah menulis baginya satu kebaikan untuk setiap biji gandum"
8. MUSIBAH MENGHAPUS DOSA
dari aisyah berkata Nabi s.a.w. bersabda
"tidak ada satu musibah pun yg menimpa seorang muslim kecuali Allah menghapus dengannya dosa-dosanya,sampai pada duri yg menusuk " (HR AL-BUKHARI)
DARI jabir bin abdullah diriwayatkan bahawa Rasulullah menemui Ummu saib lalu berkata
"wahai ummu saib kenapa kamu merintih?Jawab ummu saib: "aku sedang demam,semoga Allah tidak memberkahi demam" Rasulullah bersabda "Jangan kamu mencela deman,kerana ia dapat menghilangkan dosa manusia sebagaimana pandai besi menghilangkan karat besi
(HRMUSLIM)
Zahran : Persinggahan
Sekian lama hidup di kegelapan
Teraba-raba tanpa tujuan
Akal dan budi seakan tak berfungsi
Ke manakah diri...
Apa diturut kehendak yang meronta
Menyeksa badan membakar jiwa
Syaitan dan nafsu meracun dalam diri
Renungkanlah ini..
Kita sekadar di persinggahan
Pasti kembali pada yang menciptakan
Ombak dan badai lumrah kehidupan insani...
Jangan mengalah jangan berputus asa
Insaflah semua darinya jua
Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia…
Pada Ilahi bantuannya menanti
Iman dan taqwa yang sejati
Itulah bekalan diri…
Doa senjata mereka yang beriman...
Tuhan Pencipta Maha Penyayang...
Mohon petunjuk mohonkanlah bantuan...
9. AIR WUDUK DAN SOLAT MENGHANYUTKAN DOSA
dari abdullah bin mas'ud,dia berkata:"sesungguhnya ada seorang lelaki mencium wanita (bkn isterinya) lalu ia datang kpd Rasulullah s.a.w. dan menceritakan kejadian tersebut,maka turunlah firman Allah
" dan dirikanlah sembahyang(wahai muhammad) dan engkau dan umatmu) pada dua bahagian siang (pagi petang) dan pada waktu -waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam.sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. perintah -perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (HUD : 114)
Maka lelaki tadi berkata : "wahai Rasulullah,apakah ayat ini diperuntukkan bagiku?" jawab Rasulullah "bagi siapa sahaja dari umatku yang melakukannya (HR . Al Bukhari)
sonye ...
ape tindakan kita ?
ilalliqa
Wednesday, March 16, 2011
Shoutul Harokah - Al-Amalulillah
Assalamualaikum
Al'amal, al'amal, al'amalulillah
Al'amal, al'amal, al'amalulillah
al'amalulillahi syi'aruna
al'amalulillahi syi'aruna
Allah. Allah. Allahu rabbuna
Allah. Allah. Allahu ghayatuna
Ar-rasul qudwatuna
Al-quran dusturauna
Ar-rasul qudwatuna
Al-quran dusturauna
Al'amal, al'amal, al'amalulillah
Al'amal, al'amal, al'amalulillah
al'amalulillahi syi'aruna
al'amalulillahi syi'aruna
al-jihad, al-jihad, al-jihadu sabiluna
al-jihad, al-jihad, al-jihadu sabiluna
al-mautu fissabilillah asma amanina
al-mautu fissabilillah asma amanina
asma amanina, asma amanina
beramal, beramal, amal kerana ALLAH
beramal, beramal, amal kerana ALLAH
Beramal kerana ALLAH itu syiar kami
Beramal kerana ALLAH itu syiar kami
Allah. Allah. Allah tuhan kami
Allah. Allah. Allahu matlamat kami
Ar-rasul ikutan kami
Al-quran panduan kami
Ar-rasul ikutan kami
Al-quran panduan kami
beramal, beramal, amal kerana ALLAH
beramal, beramal, amal kerana ALLAH
beramal kerana ALLAH itu syiar kami
beramal kerana ALLAH itu syiar kami
berjihad, berjihad, berjihad jalan kami
berjihad, berjihad, berjihad jalan kami
mati dijalan ALLAH cita tertinggi kami
mati dijalan ALLAH cita tertinggi kami
cita tertinggi kami, cita tertinggi kami
Tazkirah : Gejala Hendonism
Assalamualaikum
Perkongsian ni diperoleh daripada apa yang aku dapat semasa kem Sahabat masjid yang aku ikuti baru baru ini.semoga bermanfaat. jom baca.
Agenda generasi muda berilmu dan cabaran pengaruh HENDONISME
pendahuluan
generasi muda merupakan golongan yang paling utama dalam pembinaan sesebuah tamadun, oleh itu mereka adalah pelapis golongan tua yang ada demi memastikan kesinambungan ini berterusan pada masa hadapan. mereka mesti dibentuk, dibina dengan acuan Rabbani dalam pembentukan akidah dan akhlak yang terpuji. justeru itu, pembianaan sahsiah mereka hendaklah terbentuk melalui fitrah semula jadi yang bertepatan dengan norma dan etika Ilahi ke arah kecemerlangan dan keredhaan Tuhan di dunia dan di akhirat.
firman ALLAH dalam surah Al-Fath ayat 29
maksudnya :
"Muhammad itu adalah utusan ALLAH dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah tegas terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih-sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan ALLAH dan keredhaanNYA. terlihat pada wajah-wajah mereka kesan sujud."
hadis
maksudnya
daripada Ibnu Umar r.a katanya : Rasulullah memegang bahuku lalu dia bersabda : hendaklah engkau berada di dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui jalan.
kata Ibnu Umar : jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi, janganlah engkau menunggu petang. dan gunalah dari sihat engkau nagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.
kata ulama'
Akan tiba masanya umat ISLAM
akan melahirkan orang-orang barat dan akan tiba pula masanya nenti orangorang barat akan melahirkan umat ISLAM.
badiuzzaman said annursi
definisi
menurut kamus WEBSTER
hendonisme ialah istilah Greek hendone yang bermaksud stu dektorin yang menganggap bahawa keseronokan/kelazatan (pleasure) atau kegembiraan (happiness) ialah kebaikan
menurut Al-Quran
orang-orang kafir yang hidup mewah, bersenang lenang, mementingkan kehidupan dunia dan hawa nafsu. Kehidupan yang mewah menyebabkan para hendonis lupa akan perintah ALLAH
firmah ALLAH dalam surah Hud ayat 116 yang bermaksud
| Maka sepatutnya ada di antara umat-umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa. |
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون
Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? _al an'am 32
firman ALLAH dalam surah ali imran ayat 185
maksudnya : dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahan dan
pangkat kebesaran tidak lain hanyalah lesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Ciri-ciri hendonisme
- keras hati , menolak kebenaran dan sesat
- sombong dan bongkak
- melakukan maksiat dan derhaka terhadap ALLAH
- zalim serta jahat
- kuat berangan-angan
nak hakis ciri-ciri ni, banyakanlah membaca AL-Quran
fenomena hendonisme kini
- hiburan yang keterlaluan : macamana la nak bentras maksiat kalau rancangan realiti hiburan makin bertambah. yang akedemik fantasianya, malaysian idolnya, raja lawaknya. kenapa hantu kemaksiatan ini tak diharamkan ??? nak salahkan sape kalau remaja berpakaian ketat? nak salahkan sapa kalau remaja tak reti tutup aurat ? semuanya da ade contoh kat siaran hiburan tu ! artis dibanggakan, artis diidolakan ! ape nak jadi ni. pemimpin tak berani tegur pakaian artis ke ? cubalah haramkan pakaian macam x pakai baju tu . haramkan masuk negara ni x boleh ke? kuatkuasakan undang2 macam acheh x boleh ke?????? ni ke MALAYSIA NEGARA ISLAM ? islam la sangat. tau tak, tanda2 akhir zaman ialah ramai wanita berpakaian tetapi TELANJANG
- lepak : dulu remaja lepak dekat kedai kopi , tepi padang bola. sekarang ? kat cybercafe , kelab malam. kenapa pemimpin tak haramkan kelab malam ? sebabnya hiburan lebih diutamakan ! takut nak bentras maksiat!
- ketagihan dadah : mejoriti penghuni pusat serenti ialah MELAYU! .aduhai ,, ape nak jadi bangsaku ini? ekonomi negara mula dikuasai orang cina . mana orang MELAYU ??
- pergaulan bebas : punca kepada segala kemaksiatan. bak kata ustazah rahimah " dulu kalau pelajar2 xsiap kerja dendanya ialah duduk dengan lelaki, tapi semua tak nak, mesti buat kerja sebab takut nak duduk ngan laki . tapi sekarang kalau cikgu buat denda macam tu ape jadi ? nauzubillah
- perlumbaan haram :da tau belumba tu boleh menyebabkan kematian , tetapi kenapa buat juga??
- video lucah : penjualan yang makin berleluasa malah mudah didapati di laman sosial. salah siapa ?mengapa tidak diblok laman itu
pembinaan ilmu dan rohani sebagai pemangkin dari pengaruh hendonisme
- Agenda pembentukan generasi berilmu
- Agenda pembentukan rohani
- pembentukan jasad : makanan halal dan mempunyai pengesahan JAKIM atau badan-badan yang dilantik persatuan2 islam yang dipercayai dari sumber yang halal . makanan adalah baik dan berkualiti
- pembentukan roh : zikrullah, selawat, istighfar, qiamullail, musohabatus solihin, mulazamah Ju'
- pembentukan akal : iqra', tadabbur
- pembentukan nafsu : menahan keinginan nafsu, bersedekah dan menolong orang .
Penutup
"Budaya hendonisme merupakan punca kelemahan generasi umat islam. oleh itu usaha berterusan perlu dilakukan melalui pendekatan ilmu dan tazkiyyah nafsiyyah ke arah melahirkan masyarakat seimbang dari jasad, roh, akal dan nafsu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh petunjuk Al Quran bagi mendapat keampunan dan keredhaan Tuhan."
wassalam
Friday, March 4, 2011
Tazkirah : Jagalah Aurat Kita
assalam..
sini ada sikit perkongsian tentang aurat..semoga bermanfaat !
Aurat Daripada Perspektif Fizik
sini ada sikit perkongsian tentang aurat..semoga bermanfaat !
Aurat Daripada Perspektif Fizik
Muslimat Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan. Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.
Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat
Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:
Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:
J = mc x tetha
J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.
m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.
c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.
tetha ialah perubahan suhu.
Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)
Abstrak/Pengenalan
Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita:
wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah
wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat
wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.
Tujuan
Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.
Hipotesis
Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.
Inferens
Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.
Pembolehubah manipulasi
c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan.
Abstrak/Pengenalan
Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita:
wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah
wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat
wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.
Tujuan
Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.
Hipotesis
Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.
Inferens
Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.
Pembolehubah manipulasi
c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan.
Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?
Pembolehubah malar
m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.
tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).
Pembolehubah bergerakbalas
J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.
Kaedah
1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.
2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.
3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.
4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki:
Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik
Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.
Pemerhatian
1) Wanita A kelihatan merendah diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.
2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.
3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.
4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.
Kesimpulan
Daripada eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi: J = mc x tetha.
Oleh itu, hipotesis diterima.
sumber : daripada umi nadzrah
renung-renungkan .. :)
Ilalliqa'
Ilalliqa'






