Setiap remaja muslim mempunyai tanggungjawab terhadap agama Islam,yang mesti ditunaikan di dalam dunia ini.Setiap remaja muslim perlu berusaha untuk menjadi remaja haraki agar tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.Tidak ada seorang pun yang dapat melepaskan dirinya daripada melaksanakan tanggungjawab ini.
Rasulullah bersabda bermaksud:
"Semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu adalah bertanggungjawab terhadap rakyatnya"(Hadith riwayat Al-Bukhari)
Apa yang kita maksudkan dengan remaja haraki, Remaja Haraki ialah seorang remaja yang telah menyertai aktiviti pergerakan Islam,yang telah mengistiharkan dengan cara terbuka dan jelas bahawa perjuangannya adalah membina masyarakat Islam,melaksanakan syari'at Islam, mengembalikan Khilafah Islamiyyah di dunia ini, sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasululah SAW.
Remaja haraki yang seperti ini sewajarnya mempunyai tugas yang besar dalam masyarakat hari ini yang tidak mungkin dapat memainkan peranannyaa jikalau tidak mempunyai bekalan yang secukupnya. Maka timbullah pula tanggungjawab harakah untuk menyediakan bekalan dan tarbiyah kepada terhadap anggota-anggota.
moga bermanfaat
Ilalliqa'


No comments:
Post a Comment