Followers

Monday, December 14, 2009

Tazkirah : Bagaimanakah Solat kita ?

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan





Tiada agenda yang lebih besar daripada agenda mengingati Allah

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung tidak dihiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah...


Marilah kita berMUHASABAH

Dimanakah solat kita?
Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?

Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.
Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita?
Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain...

Ilalliqa'


Friday, December 11, 2009

Info : 99 langkah menuju kesempurnaan Iman

nak iman yang sempurna ? jom ikut langkah langkah berikut. ini mungkin sebahagian sahaja. 

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 
02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program; 
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan; 
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan; 
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan; 
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan; 
08. Jangan usil dengan kekayaan orang; 
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang; 
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan; 
11. Jangan tamak kepada harta; 
12. Jangan terlalu 
ambitious akan sesuatu kedudukan; 
13. Jangan hancur karena kezaliman; 
14. Jangan goyah karena fitnah; 
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram; 
17. Jangan sakiti ayah dan ibu; 
18. Jangan usir orang yang meminta-minta; 
19. Jangan sakiti anak yatim; 
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar; 
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil; 
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid); 
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu; 
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid; 
25. Biasakan shalat malam; 
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah; 
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat; 
28. Sayangi dan santuni fakir miskin; 
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah; 
30. Jangan marah berlebih-lebihan; 
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan; 
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah; 
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran; 
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi; 
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan; 
36. Jangan percaya ramalan manusia; 
37. Jangan terlampau takut miskin; 
38. Hormatilah setiap orang; 
39. Jangan terlampau takut kepada manusia; 
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala; 
41. Berlakulah adil dalam segala urusan; 
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah; 
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran; 
45. Perbanyak silaturrahim; 
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam; 
47. Bicaralah secukupnya; 
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya; 
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu; 
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur; 
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin; 
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga; 
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan; 
54. Hormatilah kepada guru dan ulama; 
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi; 
56. Cintai keluarga Nabi saw; 
57. Jangan terlalu banyak hutang; 
58. Jangan terlampau mudah berjanji; 
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara; 
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap yang tidak berguna; 
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh; 
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar; 
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu; 
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita; 
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi; 
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya; 
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita; 
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan; 
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan; 
70. Jangan melukai hati orang lain; 
71. Jangan membiasakan berkata dusta; 
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian; 
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab; 
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan; 
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita 
76. Jangan membuka aib orang lain; 
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita; 
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana; 
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan; 
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya; 
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara; 
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain; 
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara; 
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa; 
85. Hargai prestasi dan pemberian orang; 
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan; 
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan; 
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuaidengan norma-norma agama dan kondisi diri kita; 
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu; 
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana; 
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita; 
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina; 
93. Jangan cepat percaya kepada berita negatif yang berkaitan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya; 
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban; 
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan; 
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri; 
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan; 
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merosakkan; 
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Ilalliqa'

Thursday, November 12, 2009

Info : Rahsia Warna disebalik Solat


sekadar perkongsian yang diterima melalui emel.



Waktu Subuh 

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/ rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktuSubuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.


Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.  

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan padawaktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar dimana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib) kerana banyak interferens berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail .

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. 

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. 

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .


**moga bermanfaat

Ilalliqa'

Wednesday, November 11, 2009

Info : Solat


Hakikat Solat




1. Berdiri Betul (Qiam) - Melambangkan ALLAH Yang Satu (Nafsi/Menafikan diri kepada ALLAH)2. Ruku` - Melambangkan Keagungan ALLAH (Aku Mengagungkan dan Membesarkan ALLAH)

3. Iktidal - Melambangkan kita rapat dengan ALLAH. (Aku Menghormati ALLAH)

4. a) Sujud 1 - Melambangkan ALLAH Maha Tinggi (Aku menghina diri kepada ALLAH.)

b) Sujud 2 (Aku merendah diri kepada ALLAH)

5. Duduk Antara 2 Sujud - Melambangkan kita hamba yang tidak memiliki apa-apa (Aku memohon keampunan kepada ALLAH)

6. Duduk Membaca Tahayyat - (Aku menyerah diri kepada ALlah)

7. a) Salam 1 - Aku meminta keizinan daripada ALlah. Selamatkan semua muslimin 
muslimat,mukminin mukminat dan malaikat di sebelah kanan.

b) Salam 2 - Selamatkan semua muslimin muslimat,mukminin mukminat dan malaikat 
sebelah kiri.


Catatan : Hilangkan keakuan pada diri dan timbulkan perasaan pengabdian sebagai hamba yg hakiki kepadaNya dengan izinNya jua.

"Tiada daya kecuali pertolonganNya"


ilalliqa'

Tuesday, November 10, 2009

Tazkirah : Panduan untuk menjaga Akhlak


Jom renungi betapa indahnya Islam ini.




Selain manjaga keindahan yang telah di berikan Allah swt, para Muslimah juga di tuntut untuk menjaga akhlak agar keindahan zahir dan batin sama-sama terjaga.

Wanita itu akan kelihatan sangat indah apabila dia dapat memelihara maruahnya dan menjaga akhlaknya.” Begitulah kata seseorang tentang akhlak para Muslimah yang tidak seiring dengan keindahannya menutup aurat. Ingat, bukan hanya yang luar di jaga dan di rawat, namun, yang di dalam, iaitu HATI, juga harus sering di perhatikan. Di bawah ini merupakan secebis panduan buat para muslimah. Semoga kita semua  akan mencontohi akhlak junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw. Amin..

Dalam ucapan, hindari sikap merasa kurang puas dan perbanyakkanlah diam. Allah berfirman: “Tidak ada kebaikan pada kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan orang yang menyuruh manuia memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia” (An nisa: 114)

Bacalah al-Quran al karim dan buat jadual harian untuk bertadarus serta usahakan menghafal  al Quran semampunya supaya mendapat pahala yang besar di hari akhirat. Abdullah bin Umar ra meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad saw bersabda: kepada yang senang membaca al-Quran di hari kiamat nanti dikatakan:“bacalah dan perbaikilah bacaanmu sebagaimana yang telah kamu kerjakan di dunia dahulu, maka seungguhnya kedudukanmu itu tergantung kepada akhir ayat yang sedang kamu baca itu.

Bukanlah merupakan suatu kebaikan apabila berbicara dan selalu bercerita terhadap setiap hal yang kamu dengar, sebab hal itu dapat menjatuhkanmu ke dalam kebohongan. Abu Hurairah ra berkata bahwa Nabi Muhammad saw bersabda, “cukuplah bagi orang itu di sebut pembohong jika ia berbicara dengan setiap apa yang ia dengar.” (HR Muslim)

Jauhilah sifat sombong dan membanggakan diri dengan sesuatu yang tidak kamu punya dengan tujuan memperbanyak harta dan mendapatkan pujian di mata manusia. Aisyah ra, meriwayatkan bahwa seorang wanita bertanya kepada Raulullah saw: “bolehkan saya mengatakan bahawa suami saya telah memberikan sesuatu  padahal dia tidak memberikan sesuatu kepadaku?” Rasulullah saw bersabda: “orang yang mengatakan tentang apa yang tidak dia terima (pemberian) bagaikan orang yang memakai dia baju kebohongan.” (muttafaqun alaih)

renung renungkan... muhasabah kembali....
ilalliqa'

Monday, November 9, 2009

Hanya Seorang Aku

Bismillah

1/12/2009 menjadi saksi bermulanya perjalanan aku sebagai seorang blogger (tetapi pendaftaran telah dilakukan pada bulan november. lupa tarikh)

Blog ini blog peribadi. Yang akan diwarnai oleh Fotografi, di cantikkan oleh tutorial dan di penuhi oleh rahsia hati. Ahlan wasahlan, selamat datang. Yang berguna itu ambil lah, yang buruk itu lemparkan ke laut. Moga post2 di dalam ini memberikan banyak manfaat kepada kalian.

*maaf atas penggunaan kata *AKU*

"...Semua penulis akan mati, hanya hasil karyanya yang kekal abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti..." Saiyidina Ali Karamallahu Wajha


AUTOPING BY OTHERS