Followers

Saturday, March 14, 2015

Sem 4

BISMILLAH


ni jadual sem ni.

"kitorang tak bukak mata algi, kau dah ke kelas. kitorang nak tutup mata, kau xbalik lgi dari kelas"-roomates.

dan malam khamis tu pun bakal ada kelas. BAKAL. ADA. KELAS.
dan lihatlah, kelas bermula 8 @ 9 pagi.
ni cara Dia nak latih aku supaya tak tidur lepas subuh.
hujung minggu pun mimpi ye nak lepak dalam bilik waktu pagi.
kecuali balik rumah

makanya...
zone ini zone....

Ya Aiyyuhal Muzammil.
Qumillaila illa Qolila!





-----------------
tiba-tiba ada kawan tanya
'kau minat ke tak food bio ni?'
*terkedu*


apa aku boleh buat kalau sekalipun aku jawab tak?
dah nak tahun 3 dah pun. Pre-last.

wallahualam.






Wednesday, March 11, 2015

Anak Muda bersama Kepemimpinan Ulamak

BISMILLAH




Syura memutuskan Datuk Dr Harun Din dilantik sebagai Mursyidul Am PAS menggantikan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tahniah dan takziah. Moga Bahtera Meluncur maju bersama redhaNya.


Allahuakbar

Thursday, February 12, 2015

TGNA : Kembalinya murabbi Ummah kepada Pencipta

BISMILLAH



إن لله ما أخذ وله ما أعطى وكل شيء عنده بأجل مسمى 
إنا لله وإنا اليه راجعون

Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 940pm pada malam Jumaat yang agung.

Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
12 Februari 2015/23 Rabiul Akhir 1436H
-----------------------------------------

Tanda kematian husnul Khatimah. "Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi]

Allahumma firlahu warhamhu waafihim wa'fu anhu
-------------------------------------------

Allahurabbi. Pedih Ya Allah Pedih. Pedih sangat.

Kematian yang menghidupkan.
terima kasih Ya Allah pinjamkan kami pinjaman yang sementara ini.
walaupun jasad dan rohnya telah tiada, didikan dan semangat yang ditinggalkan tak akan pernah padam.












Teringat pertemuan pertama masa kecik dulu, TGNA mengimamkan solat subuh dalam keadaan demam.


Bertemu Janji Allah




Tuesday, February 10, 2015

Seorang Pejuang Yang Ditarbiyah : Aku Takut

BISMILLAH

it is not write by me,but the points are similar :)

Aku takut
apabila merasakan hanya diriku sahaja yang bekerja keras untuk agama, lalu memandang orang di sekelilingku seperti tidak melakukan apa-apa untuk agama.

Aku takut
apabila hadirnya perasaan ingin orang melihat aku bekerja, sehingga mana mereka melihat dan memujiku, baru aku bekerja bersungguh-sungguh.

Aku takut
jika aku hanya bekerja apabila disuruh dan diarah, tanpa aku memahami tujuan tugasku yang sebenar.

Aku takut
setiap pengorbanan yang aku lakukan perlu diceritakan untuk membuktikan yang aku sudah berkorban.

Aku takut
aku terlalu banyak mempersoalkan urusan hidup orang lain, sedangkan diriku sendiri masih kurang amal dan terkial-terkial dalam mengerjakannya.

Aku takut
lidah selalu mencuri tumpuan kerana banyaknya aku berkata- kata tetapi sangat sedikit perlakuanku terhadap apa yang aku ucapkan.

Aku takut
hanya keletihan dan kepenatan menjadi titik akhir perjalananku, tanpa terisi dengan bekalan perjalanan untuk menghadap yang Esa.

Aku takut
menjadi manusia paling rugi di dunia ini, walhal siang malam bekerja keras untuk agama tetapi sebenarnya diriku tertipu dengan permainan dunia.

Aku takut
aku tidak dapat mencorak pengakhiranku seperti yang aku idamkan, aku ingin kembali menghadapNya dalam keadaan diriku bersedia dan tenang di sana.

Aku takut
menghadap Allah dalam keadaan dihina, lalu segala amalku tidak diterima kerana kegagalanku menjernihkan niat hanyalah kerana Allah. s.w.t


Nastaughfirullah.
moga dijauhkan dari ketakutan ini.

P/s: moga Allah teruskan kita untuk istiqamah dan pandu setiap langkah dan hati kita..

Tajdid niat selalu!!


Menghidupkan Hati Yang Mati

Assalamualaikum wbt.

Sedikit jentikan tarbiyah untuk hati kita semua Insya Allah.
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad..

Apa yg dimaksudkan dgn hati mati?

1⃣   Kita tahu kita melakukan dosa, tetapi kita tidak berusaha utk menjauhinya.

2⃣   Kita tidak lagi merasa kehadiran Allah dlm solat dan disaat membaca AlQuran, malah hati kita sentiasa tidak hadir semasa amal ibadah. Hati tidak lagi merasa lazat.

3⃣   Hati terasa kosong, kosong dan kosong. Tercari-cari dimanakah iman didalam hati?

4⃣   Kita terasa liat menyertai program berunsur rohaniah, malah rela menghabiskan masa untuk keseronokan yg tidak meningkatkan iman.

5⃣   Kita lebih suka tidur dari bangun malam dan bermalas-malasan.


Apa yg perlu dilakukan saat hati kita semakin jauh dari Allah?

✔Banyakkan berzikir/istighfar.
✔Cari ceramah/pengisian/gambar berbentuk tasawwuf, yg berbicara soal hati dan kecintaan kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
✔Jika sudah lama meninggalkan usrah, cari usrah itu kembali.
✔Buka AlQuran dan tadabbur maknanya.
✔Bangun tahujjud. Cari semula hati itu kembali.
✔Banyakkan bertaubat atas kelalaian kita di dunia.
✔Ingat mati. Mati tidak mengenal siapa dan tidak juga mengenal usia. Mahukah kita mati dalam keadaan kita lalai? Na'uzubillah min zalik.

Malah kata-kata Imam Al-Ghazali menyebutkan tentang pencarian hati yg hidup. "Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu ketika membaca AlQuran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah SWT pinta hati yg baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati".

Iman itu sifatnya yazid wa yankuz (naik dan turun). Maka jalan mujahadah sgt perlu dlm meningkatkan keimanan kita. Susah diawalnya dan disepanjang jalan, tetapi manis diakhirnya. Mohonlah sesungguhnya kepada Allah, supaya dipelihara iman dan hati kita semuanya. Supaya saat kita mati, kita mati dlm keadaan bukan sahaja islam. Malah beriman. Insya Allah sama2. ☺

Wallahu A'alam..

OriginalCopyFromWhatsapp

Monday, February 9, 2015

Jalan pengukuhan ukhuwwah

BISMILLAH

1. Tawarkan dirimu dan kasih sayangmu padanya

 وعن أَبي كَرِيمَةَ المقداد بن معد يكرب رضي الله عنه عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: «إِذَا أَحَبَّ الرَّجُلُ أخَاهُ، فَليُخْبِرْهُ أَنَّهُ يُحِبُّهُ». رواه أَبُو داود والترمذي

Apabila seorang lelaki itu mengasihi saudaranya, maka hendaklah ia beritahu bahawa ia mengasihinya.

HR Abu Daud, Tirmizi.

2. Doakan sahabat

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّـهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ

Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah (sesembahan, tuhan) selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal.
Muhammad : 19

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang".
Al Hasyr : 10

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ ِلأَخِيْهِ فِي ظَهْرِ الْغَيْبِ قَالَ الْمَلَكُ : وَلَكَ مِثْلُ ذَلِكَ

“Jika seseorang mendo’akan saudaranya tanpa sepengetahuannya, maka Malaikat pun akan mengatakan: (semoga) engkau medapatkan sebagaimana yang engkau do’akan (kepada saudaramu).”
HR. Muslim

3. Peliharalah hubungan dan islahlah jalinan.

رَوَى مُسْلِمٌ في صَحِيحِهِ عَنْ أَبي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قالَ قالَ رَسُولُ اللهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّمَ مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ القِيامَة، ومَنْ يَسَّرَ عَلى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ في الدُّنْيا والآخِرَةِ ومَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ في الدُّنْيا والآخِرَةِ واللهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ ومَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ بِهِ طَرِيقًا إِلى الجَنَّةِ وما اجْتَمَعَ قَوْمٌ في بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ يَتْلُونَ كِتابَ اللهِ ويَتَدارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وحَفَّتْهُمُ الْمَلائِكَةُ وذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ ومَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ اهـ

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau bersabda : “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya. Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, pasti Allah memudahkan baginya jalan ke surga. Apabila berkumpul suatu kaum di salah satu masjid untuk membaca Al Qur’an secara bergantian dan mempelajarinya, niscaya mereka akan diliputi sakinah (ketenangan), diliputi rahmat, dan dinaungi malaikat, dan Allah menyebut nama-nama mereka di hadapan makhluk-makhluk lain di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalannya, maka tidak akan dipercepat kenaikan derajatnya”.
HR Muslim

4. Berlapang dada dan sejahtera hati.

Berlapang dada dan sejahtera hati bererti bersih hati daripada kedengkian, irihati, permusuhan dan kebencian.

Nabi SAW ditanya oleh para sahabatnya:

أي الناس أفضل ؟ قال :كل مخموم القلب صدوق اللسان» قالوا: صدوق اللسان نعرفه فما مخموم القلب؟ قال: «هو التقي النقي لا إثم فيه ولا بغي ولا غلٍّ ولا حسد»

(ابن ماجة: 6024 الزهد)

Siapakah manusia yang paling utama? sabda Rasulullah SAW : " Setiap yang makhmum hatinya dan benar lisannya." Mereka bertanya: " Benar lisan ka
mi tahu, apakah dia makhmum hati? ". Sabda Rasulullah SAW : " Dia yang bertaqwa, bersih hatinya, tiada dosa dalamnya, tiada sikap permusuhan, tiada kedengkian."
HR Ibnu Majah

 عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّهُ سَيَكُونُ بَعْدِي اخْتِلَافٌ أَوْ أَمْرٌ فَإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَكُونَ السِّلْمَ فَافْعَلْ

Daripada Ali Bin Abu Thalib, dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya akan terjadi perpecahan atau perkara sepeninggalanku, jika kamu mampu untuk berlaku damai maka lakukanlah.

(HR Ahmad)

5. Reunion di Syurga

الأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ 

Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.
Az Zukhruf : 67

Daripada Qatadah, daripada Ishak bahawasanya Saidina Ali bin Abi Thalib RA menafsirkan ayat diatas :
Dua sahabat yang beriman dan dua sahabat yang kafir. Setelah salah seorang dari sahabat yang beriman meninggal, dia diberitakan akan tempatnya di surga. maka diapun ingat terhadap sahabatnya yang masih hidup, dan berdoa : Ya Allah, bahwa sifulan itu adalah sahabat hamba. dia selalu mengingatkan hamba untuk taat kepadaMu dan taat kepada RasulMu. dan memerintahkan hamba untuk selalu berbuat baik dan menjauhi yang mungkar. dan juga mengingatkan hamba akan kematian. Ya Allah, janganlah Engkau sesatkan dia dan perlihatkanlah kepadanya balasan (surga) sebagaimana Engkau perlihatkan kepada hamba. dan ridhailah dia sebagaimana Engkau meridhai hamba. maka dikatakan kepadanya : pergilah (ke syurga) dan jika kamu mengetahui apa balasan untuknya niscaya kamu akan banyak tertawa dan sedikit menangis.

Dan tatkala yang satunya meninggal. ruh mereka berdua dikumpulkan dan mereka berdua diperintahkan untuk memuji satu sama lain. maka mereka saling mengatakan : sebaik-baiknya saudara, dan sebaik-baiknya teman.

Salah satu sahabat yang kafir meninggal, dan diberi kabar tentang tempatnya di neraka. maka diapun ingat terhadap sahabatnya. maka dia berdoa : ya Allah, si fulan adalah sahabatku. dia selalu memerintahkanku untuk bermaksiat kepadaMu dan RasulMu. dan memerintahkanku untuk mengerjakan hal-hal yang buruk dan menjauhi hal-hal yang baik. dan mengatakan kepadaku bahwa aku tidak akan bertemu denganMu.

Ya Allah. janganlah Engkau beri hidayah kepadanya sampai Engkau melihatkan balasan atasnya seperti balasan atasku. dan bencilah dia sebagaimana engkau membenciku.
Ketika sahabat yang satunya meninggal, dikumpulkanlah ruh mereka berdua dan diperintahkan untuk saling mencela, maka mereka saling mengatakan : seburuk-buruknya saudara, dan seburuk-buruknya teman.

Ibnu Abbas berkata : setiap sahabat akan menjadi musuh kelak di akhirat kecuali yang menjadikan ketakwaan sebagai dasar dalam persahabatan.

وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ ﴿٢٢﴾ جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَن صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ ۖ وَالْمَلَائِكَةُ يَدْخُلُونَ عَلَيْهِم مِّن كُلِّ بَابٍ ﴿٢٣﴾ سَلَامٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ ۚفَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ ﴿٢٤﴾ الرعد

Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),(22) (yaitu) surga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu;(23) (sambil mengucapkan): "Salamun 'alaikum bima shabartum". Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.(24)
Ar Ra'du : 22-24


فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ ﴿٧﴾ فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا ﴿٨﴾ وَيَنقَلِبُ إِلَىٰ أَهْلِهِ مَسْرُورًا 
﴾٩﴿
الانشقاق
Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya,(7)
maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah,(8)
dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira.(9)
Al Insyiqaq : 7-9


 عَنْ أَنَسٍ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " إِذَا اسْتَقَرَّ أَهْلُ الْجَنَّةِ فِي الْجَنَّةِ اشْتَاقَ الأَخَوَانِ ، فَيَسِيرُ سَرِيرُ ذَا إِلَى ذَا حَتَّى يَلْتَقِيَانِ ، فَيَتَحَدَّثَانِ مَا كَانَ بَيْنَهُمَا فِي دَارِ الدُّنْيَا ، فَيَقُولُ : يَا أَخِي ، تَذْكُرُ يَوْمَ كُنَّا فِي دَارِ الدُّنْيَا فَدَعَوْنَا اللَّهَ فَغَفَرَ لَنَا " .
مسند البزار

Daripada Anas RA beliau telah berkata; Rasulullah saw. telah bersabda:

 “Apabila ahli syurga telah masuk ke dalam syurga orang-orang yang bersaudara di dunia ini akan merindui antara satu sama lain. Baginda bersabda lagi: Dia pun berjalan dari katil ke katil sehingga mereka semua berkumpul lalu salah seorang dari mereka berkata kepada sahabatnya: “Adakah engkau tahu bilakah Allah telah mengampunkan kita?” Sahabatnya berkata: “Di hari yang mana kita berada di tempat demikian ini dan tempat demikian lalu kita berdoa kepada Allah dan Allah telah mengampunkan kita.”
(Musnad al Bazzar )



Beruntunglah mereka yang berkasih sayang kerana Mu Ya Allah...

Wallahul musta'an

OriginalCopyByWhatsapp

Sunday, February 8, 2015

Tundukkan pandangan

BISMILLAH

Seorang suami mengadukan apa yang dia rasakan kepada seorang Syeikh. Dia berkata:

Ketika aku mengagumi calon isteriku seolah-olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.

Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat banyak pula perempuan seperti dia.

Ketika aku sudah menikahinya aku lihat banyak sekali perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.

Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan kami, aku melihat seluruh perempuan lebih manis daripada isteriku.

Syeikh berkata: "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"

Laki-laki itu terus berkata: Iya, mahu.

Syeikh: Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini pasti a*j**g yang berkeliaran di jalanan itu lebih cantik dalam pandanganmu daripada mereka semua.

Laki-laki itu tersenyum masam, lalu ia bertanya: "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"

Syeikh: Kerana masalahnya terletak bukan pada isterimu. Tapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng dan kosong dari rasa malu kepada Allah; tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan.

Rasulullah bersabda:

"لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ "

"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang boleh memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".

Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.

Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia ini?

Laki-laki itu: Iya, mau sekali.

Syeikh: Tundukkan pandanganmu!


originalcopybywhatsapp


Saturday, February 7, 2015

Al-Kisah Rama-Rama

BISMILLAH

[Pesan Ayahanda Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man]

Alkisah rama-rama

Seorang lelaki terjumpa satu kepompong rama-rama. Satu hari, terdapat satu rekahan di kepompong itu. Lelaki itu memerhati betapa peritnya rama-rama di dalamnya untuk keluar melalui kerahan kecil di kepompong itu untuk beberapa jam lamanya.

Akhirnya lelaki tersebut tidak tahan melihat rama-rama itu tersekat lalu mengambil keputusan untuk membantu rama-rama tersebut dengan membuang kepompong tersebut.
Lelaki itu menunggu melihat rama-rama tersebut itu untuk membuka sayapnya dan terbang. Rama-rama tersebut hanya mampu merangkak dengan badan yang bengkak dan sayap yang kusut.

Lelaki yang terkejut itu pun melakukan carian di Google. Baru dia faham, pertolongan dia tadi untuk membebaskan rama-rama itu daripada kepompong adalah tindakan yang silap. Rama-rama itu akan mati. Rupa-rupanya Allah telah mencipta keadaan sebegitu rupa di mana rama-rama itu perlu menggunakan segala tenaganya untuk keluar daripada kerahan kecil kepompongnya supaya cecair yang ada di badannya akan ditekan ke bahagian sayapnya yang membolehkan sayapnya kembang selepas ia berjaya keluar daripada kepompong tersebut.

Pada ketika itu, lelaki itu memahami erti kesusahan yang sebenar. Kesusahan hanyalah pemberian Allah untuk manusia memahami sesuatu. Jika Allah tidak menguji manusia, dan membiarkan manusia hidup tanpa cabaran, maka lumpuhlah manusia.

Tanpa ujian, manusia tidak akan mengetahui kekuatannya. Kita tidak mampu ‘terbang’ seperti rama-rama tersebut.

Wahai anakku,

Apabila kamu mendoakan agar kamu diberi kekuatan, Allah memberikan cabaran untuk menunaikan permintaan kamu untuk menjadi seorang yang kental.

Apabila kamu mendoakan agar kamu diberi kebijaksaan, Allah memberikan peluang kepada kamu untuk menyelesaikan masalah.

Apabila kamu mendoakan agar kamu diberi keberanian, Allah menguji kamu dengan situasi yang getir untuk diatasimu.

Apabila kamu meminta agar kamu diberikan nikmat, Allah memberikan kamu peluang.

Kamu akan mendapati Allah akan memberikan apa yang diperlukan kamu pada akhirnya.

"Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?" Al-Mu’minun:24

Senyum

Monday, February 2, 2015

Abi "niqab" anaknya

BISMILLAH


"Ayah, kenapa tak bagi saya pakai purdah? I love niqab so much!"
Anak gadisnya yang baru daftar universiti itu mengajukan soalan yang sama sejak malam semalam.
Ayahnya sejak malam tadi cuma senyum. Tapi, hari ini, nampaknya dia akan bersuara.

"Ayah nak tanya satu soalan. Perhatikan pakaian kamu sekarang, adakah masih tidak menutup aurat?"
Anaknya menggelengkan kepala.

"Sudah cukup asas yang wajibnya. Sudah tutup yang mana wajib tutup. Adakah ayah nak halang saya dari pakai niqab sebagaimana pakaian isteri Nabi s.a.w.?"
Ayahnya cuma tersenyum.

"Tidak. Ayah bukan nak halang. Tidak juga menidakkan andai dikatakan purdah itu jua sunnah sebagaimana lelaki memakai serban. Sedikit pun bukan kerana hukum."
Anaknya berpeluk tubuh, tidak puas hati.

"Habis tu?"
Ayahnya tenang.

"Berapa ramaikah lelaki yang mengganggu kamu sampai saat ini? Seorang, dua orang atau dua puluh orang?"
Anaknya berkerut kening.

"Tidak sampai sepuluh orang."
Ayahnya bertanya lagi.

"Dari manakah gangguan itu, realiti atau alam maya? Jujur."
Anaknya berkerut kening lagi.

"Hmm. Jujur cuma dari alam maya. Di realiti, kadang-kadang tidak dipandang pun. Tidak diberikan perhatian pun. Anak ayah bukannya awek cun yang diseru-seru lelaki di jalanan. Yang difeewit-feewit. Ayah kenal anak ayah."
Ayahnya tenang lagi bertanya,

"Gangguan itu disebabkan gambar-gambar yang menarik mata, kan? Gambar-gambar tahap 'gambar harapan palsu', iaitu gambar edit yang menyebabkan seseorang melihatnya sambil berharap mahukannya. Sedangkan ianya bukan kamu.
Jadi, gangguan datang kerana tindakan siapa, kamu atau mereka?"
Anaknya diam sejenak.

"Saya."
Kemudian, anaknya menjawab tidak puas hati,

"Apa kaitannya dengan semua ini? Salahkah saya nak pakai juga?"
Ayahnya duduk di beranda sambil menikmati angin senja.

"Tak salah. Ayah tak sebut tentang salah. Cuma, lihatlah pada cara, gaya dan luahan ketidakpuashatian kamu sejak semalam, cuba cerminkan kembali. Muhasabah diri kembali. Adakah begitu akhlaknya seindah pakaian yang mahu dipakai. Adakah begitu caranya tidak puas hati kamu luahkan pada ayah sendiri? Di mana adabnya? Bukan ayah agungkan pakaian, atau hormati tinggi melangit pakaian yang menutup muka itu, cuma ayah lebih pentingkan agama yang anak ayah bawa ini. Ayah mahu, anak ayah berperilaku dengan pakaian yang lebih indah dari pakaian niqab, iaitu pakaian akhlak. Indah akhlak kamu, sudah cukup untuk menjaga diri kamu. Bukan niqab yang sebenarnya menjaga kamu. Tapi, pembawaan diri kamu sendiri. Jalan mana yang kamu pilih. Kematangan fikiran dalam menentukan mana yang baik, mana yang tidak. Selagi ayah hidup, ayahlah yang bertindak sebagai niqab kamu. Ayahlah yang melindungi kamu dari lelaki-lelaki tak guna di dunia ini. Ayahlah yang tempias sahamnya andai ayah gagal kawal anak gadis sendiri. Menutup aurat yang wajib itu dituntut. Untuk melengkapinya, hati yang hitam juga perlu ditutup dari dosa-dosa. Niqabkan hati dengan agama yang mantap. Insya-Allah, selamat dunia dan akhirat. Akhir kata dari ayah, kamu nak pakai atau tidak, itu terserah. Tiada halangan dari ayah."
Ayahnya mundur ke dapur goreng cekodok.
Anaknya terkebil-kebil sendirian. Nampak macam nak menangis.

"Abi Niqab Anaknya"

Monday, January 19, 2015

kosong

BISMILLAH


terlalu banyak ingin dikongsikan,
terlalu padat persoalan ingin dilontarkan

malangnya
apabila kembali ke ruang putih ini,
hanya angan kosong yang dapat ku lakar,

semuanya seakan hilang ditelan keyboard.

kosong,

seisi dunia seakan terhenti membisu.



Sunday, January 18, 2015

10 Kriteria wanita idaman di dalam Al-Quran

BISMILLAH


Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al Ahzab ayat 35,

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yangbenar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”
(Qs. Al Ahzab: 35)

Wanita merupakan makhluk yang memiliki berbagai "kemudahan" yang tidak dimiliki oleh kaum lelaki.

Wanita lebih mudah dan lebih berpotensi menjadi ahli syurga, demikian pula wanita lebih mudah dan lebih berpotensi menjadi ahli neraka.

Hal ini sebagaimana yang diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w. bahwa majoriti penghuni syurga adalah wanita, dan di kesempatan lain beliau menyatakan bahwa majoriti penghuni neraka adalah wanita.

Kata kunci status itu terletak pada keiffahan diri wanita dengan berbagai perspektif.

Sabda pertama merupakan bentuk khabar gembir bagi wanita yang mampu menjaga keiffahan dirinya, dan sabda kedua merupakan peringatan bahwa wanita lebih berpotensi menjadi penghuni neraka jika tidak menjaga keiffahan dirinya.

Dalam ayat di atas terdapat 10 (sepuluh) karakter ideal wanita muslimah dalam upaya menyelamatkan diri dari kelompok majoriti di neraka.

Pertama: Al Muslimaat (Wanita Yang Patuh dan Tunduk Kepada Allah).

Allah s.w.t. menempatkan kriteria pertama wanita yang diidamkan oleh-Nya dan Rasul-Nya adalah muslimah iaitu wanita yang memiliki kepatuhan diri secara utuh kepada Allah s.w.t., dan berupaya keras (mujahadah) dalam mempertahankan keIslamannya.

Kedua : Al Mu`minaat (Wanita Yang Beriman).

Kalau kita ibaratkan iman dengan piring maka amal adalah isinya, dan piring akan disebut sesuai dengan isinya, jika piring itu diisi nasi maka disebut sepiring nasi, jika diisi dengan ubi maka disebut sepiring ubi, jika diisi dengan kacang maka disebut sepiring kacang, apapun bahan dasar piring tersebut dari kaca, keramik, atau kristal maka ia tetap disebut sesuai dengan isinya.

Oleh sebab itu, seorang wanita yang menjadi idaman Allah s.w.t. senantiasa mengutamakan isi daripada penampilan luar, dia selaludisibukkan melakukan amal kebaikandaripada mendandani diri dengan make up.

Ketiga: Al Qaanitaat (Wanita Ahli Ibadah).

Kata 'qaanitat' berasal dari kata 'qanata yaqnutu qunuutan' yang artinya taat. Sedangkan menurut imam Qusyairi dalam tafsirnya berpendapat bahwa kata 'qunuut' Artinya 'thuulul 'ibadah' (lama beribadah). Sedangkan menurut imam Fakhrurrozi dalam tafsirnya mengatakan bahwa kata 'qunuut' artinya perpaduan antara keislaman dan keimanan yang menghasilkan rasa taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya.

Keempat: As-Sadiqaat (Wanita Yang Jujur).

Iaitu wanita yang membiasakan kejujuran lisan, kejujuran hati, kejujuran tindakan dan kejujuran sikap sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya. Refleksi jujur harus disertai dengan sikap pembenaran terhadap perkataan yang dilontarkan atau perbuatan yang dilakukan, kerana perkataan yang tidak disertai pembenaran adalah kebohongan, dan perbuatan yang tidak disertai pembenaran adalah kekufuran.

Oleh sebab itu, wanita idaman Allah s.w.t. berupaya keras untuk tidak berkata dusta, berghibah, mencaci, memfitnah dan lainnyakerana sebuah itu adalah bentuk perkataan yang pasti tidak disertai pembenaran dari lubuk hati.

Kelima: Ash-Saabiraat (Wanita Yang Sabar Dan Pejuang).

Kesabaran terbagi menjadi 3 (tiga) hal: pertama, Kesabaran dalam menjalankan perintah Allah iaitu sabar dengan tidak mengungkit-ungkit kebaikan yang dilakukan dan ketika mendapatkan rintangan, ujian, dan cubaan dalam menjalankan ajaran. Kedua, kesabaran dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. iaitu menahan diri berbuat dosa dan kejahatan meskipun sesuai dengan keinginan hawa nafsu tetapi bertentangan dengan keinginan Allah s.w.t. Ketiga, sabar dalammenghadapi ujian dan cubaan kehidupan.Namun inti dari kesabaran iaitu upaya mempertahankan keimanan agar tidak melemah akibat dosa dan tidak hilang akibat ujian.

Keenam: Al Khasyi’aat (Wanita Yang Khusyu’).

Khusyu' menurut bahasa bererti diam dan tenang. Dalam ibadah solat, khusyu' adalah kondisi jiwa yang diliputi takut jangan sampai solatnya tertolak. Dalam membaca Al Qur'an adalah keasyikan jiwa yang disertai penjiwaan terhadap kandungan ayat, sehingga ia terlelap dalam lantunan qira`ah dan tadabbur Al Qur'an serta merasakan desiran ombak yang menghujam ke jiwanya.

Ketujuh: Al-Mutasaddiqaat (Wanita Yang Gemar Bersedekah).

Bersedekah merupakan salah satu perhiasan rumah tangga yang dilestarikan dalam rumah tangga muslim, kerana sedekah akan menarik cinta Allah, cinta para malaikat dan cinta manusia. Rumah yang dihiasi sedekah senantiasa dipenuhi dengan naungan perlindungan Allah, keberkahan dari-Nya, dan menambah keharmonisan rumah tangga.

Kelapan : As-Saa`imaat (Wanita Yang Gemar Berpuasa).

Menurut Imam Baidhawi dalam tafsirnya bahwa yang dimaksud dengan puasa di sini adalah puasa wajib iaitu puasa di bulan Ramadhan. Alasannya, kerana pelaksanaan puasa sunat bagi wanita yang sudah berkahwin amat bergantung kepada izin suami sehingga konteks kata as-shaa`imaat disini adalah puasa wajib. Sedangkan menurut imam Fakhururrazi dalam tafsirnya mengatakan bahwa kata as-shaa`imaat merupakan isyarat bagi orang-orang yang syahwat perutnya tidak menghalangi mereka dari beribadah kepada Allah. Penekanan pada puasa wajib kerana kaum wanita seringkali mengabaikan qadha' puasanya hingga menunda sampai bulan Sya'ban padahal dia boleh melaksanakan qadha' puasa dengan segera, kerana tuntutan dalam pelaksanaan ibadah adalah segera.

Kesembilan: Al Hafizhaat (Wanita Yang Menjaga Kehormatan).

Kemampuan menjaga kehormatan diri dari perbuatan haram merupakan kurnia besar dan nikmat dari Dzat Yang Maha Mulia. Ketahuilah, bahwa kemuliaan seorang wanita diukur dari sejauh mana ia menjaga kehormatan dirinya melalui cara berbusana, cara bertutur kata, cara berjalan dan lain sebagainya. Oleh sebab itu, Allah s.w.t. dan Rasul-Nya memberikan perintah khusus yang tidak dibebankan kaum laki-laki demi menjaga kemuliaan dan kehormatan wanita iaitu memakai jilbab, tidak keluar kecuali dengan mahramnya, tidak melembutkan ucapan kepada orang fasiq, dan tidak menghias diri seperti kaum jahiliyyah.

Kesepuluh: Adz-Dzaakiraat (Wanita Yang Banyak Berdzikir).

Dzikir termasuk ibadah yang termudah kerana tidak mengorbankan tenaga, waktu atau harta. Seorang muslim dapat berdzikir tiap waktu dan tiap tempat, bahkan wanita haidh dan nifas pun boleh melakukannya. Berdzikir adalah ibadah yang amat dicintai oleh Allah s.w.t. dan memberikan ganjaran berlipat ganda, Dia memberikan ganjaran yang tidak diberikan pada ibadah selainnya.

Penutup

Itulah 10 (sepuluh) kriteria yang menuntut kaum wanita dan para isteri untuk menjadi idaman Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dengan menanamkan semua kriteria tersebut dalam wadah keimanan. Semua itu adalah perhiasan. Sesungguhnya bagi kaum wanita, perhiasan yang menjanjikan kecantikan lahir dan bathin dan kelak akan ditukarkan dengan perhiasan yang disiapkan Allah s.w.t. di syurga. Siapa yang tidak menggunakan perhiasan ini di dunia, dia tidak akan mengenakan perhiasan di syurga kelak. Jadilah wanita idaman Allah s.w.t dan Rasul-Nya.

Wallahualam

Friday, January 9, 2015

Biodata Agung Kekasih Allah

BISMILLAH

Biodata Agung Kekasih Allah

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain :
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa :
• Arab Quraisy

Agama :
• Islam

Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh :
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.

Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


Tuesday, January 6, 2015

23 vs 21 ... 4

BISMILLAH


2015.

Abang dah 23
Aku dah 21


tiba-tiba rasa...
dah besar dah kitorang ni rupanya.






tapi terselit si cinonet 4 tahun sorang kat bawah. kbai



"Ya Allah, jika aku tak mampu tarik mereka ke syurga, jadikan aku benteng mereka dari neraka"

Friday, January 2, 2015

Kisah Menarik Tentang Rasulullah

BISMILLAH



1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Salam Maulidur Rasul

 صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم
صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

3/1/2014
12 Rabiul Awwal

*teringat tahun lepas, 14/1 ; 12 Rabiul Awwal.*

AUTOPING BY OTHERS