Followers

Sunday, August 10, 2014

Kisah Teladan : Lobak, Telur dan Kopi.

BISMILLAH







Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Dia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya. 

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya

Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" 
"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak. 

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Dia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk menghirup kopi. Si anak tersenyum seketika, menghirup kopi dengan aromanya yang sungguh enak itu. 

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" 

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah.Cengkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. 
"Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau serbuk kopi?"










Iktibar

Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu. Atau adakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamik? Namun setelah adanya kematian, patah hati,perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksima pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik


kita tentukan sendiri.
wallahualam...


credit : SGYC



Thursday, August 7, 2014

Salam Aidilfitri

BISMILLAH


hai. Assalamualaikum w.b.t . lama rasanya tak menaip dan mengepos kat sini. rasa macam janggal pulak. Rasanya tak terlambat lagi nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. taqaballahu minna wa minkum salihul a'mal.  


Raya tahun ni rasa tak meriah langsung. Ramadhan pun lebih kurang jugak. permulaan ramadhan dah mantap dah, rasa tersusun je semua jadual. balik rumah, hancus. Sikit-sikit terbaring demam, migrain, sakit mata, migrain pakej 'wajib' tiap kali cuti. kafarah okay? :).  Persediaan raya tak buat sangat sampai tak rasa macam raya langsung. Paling sedih sebab ramadhan rasa tak menjadi tahun ni huaaaaa. nak jumpa lagi next-next ramadhan.  


rumah baru dah 92% siap. dalam seminggu ni insha Allah siap. rumah siap, ayah mohon pencen, mama mohon pindah, duduk selangor. tak jadi nightmare lagi untuk aku pilih nak balik mana tiap kali cuti perkuliahan sampai rasa janganlah ada cuti. lepas pindah nanti insha Allah akan jadi, banyak-banyaklah cuti *nampak tak permainannya disitu? heheee*. tahniah untuk Umi dan sekeluarga yang dah selamat masuk kerumah baru jugak ^^


-----------------------
change the term.

apa kau rasa bila orang yang selama ni kau respect, kau admire dan bagi kau dia perfect tetiba dia berubah. tapi tak taulah dari dalaman macamana. mungkin di super mantap tapi dari luaran dia, semakin mengecewakan. tak jaga bahasa dan jaga pakaian. serius terus hilang respect. tak jadi role model dah..role model kita, diubah kepada Rasulullah ^^. oh ya Nabihah sejak bila kau jaga hal orang ni? pfttt!

-----------------------

Aku tak sabar nak naik sem baru tapi takut ada jugak. haha. Dah tak sama dah lepas ni macam sem-sem lepas. fikiran dah lain, cara hidup pun kena ubah, kerja kita banyak, tapi masa kita terhad. apa yang jadi sebelum ni cuma teori je, belum realiti lagi. sekarang ni 'tujuan hidup' dah tolong 'dijelaskan'.  get prepared ! aku takut dengan dorang, dorang hebat-hebat !!!!! hukhukhuhkuhkuhkk


tak sabar nak naik sem jumpa kawan-kawan.
sahabat-sahabat.

tapi tak nak pisah dengan Sharhan. tskktskktskk  




Wednesday, August 6, 2014

INFO : 30 orang pertama dalam Islam

BISMILLAH


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW

AUTOPING BY OTHERS