Followers

Monday, January 30, 2012

Raihan - Tihamah


Dia dibangkitkan dari golongan tihamah
Di akhri zaman menjelang hari kiamat 
Dibelakang badannya ada alamat
Menghampirinya pasti akan mendapat rahmat

Putih bersih dahinya sinar hitam rambutnya
Baik paras mukanya dan bercahaya
Dua tapak kakinya pernah dikucup unta
Unta hilang derita unta tiada duka

Binatang dhab pernah beriman denganya
Pokok pernah memberi salam padanya
Batupun pernah berkata-kata padanya
Yunggul pernah menangis mengongoi mengadu padanya

Putih bersih dahinya sinar hitam rambutnya
Baik paras mukanya dan bercahanya
Dua tapak kakinya pernah dikucup unta
Unta hilang derita unta tiada duka

Putih bersih lahirnya sinar hitam rambutnya
Baik paras mukanya dan bercahanya
Dua tapak kakinya pernah dikucup unta
Unta hilang derita unta tiada duka


TUTORIAL : Tajuk Sidebar Bergambar

nak jadikan tajuk sidebar korang bergambar.maksudnya, tukarkan title sidebar tu jadi bergambar. jom ikut tutor ni

1. Dashboard > Design > Edit Html > Download Full Template > Tick Expand Widget Template

2. Tekan CTRL + F seentak dan cari perkataan kat sidebar korang yang korang nak tukar ke gambar tu .
contoh : Status . taip Status <--- ikut sebijik sebijik . *kalau kat sidebar korang tulis camni : sTaTUs <---ikut sebijik2 gak.*

4. pastu korang akan jumpa camni kan :

<b:widget id='HTML1' locked='false' title='Status' type='HTML'>
<b:includable id='main'>
  <!-- only display title if it's non-empty -->
  <b:if cond='data:title != &quot;&quot;'>
    <h2 class="title"><data:title></data:title></h2>
  </b:if>

 5. DELETE code nih : <h2 class="title"><data:title></data:title></h2> dan ganti kepada yang bawah ni

<img border='0' src='URL IMAGE KORANG'/>

Contoh :

<img border='0' src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgX16USxsCCspdxJxZaTy8n9ZkaxTZC7RGp7iIcNJW_L0X2HfpFKISUkbtjwuRs5WMABQQsZMio7Ch4a0naaXW2shyphenhyphenwuoagnJK_vyoKAylKCoN_hmTKt3FeIY4iszFT2h2GuepuNnNBYYD8/s1600/sidebar.png'/>

Warna merah : ganti dengan URL IMAGE KORANG .

6. kalau korang nak tengok jadi ke tak , preview dulu . then Save.
---> ehh korang boleh gak terus cari kod untuk tajuk yang lain sebelum save tu . ulang lah step kat atas tu :)


freebies :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgX16USxsCCspdxJxZaTy8n9ZkaxTZC7RGp7iIcNJW_L0X2HfpFKISUkbtjwuRs5WMABQQsZMio7Ch4a0naaXW2shyphenhyphenwuoagnJK_vyoKAylKCoN_hmTKt3FeIY4iszFT2h2GuepuNnNBYYD8/s1600/sidebar.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2SJb-cz19IWw7BumqFbGc1U0oQ_Njx_mwVWzNGOaBlXzCFSgazRfAkePgeNMatGwCa9nAPoJUvG9VK445VnRZWwlwGTd8NyNVZPY-wlkLRTdf606GBxlg7xMwmtnnaMikxaXyJdii2S-s/s1600/sidebars.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh52xZv7-pmzXVMh_NiUPmzSSMIk-CjvFuZptcGVLUz0xlL_r-x3n1yqdES6a79Nd9iEcfqHvNTT_ourIgAooMR6lnxDs4TN1p9vQmqLLxFMeYU_HNIGHeC0YApvsY1RY0giNBY1UtEEuNQ/s1600/sidebarss.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinLKdKefXM_75qFZuGu8aa2dHIbuXR9M6GxfJ81YAjK3aVvGjpC8wfKYMS91pnGMXVBo4i3g2fJQWrpFh1qtJhzo9H_eOorc11WROrsjZ4dWpTS1Lyuyfmjf4hmydVbj2xhDF9R1e49ELo/s1600/sidebarsssss.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXMnaTAgOZrN1HO_6ndWA6svQR2ZpRo_GOM6N4Zts9LpTYjM_NHi5T7Zl7kp-wL_gB2gVEwHdObSSAejDmHGXD0W_5W3E3zqjMHlLmKvP1vwmGrD4hInJeydnJQbcw5fwZsUHyIvBH2K-1/s1600/status.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilW3kk5_igQdP7Msh14c4hpAc_so2R6wo5Dekh8vf7U1Y-kE-s8qDlsgfY-gfrEoqlA55KqKKHOskihhUOGHtLLsPClOh8tTw2n2eTQMkLNCC2DUgBJqmE9bMdwNanYHC2DgooEeWl5Ohs/s1600/sidebarsss.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHUrmaT11Z-V1Mc-geQh77lABrzNCJZGTXcBr9adGpyYT4awIvVKtwo8FynjI-RThgF3zeflEPpx8whUpiXuBctJLh5HSZQVl5EvCdmUSzSN0ih2FDOZFdw_t-eTQeCttHaPjvGTlZ3OTO/s1600/sidebarssss.png


semoga berguna 

TUTORIAL : Scroll Bar

nak letak scroll bar sendiri (yang kat tepi ---> tuh).jom buat ~!

1. Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widget Templates

2.Tekan Ctrl + F dan cari kod ini :

]]></b:skin>

3. COPY code ni dan PASTE di ATAS  kod yang korang cari tadi :

::-webkit-scrollbar {
height:12px;
width: 12px;
background: #ffffff;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #ff3399;
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
border: 1px solid #ffffff;
}

--> Warna Pink = background scroll bar
--> Warna Oren = warna scroll bar anda

code warna di sini

5. kalau perlu, Preview dulu sebelum SAVE !

semoga berguna ^_^

Sunday, January 29, 2012

SOLAT SUNAT : Tahajjud

firman ALLAH :

ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا


Maksudnya : "Dan di sebahagian malam itu, hendaklah engkau bertahajjud sebagai nafilah (tambahan) untukmu. Semoga Tuhan engkau akan mengangkat engkau ke suatu tempat (kedudukan) yang terpuji"


Solat tahajjud ialah solat dua rakaat atau lebih yang ditunaikan selepas bangun daripada tidur di malam hari walaupun tidur yang sekejap.  afdal dilakukan ketika 1/3 di akhir malam.

NIAT

أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.

DOA-DOA SOLAT TAHAJJUD

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيَّامُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ أَنْتَ الْحَقُّ ، وَوَعْدُكَ الحَقُّ ، وَقَوْلُكَ الحَقُّ ، وَلِقَائُكَ الحَقُّ ، وَالْجَنَّةُ حَقٌ ، وَالنَّارُ حَقٌ ، وَالسَّاعَةُ حَقٌ ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ ، وَبِكَ خَاصَمْتُ ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ ، فَاغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَأَخَّرْت وَأَسْرَرْتُ وَأَعْلَنْتُ ، أَنْتَ إِلَهِي ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya : "Ya Allah ! BagiMu kepujian, Engkau cahaya di langit dan di bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau yang mendirikan langit dan bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau Tuhan di langit dan di bumi dan segala yang terkandung padanya, Engkau Yang Maha Benar, dan janji engkau adalah benar, dan percakapan Engkau adalah benar, dan bertemu dengan Engkau adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan hari kiamat adalah benar, Ya Allah ! KepadaMu aku telah berserah, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu akau bertawakal, dan kepadaMu aku bertaubat, dan kepadaMu aku mengadu, dan ke arah Engkau aku menghakimi, ampunilah dosa-dosa yang telah aku dahulukan dan kemudiankan dan rahsiakan dan lahirkan, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau"

Sesudah itu bacalah istigfar banyak-banyak, sama ada membaca istighfar biasa atau sayyidil istighfar.

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ ‏لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya : "Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau"

credit : E-Mosque


Tazkirah : Allah is the best Creator




ALLAH KNOWS

When you are tired and discouraged from fruitless efforts,
...ALLAH KNOWS How hard you have tried!

When you have cried so long and your heart is in anguish,
...ALLAH HAS COUNTED YOUR TEARS!

If you feel that your life is on hold and time has passed you by,
...ALLAH IS WAITING WITH YOU!

When you are lonely and your friends are too busy even for a phone call
...ALLAH IS BY YOUR SIDE!

When you think you have tried everything and don't know where to turn
...ALLAH HAS A SOLUTION!

When nothing makes sense and you are confused or frustrated
...ALLAH HAS THE ANSWER!

If suddenly your outlook is brighter and you find traces of hope
...ALLAH HAS WHISPERED TO YOU!

When things are going well and you have much to be thankful for
...ALLAH HAS BLESSED YOU!

When something joyful happens and you are filled with awe
...ALLAH HAS SMILED UPON YOU!

When you have a purpose to fulfill and a dream to follow
...ALLAH HAS OPENED YOUR EYES AND CALLED YOU BY NAME!

REMEMBER THAT WHEREVER YOU ARE OR WHATEVER YOU ARE FACING
...ALLAH KNOWS, ALLAH KNOWS, ALLAH KNOWS.....
ALLAH KNOWS EVERYTHING 
BECAUSE HE IS THE BEST CREATOR


 Say:
a- Subhan Allah
b- Alhamdulillah
c- Allahu Akbar
d- La ilaha ilal Allah Muhammadur rasulul Allah
e- Allahumma salli aala sayidina Muhammadin wa ala alahi wasahbahi wasallam


Kisah Teladan : Rasulullah bersama 8 dirham



Rasulullah bersama 8 dirham

Rasulullah pagi itu sibuk memperhatikan bajunya dengan cermat. Baju yang satu-satunya dan itupun ternyata sudah lusuh. Baju yang setia menutup aurat beliau. meringankan tubuh beliau dari terik matahari dan dinginnya udara. Baju yang tidak pernah beristirahat.  Tetapi beliau tak mempunyai wang apa pun. Dengan apa beliau harus membeli baju? Padahal baju yang ada sudah waktunya diganti. Rasulullah sebenarnya dapat sahaja menjadi kaya mendadak, bahkan terkaya di dunia ini. Tapi sayang, beliau tak mahu mempergunakan kemudahan itu. Jika beliau mahu, Allah dalam sekejap boleh mengubah gunung dan pasir menjadi butir-butir emas yang berharga. Beliau tak sudi berbuat demikian kerana kasihnya kepada para fakir yang papa. 

siapakah yang akan menjadi teladan jika bukan beliau..? Contoh untuk menahan derita, menahan lapar dan dahaga, menahan segala cubaan dan ujian Allah dengan kesabaran. Selalu mensyukuri nikmat Allah tak kira berapa pun besarnya. Siapa lagi kalau bukan beliau yang menyertai umatnya dalam menjalani iradat yang telah ditentukan Allah. Iaitu kehidupan dalam jurang kedukaan dan kemiskinan. Siapa pula yang harus menghibur mereka agar selalu bersabar dan rela dengan yang ada selain beliau? Juga siapa pula yang harus menanamkan keyakinan akan pahala Allah kelak di akhirat jika bukan beliau? 

    Hanya beliaulah yang mampu menjalankan berbagai hal diatas. benar,...baliaulah satu-satunya manusia yang mendapatkan amanat dari Allah untuk semua umat manusia. Tugas yang lebih murni dan mulia daripada intan berlian serta butiran emas yang lain. Lebih halus dari sutera serta lebih indah dari segala keindahan yang dikenal manusia di dunia ini. lebih megah dari segala kedudukan dan darjat kehidupan manusia yang katanya sudah megah. 
 "Semua itu hanyalah merupakan kesenangan dunia sedang di sisi Allah yang paling baik dan sebaik-baik tempat kembali" 

    Perjuangan itu tidak mudah. bahkan sangat berat bagi beliau. Menegakkan yang hak hanya dapat dicapai dengan penuh keimanan dan kekuatan. sabar dalam menghadapi setiap malapetaka yang menimpa, bersyukur yang dilakukan dengan hati bersih. dalam keadaan bagaimanapun, baik dalam duka mahupun suka, bersyukur dan keimanan harus selalu menyertai. Itulah pokok risalah yang dibawa Rasulullah saw.  Allah Maha Bijaksana, tidak akan membiarkan hamba-Nya yang terkasih kebingungan. Rasulullah diberinya rezeki sebanyak lapan dirham. Bergegas beliau melangkah ke pasar. Tentunya kita maklum. wang sekian itu dapat dibelikan apa.? Apakah cukup untuk membeli makan, minum, serta pakaian penutup badan? Oleh sebab itu, bergembiralah hai para fakir dan miskin! Nabi kita, Muhammad saw telah memberikan contoh begitu jelas. Nabi yang kita cintai, hamba kesayangan Allah pergi ke pasar dengan wang sedikit seperti yang kita miliki. Tetapi nabi kita ini, dengan redha pergi ke pasar berbekal wang lapan dirham untuk berbelanja. Meskipun beliau miskin, beliau  hidup dengan senang sekali. Beliau belum ingin mati meski kemiskinan menjerat setiap hari. 

    Di tengah perjalanan menuju pasar, beliau menemukan seorang wanita yang menangis. Ternyata wanita itu kehilangan wang. Segera beliau memberikan wangnya sebanyak dua dirham. Beliau berhenti sejenak untuk menenangkan wanita itu.  Rasulullah bergegas menuju ke pasar yang semakin ramai. Sepanjang lorong pasar banyak sekali masyarakat yang menegur beliau dengan hormat. Selalu menjawab dan memberikan salam yang mengingatkan akan kebesaran Allah semata. Beliau terus menuju tempat di mana ada barang yang diperlukannya. Dibelinya sepasang baju dengan harga empat dirham. beliau segera pulang. Di perjalanan beliau bertemu dengan seorang tua yang telanjang. Orang tersebut dengan hiba memohon sepotong baju untuk dipakainya. Rasulullah yang memang pengasih itu tidak tahan melihat. Langsung diberikannya baju yang baru dibeli. Beliau kembali ke pasar utnuk membeli baju lagi seharga dua dirham. Tentu saja lebih kasar dan rendah kualitinya daripada yang empat dirham. dengan gembira beliau pulang membawa bajunya. 

    Langkahnya dipercepat kerana sengatan matahari yang semakin terik. Juga angin malam yang telah mulai berhembus perlahan. Beliau tidak ingin kemalaman di jalan. Tak lama beliau melangkah ke luar pasar, ditemuinya lagi wanita yang menangis tadi. Wanita itu kelihatan bingung dan sangat gelisah. Rasulullah saw mendekatinya dan bertanya mengapa. Wanita itu ternyata ketakutan untuk pulang. Dia telah terlambat dari batas waktu, dan takut dimarahi majikannya jika pulang nanti. Rasulullah saw terus menyatakan akan menghantarkannya. 

    Wanita itu berjalan yang diikuti Rasulullah saw dari belakang. Hatinya tenang kerana Rasulullah saw pasti akan melindungi dirinya. Dia yakin majikannya akan memaafkan, kerana kepulangan yang dihantarkan oleh manusia paling mulia di dunia ini. Bahkan mungkin akan berterima kasih kerana pulang membawa kebaikan bersama dengan kedatangan nabi dan rasul mereka. Mereka terus berjalan hingga sampai ke perkampungan kaum Anshari. Kebetulan saat itu yang ada hanyalah para isteri mereka. 

    "Assalamu'alaikum warahmatullah" , sapa Rasulullah saw keras. Mereka semuanya diam tak menjawab. Padahal mereka mendengar. Hati mereka diliputi kebahagiaan karena kedatangan Nabi. Mereka menganggap salam Rasulullah saw sebagai berkah dan seperti lebaran saja. Mereka masih ingin mendengarnya lagi. Ketika tak terdengar jawaban, Rasulullah saw memberi salam lagi. Tetap tak terdengar jawapan. Rasulullah saw mengulang untuk yang ketiga kali dengan suara lantang, Assalamu'alaikum warahmatullah. Serentak mereka menjawab. 

    Rasulullah sangat hairan dengan semua itu. Beliau menanyakan pada mereka apa sebabnya. Mereka mengatakan, " Tidak ya Rasulullah. Kami sudah mendengar sejak tadi. Kami memang sengaja, kami ingin mendapatkan salam lebih banyak". Rasulullah melanjutkan, "Pembantumu ini terlambat pulang dan tidak berani pulang sendirian. Sekiranya dia harus menerima hukuman, akulah yang akan menerimanya" . Ucapan ini sangat mengejutkan mereka. Kasih sayang Nabi begitu murni, budi pekerti yang utama, yang indah tampak dihadapan mereka. Beliau menempuh perjalanan begitu panjang dan jauh hanya untuk menghantarkan seorang budak yang takut dimarahi majikannya. Lagipula hanya karena terlambat pulang. Bahkan memohonkan maaf baginya pula. Sehingga karena harunya, mereka berkata, "Kami memaafkan dan bahkan membebaskannya. Kedatangannya kemari bersama anda kerana untuk mengharap redha Allah semata". Budak itu tak terhingga rasa terima kasihnya. Bersyukur atas kurnia Allah swt dan kebebasannya kerana dari Rasulullah saw. 

    Rasulullah saw pulang dengan hati gembira. Telah bebas satu perhambaan dengan mengharap redha Allah swt sepenuhnya. Beliau juga tak lupa mendoakan para wanita itu agar mendapatkan berkah dari Allah swt. Semoga semua harta dan turunan serta semoga selalu tetap dalam keadaan iman dan islam. Beliau sibuk memikirkan peristiwa sehari tadi. Hari yang penuh berkah dan kurnia Allah swt semata. Akhirnya beliau berujar dengan, "Belum pernah kutemui berkah angka lapan sebagaimana hari ini. lapan dirham yang mampu mengamankan seseorang dari ketakutan, dua orang yang memerlukan serta memerdekakan seorang budak". 

Bagi seseorang muslim yang memberikan pakaian pada saudara sesama muslim, Allah akan memelihara selama pakaian itu masih melekat. 

moga bermanfaat
ilalliqa'

Thursday, January 26, 2012

Photography : Abang di Sawah Padi











Friday, January 20, 2012

Photography : Life is Colourfull


[ credits : CAHAYA PELANGI ]

nah ambek lah contengan kebosanan aku.











moga till Jannah
ilalliqa'

Thursday, January 19, 2012

FREEBIES : Reply Button

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQ5WRQfXrca6LF8C52WBig1LfmE1IQcYVnxPqxxyPXIrYEyLXnnldCVaMh2b12SGRsbGx4Ss-WNG8heFvQcOzWofG72M5uJLEyTp7N12nPwWxEM00gS26f5eExrYtHQF5NiulIxbrO0tqD/s1600/replyblue.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXI7guA5RuQeW-GkBc6GoXS4fDa7yyyUprINzvBaUjD_1NlwgYSQ8QDYSj-kOICnCwRXvCZ7q3ql6mPNndIjXij77aSAzcFEDaNGeeBMx47U3hVD9Y5LGwSSOjwK7F773deKKVeGL0vww2/s1600/replygreen.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjf74DNP09Sh2ocVNa5J__0Ap83DGM-jacKY0a_zUjl8gg7qSXwbcANvQ4mZMFCHx5O6t4uZrMi5fpI3vi-vT3HgdOrcznkWURd2iGThT0vBLKudlZQ7QqHsnnfk61eqHPgtoGAIMVdpN7z/s1600/replyorange.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipvio471bGM6IwDI8IqbrylNNLGLJLxLfs6-uGV4_cbdJ9NpUIWzq-lXTOTQAR7nXgCTPMqfTZh2U1GuLFygUmeQPJVHZJ2ArKOWU6UEQb0gUsmMpIm-ju4id54dNJm8Lm-huQDqfkJbQY/s1600/replypink.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLRo3ejyd3JDaqc_sJ44lJEf-TLheNKMHlyRFIiusj4EsYlbraTphUY73KnchC7TO2m5aQGjfXoHC8t0-ewax1NOO7C0hOZerrm5EQudbXL5At415g7am6Ml4t3S1r5O9__uRGDa8zCjLu/s1600/replypurple.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDgiq9dyqhMJtZL472eLT4qUztS3EmOggINeDXIhaJ0LGMGs9X8wbnLCXPm6OOfdSVI3IXeZ6Et8lOgT1qyU1CUiRklpK5XlPCm2vp0dDreEPjItNDN2xzwlwkIZe03pi6lvmBZKFxnXq-/s1600/replyred.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjX2Xrs64bdds0AUtJMEjFWCFp-vGj5DI2lHPiVamhPQHKKG_m4ajmnRoHF5p3FT6vzZYnYnSw0pKJc_PWVuXS9FYDMOrjJkM2F3lKj2U2VNT61888jT7bsvsg2yL2yJ9Sil-sG9NDFLapq/s1600/replyyellow.png

Photography : Teratak Nalys Eco Resort and Equestrian


Location : Teratak Nalys Eco Resort and Equestrian, Ulu Tamu, Batang Kali, Selangor
Representatives : 40 putera spm + stpm, 40 puteri spm + stpm from different unit pakaian seragam and I from Pandu Puteri 





















AUTOPING BY OTHERS