Followers

Tuesday, May 31, 2011

Tazkirah : Dari ustazahku

Assalamualaikum ,,






____________online facebook_______________


rabu
7.03 am

tadi tengah online facebook , jumpa satu artikel yang ustazah aku tagkan kat aku .
kebetulan artikel ni ada kaitan dengan kata-kata semangat yang aku pegang/minat .

USTAZAH NURULFITRI ASMAWI , syukran .saya share ye . *aku tau la ustazah tu tak baca blog ni , tapi saje nak tulis sumber aku dapat benda ni dari sape..hee



Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik

so ,, apa apa pun yang terjadi , 

JANGAN TAKUT HADAPI REALITI KERANA SETIAP YANG BERLAKU ITU PASTI ADA HIKMAHNYA

maksudnya ni , 
1. kalau korang da buat habis baik , tapi keputusannya tak yang macam korang harapkan , janganlah putus asa . redha la. sebab korang da try your best

2. contohnya , korang takut tengok hantu , but one day tu korang tinggal sorang , no one with you . .mulalakan terbayang dalam fikiran , ada hantu belakang korang, ada kain terbang terbang . just watch it . toleh belakang .tengok je . maybe korang akan experience satu benda yang baru dalam hidup korang . senang cakap ,jangan takut cuba sesuatu yang baru

3. kalau tengah exam , korang da pulun habis baca satu buku , n the lastly waktu exam tak leh buat . janganlah confused , o surrender . jawab je ape yang boleh . 

moga bermanfaat
Ilalliqa'

Wednesday, May 11, 2011

TUTORIAL : Double Underline dalam Post

Tutorial blog for :
Double underline
syarat nak benda ni jadi kat entry korang, kena la tekan U kat atas tu pada word yang korang mahukan di dalam setiap entry korang ^^ faham ?? let's do it !

cotohnya macam ni

1. DASHBOARD > DESIGN > EDIT HTML > tick EXPAND WIDGET TEMPLATE

2. Tekan CTRL+F dan cari kod bawah ni 

/* Header 

3. Copy code kat bawah ni pulak :

u {
text-decoration:underline;
border-bottom: 
2px solid #F79F81;
padding: 0px; 
}

4. Pastekan kat Atas code /* Header

5. SAVE !

abc : boleh ubah tebal underline tu.
abc : boleh jugak kalu nak guna dotted atau dashed
abc : warna underline tu . boleh ambik kod warna korang nak kat SINI


Friday, May 6, 2011

Tazkirah :Kisah api

Assalamualaikum



Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan Nabi Adam as. Maka Ji...bril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah. 

Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as. 

Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ? 

Jibril : Sebesar kurma... 

Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya. 

Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma... 


Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.. 

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintah kan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70 

Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. 

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini, spt api yg sering kita gunakan utk berbegai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi. 

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. 

SEBESAR ZARAH SAHAJA.!! MOGA ada manafaat dari riwayat ini. 

RENUNGKAN & INSAFLAH.... 


remaja masjid
moga bermanfaat
Ilalliqa'

Monday, May 2, 2011

TUTORIAL : Signature bawah setiap post

Assalamualaikum
aku nak bagi tutorial ni ..hehe

1. Korang klik link ini dulu >  KLIK SINI !!

2. Ada 4 cara tuh . Korang pilih yang "Using The Signature Creation Wizard"

3. Masukkan nama korang di textfield yang disediakan. Lepas tue, klik button "Next step".

4. Pilih font yang korang suka. Lepas tue, klik button "Next step".

5. Pilih size signature yang korang nak . Then , klik "Next Step".

6. Pilih background color untuk signature korang. Kalau tak nak ada color klik kat checkbox tulis 'transparents'. Pilih pula text color tuk signature tue. Lepas tue, klik button "Next step".

7. Pilih slope yang korang suka k. ? Nak senget banyak ke sikit ke terpulang la kat korang. Lepas tue, klik button "Next step".

8. Lepas tue dia akan keluar "Finished! The signature is ready." means da siap la signature anda. Then anda klik pada link "Want to use this signature?"

9. Korang akan ke page "Generating signature code". Klik pada "Generate HTML code" .

10. Korang akan diberi 2 pilihan samada nak generate code tuk signature sahaja atau signature dan sedikit info spt slogan @ website anda. Klik mana yang anda suka oke ?:)

11. Copy HTML code yang di dlam textbox. 


CARA-CARA NAK PASANGKAN SIGNATURE MASUK KE DALAM  BLOG

1.  Log in > Setting > Formatting 

2. Scroll ke bawah sampai korang jumpa "post template"

3. Paste HTML Code yang korang copy tadi .

4. Klik "Save Settings".

5. Untuk melihat samada korang ni  berjaya atau tidak ,  klik pada "Posting" tab dan klik pada "new post". Signature korang akan automatik ada apabila anda membuat entry baru pada blog , oke ?:) hehe..

credit to : cik lyssa .thank cik lyssa .

AUTOPING BY OTHERS