Followers

Saturday, April 9, 2011

Tazkirah : Wanita dan rerama

Assalamualaikum


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.




Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. 
Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. 

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi.  Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. 
Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.


Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu.

Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini.

Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban.

Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan.

Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.
Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.


Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda.


Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. 



Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

ilalliqa'

Tazkirah : Tinta untuk Lelaki Impian

.    assalamualaikum..
ni artikel untuk lelaki2 luar sana..


Khas untuk sii bakal pengarang jantung


LELAKI ACUAN AL-QUR’AN IALAH SEORANG LELAKI YANG BERIMAN 
YANG HATINYA DISALUTI RASA TAQWA KEPADA ALLAH
YANG SENTIASA HAUS DENGAN ILMU
YANG SENTIASA DAHAGA DENGAN PAHALA
YANG SOLATNYA ADALAH MARUAH DIRINYA
YANG TIDAK PERNAH TAKUT BERKATA BENAR
YANG TIDAK GENTAR MELAWAN NAFSU


LELAKI ACUAN AL-QURAN IALAH LELAKI YANG MENJAGA TUTUR KATANYA
YANG TIDAK BERMEGAH DENGAN ILMU YANG DIMILIKI
YANG TIDAK BERMEGAH DENGAN HARTA DUNIA YANG DICARI
YANG SENTIASA BERBUAT KEBAIKAN KERANA SIFATNYA PENYAYANG 
YANG MEMPUNYAI RAMAI KAWAN 
DAN TIDAK MEMPUNYAI MUSUH YANG BERSIFAT JEMBALANG


LELAKI ACUAN AL-QURAN IALAH LELAKI YANG MENGHORMATI IBUNYA
YANG SENTIASA BERBAKTI KEPADA ORANG TUANYA DAN KELUARGANYA
YANG BAKAL MENJAGA KEHARMONIAN RUMAHTANGGA
YANG AKAN MENDIDIK ANAK MENDALAMI AGAMA ISLAM
YANG MENGAMALKAN HIDUP DENGAN KESEDERHANAAN
KERANA DUNIA BAGINYA RUMAH SEMENTARA MENUNGGU AKHIRAT


LELAKI ACUAN AL-QURAN IALAH LELAKI YANG SENTIASA BERSEDIA UNTUK AGAMANYA
YANG HIDUP DIBAWAH NANUNGAN AL-QURAN
DAN MENCONTOHI SIFAT RASULULLAH S.A.W DAN KHALIFAH ALLAH SENDIRI
YANG BOLEH DIAJAK BERBINCANG DAN BERBICARA 
YANG SUJUDNYA PENUH DENGAN RAHMAT ALLAH S.W.T



LELAKI ACUAN AL-QURAN SENTIASA MENGINGATI 
YANG BAGINYA DIDUNIA LADANG AKHIRAT
YANG MANA BUAH KEHIDUPAN INI PERLU DIBAJA
DAN DIJAGA MENERUSKAN PERJUANGAN ISLAM SEBELUM HARI KEMUDIAN
LELAKI ACUAN AL-QURAN ADALAH LELAKI YANG TIDAK TERPESONA DENGAN BUAIAN DUNIA
YANG KERANA IA MENGIMPIKAN SYURGA
DISITULAH RUMAH IMPIANNYA
DIALAH LELAKI ACUAN AL-QURAN


Mukmin itu jiwanya damai,
tidak mudah tergoncang oleh ujian...
baginya ujian sebagai TARBIAH 
dr ALLAH tanda kasih sayangNya , jua penghapus dosa... Ukhwah Fillah
Ya Allah ya Tuhanku , andai dia milikku dekatkanla hatinya dengan hatiku . didik lah dirinya untuk mendekatiMU agar dia bisa membimbing keluarganya kelak...AMIN

copy n paste : remaja masjid's crew
moga bermanfaat
Ilalliqa'

Friday, April 8, 2011

Info : Syed Qutb



Assalamualaikum ..

Jom baca artikel tentang SYED QUTB .

kenal x sape ni ???
beliau seorang tokoh islam...jom kenali beliau ...
Seorang pejuang menegakkan kalimah tauhid, Sayyid Qutb, kembali ke rahmatullah 41 tahun lalu. Tokoh dilahirkan pada 9 Oktober itu adalah penulis kitab Fi Zilal Al-Quran, Ma’alim Fi Tariq dan Al-Mustaqbal li haza ad-Din.
Memang ada perbahasan mengenai metod Sayyid Qutb dalam tulisan yang tegas menyatakan kesesatan masyarakat moden berkaitan penghakiman yang tidak merujuk kepada Allah. Bagaimanapun sejarah Sayyid Qutb perlu diulas sebagai sebahagian daripada perjalanan seorang tokoh yang rela mengorbankan diri untuk membela tauhid yang diyakini kebenarannya.
Sayyid Qutb gugur di tiang gantungan pada 20 Ogos 1966. Ia dikenali sebagai tokoh yang berjuang di jalan Allah, menyerahkan seluruh hidupnya untuk Allah. Seorang mukmin yang begitu kuat keyakinannya. Ia persembahkan nyawa yang murah kepada keyakinan dan akidahnya.
Beliau melalui bertahun usia terakhir di penjara. Ia tuangkan jiwa dan fikiran yang luar biasa dalam lembar tulisan tangannya dengan untaian kata penuh makna dan bernilai sastera. Hampir semua orang yang membacanya, akan rasa getar hati nurani dan fikirannya.
Sayyid Qutb mendapat pendidikan pertama di rumah, daripada orang tuanya yang kuat dan taat beragama. Ketika usia enam tahun, Qutb dihantar ke sekolah rendah di kampungnya, Assiyut. Pada usia tujuh tahun, ia mula menghafal al-Quran dan tiga tahun kemudian menghafal seluruh Al-Quran.
Awal dekad 1940-an, satu era baru bermula dalam kehidupan Sayyid Qutb. Dalam karya pada 1939, beliau mulai menulis beberapa siri At-Taswir Fanni Fi Quran. Tulisan ini mengupas indahnya seni yang ada dalam ayat al-Quran.
Pada 1945, beliau menulis kitab Masyahidul Qiamah Fi Quran yang isinya menggambarkan peristiwa hari kiamat dalam al-Quran. Pada 1948, Sayyid Qutb menghasilkan Al-Adalah al-Ijtima’iyyah Fi Islam atau Keadilan Sosial dalam Islam, menyatakan bahawa keadilan masyarakat sejati hanya akan tercapai apabila masyarakat menerapkan sistem Islam.
fi-zilalFasa terakhir perjalanan Sayyid Qutb bermula pada 1951, waktu beliau mula bergabung dengan Jama’ah al-Ihkwan al-Muslimun, sehingga beliau meninggal di tali gantung pada 1966. Baginya, masa itu sangat penting dan kerana itu beliau menyatakan 1951 adalah tahun kelahirannya.
Sayyid Qutb bergabung bersama al-Ikhwan al-Muslimun, dua tahun selepas meninggal Imam Hassan al-Banna, pelopor al-Ikhwan pada 1949. Mereka tidak pernah bertemu muka meskipun dilahirkan tahun yang sama 1906 dan mendapat pendidikan di Darul Ulum.
Walaupun begitu, mereka mempunyai kesatuan jiwa dan persamaan orientasi berfikir. Sebelumnya, ketika Hassan al-Banna membaca buku Al-’Adalah al-Ijtima’iyyah Fi Islam karya Sayyid Qutb, dia menganggap pengarang adalah sebahagian daripada Al-Ikhwan. Lalu, Al-Banna menyatakan bahawa ‘orang ini’ (Sayyid Qutb) tidak lama lagi akan bergabung bersama Al-Ikhwan.
Sayyid Qutb juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Hassan al-Banna. Kematian al-Banna sangat terasa dalam jiwanya, walaupun belum pernah bersama dengan al-Banna. Berita kematian al-Banna diterimanya dengan perasaan menyayat hati ketika dirawat di sebuah hospital di Amerika.
Disebabkan orang Amerika bergembira menyambut berita kematian al-Banna, selepas pulang dari Amerika, Sayyid Qutb mengkaji kehidupan al-Banna dan membaca seluruh risalah karangannya. Seterusnya ia pun memutuskan untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna.
Pesan utama Sayyid Qutb yang ditekankan dalam tulisan adalah konsep al-Tauhid dari sudut al-Uluhiyyah. Menurutnya, inti tauhid Uluhiyyah adalah hak Allah daripada sudut al-Hakimiyyah dan al-Tasyri (pembuatan peraturan).
Beliau berkata, ikrar syahadah adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumi-Nya. Maka seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hak-Nya.
Pada 13 Januari 1954, Revolusi Mesir melarang al-Ikhwan al-Muslimun dan pimpinannya ditangkap kerana dituduh hendak merampas kuasa. Tanpa bukti yang jelas, tujuh pemimpin tertinggi al-Ikhwan dijatuhi hukuman mati, termasuk Hassan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Muhammad Farghali, ketua sukarelawanMujahidin Ikhwan al-Muslimin di dalam Perang Suez 1948.
Tetapi hukuman terhadap Hassan Hudhaibi diubah menjadi penjara seumur hidup dan Sayyid Qutb dihukum penjara 15 tahun dengan kerja berat.
Pada 1964, Sayyid Qutb dibebaskan atas permintaan peribadi Presiden Iraq, Abdul Salam Arif tetapi pemerintahan Revolusi Mesir belum menerima pembebasan itu. Selepas Presiden Abdul Salam Arif meninggal dalam satu musibah pesawat, Sayyid Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya.
Alasannya beliau dituduh hendak merampas kuasa. Selain itu, Mahkamah Revolusi merujuk pada buku Sayyid Qutb terutama Ma’alim Fi Tariq, yang menyatakan seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan syariat Allah.
Sayyid Qutb ditahan bersama seluruh anggota keluarganya. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan, Presiden Naser menghantar utusan menemui Sayyid Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser meminta Sayyid Qutb menulis pernyataan memohon ampun supaya ia dibebaskan

moga bermanfaat
ilalliqa'

Kisah Teladan : Di mana ALLAH di hati kita


ASSALAMUALAIKUM

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjihqs-7TqKXlYjWE_myavP0fsA0H8pexjlv4Dk_7mxFdP_5ig1Xlfzc4G-9Cv7tJPnDv3A-uOA-t8GzPU_18lGk2ke93czhakPjPlnBvi4UVIkfTuDji8Pczv1l-neEOL0zZ99UCPxtKja/s1600/love.jpg

    
    Manusia memang tak lari dari cerita tentang CINTA. Tapi hakikatnya mengertikah kita tentang hakikat cinta yang sebenar? Bila disebut tentang cinta kita akan mengatakan cinta ALLAH adalah yang cinta utama, cinta yang hakiki, cinta yang sebenar, cinta yang tak akan luput, cinta yang kekal selamanya, cinta yang....yang...yang....(dan banyak lagi).  

Hakikatnya kita sedar tentang semua itu. Tapi sedihnya kita tak mencari cinta itu. Kita kata 
kita cinta, tapi apa buktinya?? Tunjukkan bukti itu jika betul-betul kita cinta ALLAH... sekarang cuba fikir baik-baik mana kita nak tunjukkan bukti itu. Mana kita simpan semua bukti-bukti itu.?mana?? mana??Baiklah, 20 minit diberikan untuk kita cari bukti itu semua. Jangan baca perenggan bawah sebelum kita jumpa bukti kita cinta pada  ALLAH.

   Sekarang 20 minit sudah berlalu, rasanyer mungkin kita dah dapat sedikit bukti kita cinta ALLAH. Maklumlah, mungkin ada bukti yang tertinggal di rumah, di pejabat, atau dimana-mana. Kita kan manusia mudah lupa. Semua tahu manusia memang mudah lupa. Kita Cuma boleh tunjuk bukti cinta kita pada ALLAH dengan kain telekung kita, sejadah, tasbih, Al-Quran, buku-buku agama, kain pelekat, songkok, ketayap, sijil penghargaan menyumbang derma, record suara kita baca Al-Quran, ayat-ayat Quran mp3, zikir mp3, CD ceramah agama, alarm azan di komputer, kitab Yasin,  Al-mahtsurat dan macam-macam lagi bukti yang kita ada. Kan dah banyak bukti tu. Cukup lah tu.

    Betul ke cukup?? Hakikatnya kita tahu itu semua tak cukup. Betul ke tidak?? Jawab dulu...... kita tahu jawapannya ‘Betul’. Lepas ni nak terus cari bukti lagi ke??

   Bukti cinta kita sebenarnya pada amal kita. Tapi Mana kita nak tunjuk semua amal kita?? Nak tunjuk balik cara kita solat, sedekah, baca Quran dan macam-macam lagi depan ALLAH.. atau pun nak tunjukkan yang kita dah rakam segala amal kita guna video camera..huh.. susahnya nak tunjuk bukti ni....

    Betul ke susah?? Hakikatnya kita tahu senang. Betul ke tidak?? Ye la senang, buat ape susah-susah nak pergi cari bukti, ALLAH dah ada samua buktinya.. kat akhirat nanti tinggal tengok wayang je segala bukti cinta kita pada ALLAH. Kalau tak percaya, Carilah sendiri bukti tu, sampai mati pun tak akan jumpa bukti tu..  macam mana lah nak jumpa, semua bukti pada ALLAH, bukan pada kita. Yang kita ada tu semua bukanlah bukti, tu semua hanyalah hiasan di dunia ni..

    Sebenarnya tak payah kupas lagi pasal perkara ni, sebab kita semua tahu Cuma buat-buat tak tahu je. Ya ALLAH, jahil nya kite ni...huh.. Kenapa kita ni jahil sangat ye?? Kenapa?? Nak tahu kenapa??

Sebabnya bila kita dapat 
hidayah ALLAH, kita tak ambil nya cepat-cepat. Akibatnya hidayah tu pergi tak kembali. Contohnya,dihati kita terlintas nak sedekah, tapi bila kita tengok dompet, duit kita ni macam tak cukup je nak buat beli barang, jadi kita pun kata ” nantilah tunggu duit cukup”. Malangnye bila duit cukup, kita pula lupa nak sedekah. Huh...kan dah rugi tu..

Contoh lain, dihati kita kata seronoknya tengok orang perempuan tu pakai tudung, sopan je, cantik pulak tu. Tapi kita tak cepat-cepat nak pakai tudung, alasanya nantilah dulu tunggu kita ubah perangai kita jadi baik. Malangnya hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun tudung pun tak pakai-pakai lagi. Akibatnya hidayah tak kembali lagi. Huh...kan dah rugi tu..

     Kita lupa antara jadi baik dengan pakai tudung mana yang wajib. Tutup auratlah yang paling wajib diikuti dengan akhlak yang mulia. Takut orang mengata kita tutup je aurat, tapi perangai macam setan??   Yang kite ni dah tutup aurat baik-baik tapi pergi merempit,mengumpat, bertepuk tampar dengan lelaki buat apa... siapa suruh?? Mari kita fikir baik-baik.

     Contoh lagi, bila kita tengok cerita 18SG/SX, banyak adegan yang tidak senonoh seperti bercumbu-cumbuan atau aurat lelaki perempuan separuh telanjang, kita akan kata astagfillahalazim. Malangnya bibir mengucap tapi mata masih lagi dengan maksiat. Haram ke tak sebenarnye tengok aurat orang ni.?? Haram ke tak?!  Mestilah haram...Macam mana kita ni??

contoh lagi, bila azan berkumandang kebetulan kita sedang buat kerja, hati kita kata sekejap lagi lah.. Malangnya, kita tak gerak-gerak lagi pergi solat sampai waktu solat lain dah nak masuk. Kita lupa, azan mengatakan “haiya `ala solah” “haiya `ala fallah”. Maksudnya “marilah menunaikan solat”,” marilah menuju kejayaan”..  siapa yang solat dialah orang yang berjaya. So,  Bila kita lambatkan solat, kita lambatlah berjaya.Hidayah diberi oleh ALLAH melalui pendengaran kita, tapi kita tak ambil. Akibatnya hidayah itu pergi buat selamanya.. Huh...kan dah rugi lagi tu..

Hidayah dari ALLAH kalau nak disenaraikan semua contoh yang ada kat  dunia ni memang tak terkira banyak nya, malangnya orang yang ‘alert’ je yang boleh dapat.  Kesimpulannya, jadilah manusia yang sentiasa ‘alert’ dengan hidayah ALLAH, seperti mana kita ‘alert’ dengan ringtone masej di telefon kita. Dan jadilah lebih ‘alert’ dari itu. Hidayah ALLAH ada di mana-mana, disekeliling kita, ia tak pernah jauh kecuali kita yang jauh darinya. Hidayah bukan saja melalui hati, tapi melalui seluruh pancaindera kita. Rasailah ia...... wallahualam..

Mungkin ayat-ayat dalam cerita ini agak bersepah-sepah, maklumlah baru pertama kali saya cuba menghasilkan cerita dakwah saya. Harap segala kesalahan ini akan mengajar saya untuk lebih menghasilkan lagi surat-surat cinta saya pada sahabat semua. Saya juga hamba ALLAH yang lemah, terlalu lemah sangat-sangat.... maaf atas segala kesalahan dan cacat-cela dalam penulisan ini.

Sedarlah kita semua, dosa kita begitu banyak untuk dipikul. Jika hendak dibandingkan ketinggian Gunung Everast, tinggi lagi dosa kita. Larilah dari segala perkara yang boleh medatangkan dosa kepada kita. Kita semua tahu hakikat ini.. janganlah cuba untuk mempertikaikan janji-janji ALLAH.. sama-samalah kita menasihati sesama kita.

"Benar, Hidayah ditangan Allah. Tapi, usaha mendapatkannya adalah atas tangan manusia itu sendiri"

CC: REMAJA MASJID
moga bermanfaat.
ilalliqa'

Friday, April 1, 2011

Tazkirah : Nikmat tangan

Assalamualaikum .. 


sekarang tengok tangan korang . bagi yang sempurna , cantik x ALLAH jadikan tangan korang . korang boleh ke buat macam tu *mmg la boleh macam rangka manusia dalam lab biology tu* tapi boleh gerak sendiri ke tangan buatan korang tu ? x boleh kan ? kan ? 
bagi yang istimewa , walaupun tak sempurna tapi tetap ada cantiknya. ALLAH tak cipta sesuatu melainkan ada HIKMAHNya . 


so hargailah apa yang korang da . janganlah tempah kemarahan ALLAH sampai tangai yang cantik tu terbakar kelak .


Indahnya 2 tangan yang mempunyai 5 jari setiap satunya.Subhanallah ..inilah nikmat yang agung.Tanpa ibu jari,kita gagal utk memegang segala harta benda..kurangnya satu jari,kehidupan menjadi sukar..kurangnya 1 jari kaki,langkah kaki menjadi tidak teratur..


Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi yang ingin kamu dustakan..

Wanita..jangan jatuhkan harga dirimu yang mahal.Membiarkan tanganmu di sentuh,digengam erat penuh kasih sayang palsu bertopengkan nafsu. Dipeluk mesra oleh buaya-buaya ganas kelaparan.

Wahai anak muda ISLAM…tidakkah engkau fikirkan masa depan bakal anak-anakmu kelak?..Anak- anak yang bakal lahir dari kasih sayang berasaskan nafsu syaitan..nafsu keseronokan. .bukannya dari CINTA suci Illahi?

Dan akhirnya anak-anak itulah yang akan menerima nasib dari sebuah perkahwinan yang telah di cemari dengan noda-noda hitam.

Bagaimana pula dengan tanganmu itu?Dapat terlihat dosa-dosa hitam mencurah-curah menitis dari jari –jemari yang mengengam yang bukan halal bagimu..Tangan yang ALLAH berikan sebagai amanah melakukan ibadah,engkau dustakan dengan melakukan dosa besar.

Tidakkah engkau tahu,setiap yang dilakukan walaupun sebesar zarah akan di hitung?walaupun mungkin dosa yang engkau lakukan telah lama sekali sehingga terlupa akan kejadiannya. .

Setiap material di sekeliling.. dinding,kerusi, meja,ayam goreng,ais krim,sudu,garfu akan menjadi saksi ALLAH,dan ALLAH akan menjadi pendakwa raya…

Aku sedar…dan yakin..anda semua tahu..wahai anak muda.Tetapi di butakan mata demi meraih cinta penuh nafsu.Jiwa Remaja yang mencari kebahagiaann.

Mungkin juga dikau ingin lari dari keadaan dosa ini..tetapi tidak mampu kerana wujudnya si pujaan hati di sisi yang sentiasa menyokong dan memeluk erat penuh ‘kasih sayang’ .Menjadi pelindung bagi wanita.Adakah mereka juga mampu melindungimu di sana kelak?

Duhai tangan…usahlah dikau terbakar di sana..

wallahualam ...
Moga bermanfaat
Ilalliqa'

Tazkirah : Soal dan Jawab tentang Zina

Assalamualaikum



Jom baca artikel ni ...

Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

® Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

® Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani)” . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

® Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

® Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

® Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

® Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

® Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

® Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

® Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

® Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

® Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.


® Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

® Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

® Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

® Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

® Kami telah berjanji sehidup semati.....
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

® Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

® Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya
!

® Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

® Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka "

wallahualam
remaja masjid 



AUTOPING BY OTHERS